Wednesday, August 24, 2011

KMA Iftar Festival 2011


Sebahagian warga Malaysia di Kyoto (MyKyoto)
Salam pembaca semua...
Seminggu saja lagi kita akan menyambut 1 Syawal 1432 Hijrah.  Eden dapat rasakan di Malaysia sekarang semua orang (Islam) tengah demam raya, kata orang dah pasang gear 5 buat persiapan akhir menyambut Syawal.  Lagu-lagu hari raya dah mula kerap dimainkan di radio, tak kurang pula pasaraya-pasaraya besar mahu pun kecil mula berlawan-lawan memperdengarkan lagu-lagu raya serta tawaran harga runtuh untuk menarik orang ramai datang berbelanja. Meriah sungguhkan dan rindu pulak rasanya dengan suasana sebegitu.

Bercerita bab-bab meriah ni, kali ni eden nak borak pasal Iftar Festival sebagaimana yang telah eden sebut dalam entry sebelum ni.  Tanggal 20hb Ogos yang baru saja berlalu, pihak Kyoto Muslim Association  (KMA) telah menganjurkan majlis berbuka puasa perdana yang melibatkan komuniti islam dari pelbagai negara yang bermastautin di Kyoto dan juga kawasan yang berdekatan.  Apa yang unik dan menariknya KMA iftar festival ini ialah ianya disambut secara besar-besaran hanya di Prefecture Kyoto sahaja. Ini  juga merupakan kali yang ke 17 festival seumpama ini diadakan. Agak panjang sejarahnyakan..?    Hanya di iftar festival ini sahaja kita akan dapat melihat dan menikmati hidangan dari sebahagian besar negara.  Diantaranya negara yang mengambil bahagian ialah Egypt, Maghribi, Indonesia, India, Turki, Itali, Jepun serta beberapa negara lagi yang eden tak berapa ingat, termasuklah negara kita yang tercinta, MALAYSIA.  

Ini merupakan kali kedua eden mengambil bahagian menyediakan juadah untuk memperkenalkan Malaysia. Pada tahun ini masyarakat Malaysia  telah memperkenalkan 5 menu iaitu nasi lemak (menu utama), kuih karipap, kuih popia, murtabak, samosa dan sedikit menu tambahan onde-onde dan agar-agar santan. Seperti tahun-tahun sudah format iftarnya adalah sama, iaitu turut menjemput warga Jepun yang bukan beragama islam untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Disamping itu pihak KMA turut memberi sedikit penerangan berkenaan  agama islam dan ibadah puasa kepada hadirin.  Boleh dikatakan iftar festival ini adalah  program yang berjaya dengan purata kehadiran orang ramai lebih kurang  600 orang.

Untuk tahun hadapan program ini akan tetap diteruskan kerana ianya telah pun dimasukkkan ke dalam kalendar tahunan KMA, tapi kali ini eden tidak lagi melibatkan diri.  Iftar festival ini adalah iftar eden dan keluarga yang terakhir di Jepun. Sedih bunyinyakan...dan kesinambugan ini akan diteruskan oleh rakan-rakan yang masih tinggal dan baru datang ke Kyoto kelak.


air tangan dari isteri dan Pn. Mastura

Nasi Lemak bungkus dari team family


Menu hidangan dari Republik Indonesia


Hidangan dari Egypt 



the community

Semoga berjumpa kembali dalam ruang borak @ My Perpatih Kissaten.  Jya mata..

nota* lagi foto akan dimasukkan kemuadian..tunggu....

..by Rynes

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...