Sabtu ni (20hb Ogos) ada Kyoto Muslim Association (KMA) Iftar Festival. Rumah eden ditugaskan untuk membuat kuih karipap. Tahun lepas pun sebenarnya menu yang sama, tetapi sebab permintaan untuk karipap masih tinggi tahun ni, jadi menu yang sama diteruskan cuma kuantitinya kuranglah sikit (dari 200 ke 100) sebab isteri agak sibuk kali ni. Kami panggil karipap yang kami buat ni karipap Uji-shi sempena nama tempat kami tinggal.
Kali akhir eden makan karipap ni rasanya 3 bulan yang sudah, jadi untunglah ada festival ni, dapatlah makan karipap di bulan puasa ni.
Karipap Uji-shi |
Lepas buat karipap tadi kami gorenglah sepuluh biji, malangnya anak-anak minta lagi pasal sedap kata mereka. Yalah benda lama tak makan, sesekali buat memang sedaplah dan berebut-rebut. Tak apalah anak-anak, nanti kita buat lagi karipap ni ok....sambil memujuk hati eden juga hehehe... ;-D
So, hujung minggu ni iftar festival, kalau berminat nak tahu berkenaan program iftar ni nanti eden cerita pulak lepas festival tu dalam ruang borak corner @ My Perpatih Kissaten. Tunggu...jya mata ne.....
...by Rynes
No comments:
Post a Comment