Tuesday, August 9, 2011

Selera & Puasa

Rendang daging N9
Salam kembali...

Kejap aje dah masuk hari kesembilan kita umat islam menunaikan ibadah puasa. Dah tentulah pelbagai juadah bertukar ganti setiap harikan....?  Ahaa..dah tentulah eden pun dok setiap hari mencari ilham apa yang nak eden masak hari ni untuk santapan keluarga.  Foto di sebelah kiri dan bawah ni adalah menu berbuka puasa eden sekeluarga hari ni...simple aje...amacam nampak menyelerakan tak..?
     Orang Nogori tak pernah tinggal dari menyediakan rendang di bulan puasa, secara tradisinya disediakan sehari dua sebelum menyambut ramadan atau pada hari mantai.  Hari mantai ni ialah hari dimana jual-beli daging lembu/kerbau, kambing, ayam dan sebagainya di buat secara besar-besaran di Negeri Sembilan.  Kaum wanita pulak, masa inilah akan memasak rendang atau lemang dan lain-lain sebagai menyambut bulan ramadan dan ahli keluarga akan berkumpul untuk menyambut hari pertama berpuasa.  Rendang yang dimasak selalunya dalam kuantiti yang banyak, dan akan dimakan semasa sahur dan berbuka puasa untuk beberapa hari.
     Kami disini pun tidak ketinggalan menghidupkan tradisi mantai ni cumanya daging lembu dan ayam dibeli secara online ajelah.  Isteri eden pun siang-siang lagi dah pun siapkan rendang daging ala Negeri Sembilan ni.  Dapatlah dimakan sampai ke hari ini.
     Gambar yang di bawah sekali tu pula adalah menu berbuka semalam....sedap rasanya peria walau pahit, tapi inilah kesukaan eden....masak gulai cili api peria dengan udang. 
Tomyam sayur & udang
Inilah beberapa idea menu berbuka puasa selera Negeri Sembilan tapi rasanya sesuai juga untuk semua.  

OK, jumpa lagi nanti..........




Udang masak lemak cili api bersama peria

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...