Wednesday, August 17, 2011

Pengat pisang bersama mochi

Selamat berpuasa hari yang ke-17, semoga kita semua terus memperolehi nikmat dan pahala di bulan yang mulia ini.  Selalu benar eden postkan entry juadah berbuka saja sebelum ni...haa..kali ni eden cuba tukar mood sikit, eden borak pasal menu supper pulak.  Oklah kan?

Pengat pisang bersama mochi

Masa eden sibuk mengemas kabinet dapur lepas tarawikh tadi, terlihat akan eden beberapa biji pisang muda yang diperam sejak 2 minggu dulu,  dah masak benar. Teringin pulak rasanya nak makan pengat. Biasanya kalau sebut pengat pisang ni selalunya orang campur dengan sagu mata ikan, tapi kami kalau buat pengat pisang mesti campur tepung pulut sebab suka rasanya yang kenyal-kenyal tu. Kami panggil resepi ni pengat pisang bersama mochi. Orang yang pernah tinggal di Jepun fahamlah mochi ni di buat daripada tepung pulut.

PENGAT PISANG BERSAMA MOCHI (hidangan untuk 4 orang makan)

2 biji pisang montel (saiz besar)
4 sudu besar sagu mata ikan di basuh bersih bawah aliran air
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu rendah lemak/susu skim
80 g gula melaka
50 g gula pasir (kurangkan jika mahu kurang manis)
80 g tepung pulut
2 cawan air
Sedikit garam
1 helai daun pandan (kami gunakan esen pandan kerana sukar mendapatkan daun pandan)

Cara membuatnya


  • Panaskan air dengan api sederhana.  Selepas air menggelegak, masukkan sagu mata ikan dan biarkan sampai sagu bertukar menjadi lutsinar.  
  • Masukkan gula melaka dan daun pandan/esen pandan, biar gula melaka larut.
  • Campurkan gula pasir dan santan, biar sebentar.
  • Sediakan doh untuk mochi. Campurkan tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.  Ambil doh sebesar duit 10 sen dan bulat-bulatkan sebelum ditekan sedikit ditengahnya dengan ibu jari dan jari telunjuk dan terus masukkan kedalam campuran santan, gula dan sagu tadi.
  • Selepas mochi tadi timbul, masukkan pisang yang telah di potong bulat.  Biarkan sebentar, lebih kurang 30 saat.
  • Akhir sekali masukkan susu dan garam.  Susu hanya dibiarkan  sekadar hangat dan bukan menggelegak.






No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...