tuah malam ni dapat capture sekali view bulan |
Hari ni terasa sibuk sikit....pergi shopping, balik pula dah petang, rehat sekejap sambil-sambil tu berfikir-fikir apa nak masak untuk berbuka hari ni. Hari ni semua nak kena buat cepat, sebabnya hati ni berbunga-bunga nak pergi menonton pesta hanabi malam ni kat Uji.
Hanabi ni apa...? hanabi ni samalah maksud dengan pertunjukan bunga api. Hanabi ni sebenarnya event yang di tunggu-tungu semua orang pada musim panas ni. Masa inilah kita nampak orang berduyun-duyun mengusung kamera dan videocam pelbagai jenis, lelaki dan perempuan akan memakai baju tradisional mereka atau yukata lengkap dengan kipas tangannya, dan ada yang membawa bekalan makanan dan minuman sebab mereka datang awal untuk booking tempat paling strategik untuk menengok bunga api. Eden sebenarnya dah beberapa kali tengok hanabi ni, paling jauh di Kobe, 70km dari rumah tapi di Uji ni istimewa sikit, pasal selama lebih tiga tahun eden tinggal kat Uji, inilah kali pertama eden ke sana walhal jarak ke spot hanabi tu cuma 2km saja dari rumah. Biasalah itu kan, tempat jauh kadang-kadang kita boleh sampai dulu, yang dekat tu lah yang selalu terkemudian. hehe...bukan lupa cuma tak ingat aje...

sebahagian penonton |
Jadi, lepas berbuka dan solat tadi, terus capai basikal ke sana. Manusia punyalah ramai, tapi dapatlah eden menyelit cari lokasi untuk ambil gambar. Apa-apa pun eden rasa puas hati sebab akhirnya dapat juga tengok hanabi di Uji ni sebab mungkin inilah kali terakhir eden menonton hanabi di Jepun.......
Kita jumpa lagi dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten.
..by Rynes
No comments:
Post a Comment