Eden baru balik dari menghadiri majlis iftar dan tadarus anjuran MyKyoto hari ni. Meriah sungguh, banyak makanan, jemputan bukan setakat muslimin tetapi non muslim juga meluangkan masa menghadirkan diri dan membawa sedikit juadah sebagai tanda sokongan mereka. Kami pun tak ketinggalan membawa apam pisang dan kuih abok-abok sagu. Menu abok-abok sagu memang dipilih kerana belum pernah lagi, sepanjang tiga tahun eden disini, ada orang di Kyoto menyediakan salah satu juadah favorite eden ni. Inilah resepi yang eden gunakan untuk sediakan abok-abok sagu.
Kuih abok-abok sagu.
Bahan-bahan.
- 1 cawan sagu mata ikan - dibasuh dengan air bersih dan toskan
- 2 sudu besar kelapa parut
- 1/2 camca teh garam
- Gula melaka yang telah di dadu atau hiris (manis ikut suka)
- Daun pisang
- Lidi (boleh juga gunakan pencolek gigi) atau stapler
Cara membuat.
- Letakkan sagu mata ikan didalam mangkuk, campurkan bersama kelapa parut dan garam. Gaul rata
- Daun pisang dibentuk seperti kon.
- Masukkan campuran sagu hingga ke paras setengah kon, masukkan gula melaka ikut suka (manisnya) tambahkan campuran sagu hingga 3/4 paras kon dan tutup kon dengan menggunakan lidi atau stapler.
- Didihkan air dalam kukus.
- Kukus campuran sagu tadi selama 30 hingga 40 minit.
Inilah asilnya Kuih abok-abok sagu |
Mudahkan....? selamat mencuba.
by Rynes
No comments:
Post a Comment