Sunday, August 7, 2011

Wakayama - ramadan yang menyapa




Wakayama 30-31hb Julai, 2011

Konnichiwa minna......

Hari ni dah seminggu umat islam menunaikan ibadah puasa...kejap je rasanyakan?  Kali ni eden nak borak pasal jalan-jalan kat Jepun ni, dimana entry pertama dalam ruang Yokoso Japan ni.  Dua hari sebelum puasa hari tu, eden sekeluarga pergi melawat Wakayama Prefecture.  Wakayama ni adalah dibawah Region Kansai di dalam kepulauan Honshu iaitu di bahagian selatan Kyoto tempat eden tinggal ni.



Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah (berkereta) melalui lebuhraya (Hanwa Expressway) dan  ini merupakan satu-satunya lebuhraya untuk ke sana.  Wakayama ni boleh dikatakan bentuk geografinya bergunung ganang dan boleh dikatakan juga Wakayama ni  sebuah prefecture yang pembangunannya masih lagi terkawal.  Ini kerana disepanjang perjalanan eden tak nampak pun bangunan-bangunan yang hebat malah rangkaian jalanraya dalaman pun agak terhad dan kecil.
Actraction spot @ Shirahama
Highway yg eden lalui pun hanya selorong saja (dua hala) kalaulah nak dibandingkan dengan highway untuk ke Osaka atau Kyoto dua lorong.  So pemanduan amatlah berhati-hati sikit kerana had laju yang dibenarkan cuma 70km sejam sahaja.  Tempat pertama yang kami singgah ialah di 'Porto Europa' sebuah theme park, kurang 50km menuju arah destinasi utama kami iaitu Shirahama.  Eden sampai dah petang lebih kurang jam dua setengah.  Tempat ni rasanyalah tak berapa best kot dari permerhatian eden kerana taklah ramai sangat pengunjung ke sini.  Akan tetapi disinilah kita akan dapat mengenali dengan secara dekat akan sejarahUltraman kerana di sini ada muziumnya.  Cerita ultraman ni rupa-rupanya telah bermula sejak tahun 1966 lagi dengan pelbagai version.  Tidak dilupa disini juga ada Kamen Rider Village yang merupakan siri yang amat terkenal sekarang di Jepun ni.  Lebih dua jam di sini eden menghabiskan masa dan kami bergerak menuju ke destinasi kami seterusnya Shirahama.

sign info
Eden tiba kat Shirahama hari dah mula gelap, lebih kurang jam 7.30 malam.  Shirahama ni bersebelahan dengan pantai.   Kebetulan malam tu ada pertunjukkan bunga api (hanabi) tapi eden tak pergi tengok pasal dulu dah tengok pesta ni kat Kobe, lagi pun nak parking kereta jauh berkilo meter dari spot hanabi tu.  So eden buat keputusan untuk round-round sahaja sekitar pantai disamping tu mencari-cari kalau-kalau ada hotel yang murah untuk bermalam.  Setelah lebih sejam eden berpusing-pusing sekitar persisiran pantai, eden buat keputusan untuk keluar semula ke lebuhraya dan mencari tempat rehat RnR terhampir untuk bermalam.  'Cancel',... yalah pada awalnya nak bermalam di hotel tetapi kerana kebanyakan hotel yang dihubungi semuanya mengenakan caj 'per head' yang mahal, Yen 12,000 ribu....(huh betul-betul bazirkan duit sahaja.)  So bermalamlah kami di R&R Inami (22 kilometer) dari Shirahama dan esoknya kami akan berpatah balik semula ke sana..........
                                                         
Beribu tahun dulu laut berada di paras yg
paling atas rekahan batu tu.

Eden tiba di Senjojiki (destinasi pertama) lebih kurang jam 6.00 pagi.  Sudah terang benderang dan orang pun dah ada datang melawat disana.  Senjojiki adalah tempat (tourist actraction) yang terkenal di Shirahama, kerana disini kita dapat melihat keadaan bentuk muka bumi pantai sebenar yang telah di hakis air laut sejak beribu tahun dulu.  Teruja di sini kerana ianya lain dari yang lain, sesungguhnya kebesaran dan kekuasan Allah memang jelas dan hebat.   Selepas di Senjojiki eden ronda-ronda dulu disekitar tepi pantai kerana hari masih awal lagi, kedai pun belum nampak hendak memulakan bisnesnya.  Di sepanjang jalan kami singgah sebentar di kawasan pantai yang sangat cantik pasirnya, putih bersih (terlupa nama pantai tu...) dan kelihatan ramai sudah orang memenuhi pantai utama disitu untuk mandi.  Huh nampaknya orang Jepun ni sanggup bangun awal untuk mandi laut ketika summer ni gamaknya.....Kami meneruskan ke destinasi kedua pagi itu....Adventure World.

kesan hakisan ombak di Senjojiki
Pantai yg putih bersih











Haa...eden sampai di 'Adventure World' seawal jam 8 pagi lagi, tempat tu buka pada pukul 9.30 pagi tapi eden tengok orang ramai dah mula  beratur untuk membeli tiket.

Adventure World ni juga merupakan 'theme park' tetapi lebih berkonsepkan'animal zoo' dan permainan.  Safari Park nya juga menarik dan sudah tentulah binatang yang paling terkenal disini iaitu Panda kerana setiap kedai jualan, cenderamata, kemudahan awam dan lain-lain semuanya berkonsepkan panda.  Tetapi apa yang lebih menariknya di sini ialah buat pertama kalinya kami dapat menyaksikan secara live 'Dolphin show' (Ikan lumba-lumba).  Bergambar dan bersalaman dengan dolphin ni merupakan suatu pengalaman yang menyeronokan terutama untuk anak-anak eden.  Melihat akan persembahan dolphin ni amatlah mengujakan, bagaimanakan akrabnya hubungan dolphin dengan manusia.  Sebenarnya banyak lagi yang disajikan di dalam 'Adventure World' ni yang mana kami tak dapat nak habiskan semua, kerana hari dah beransur petang.  Eden kena bertolak awal pulang ke Kyoto kerana esoknya kita akan mula berpuasa........



Berjumpa lagi di dalam ruang borak @ My Perpatih Kissaten.  Jya Mata ne.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...