Tadarus Al Quran |
Setelah enam hari berpuasa, baru hari ini masyarakat islam di Kyoto dapat berkumpul bersama di dalam majlis iftar anjuran MyKyoto. Jemputan hari ini merangkumi masyarat islam Malaysia dan bukan islam. Sebelum berbuka puasa majlis tadarus diadakan, Alhamdullillah dua juzuk Al-Quran dapat disempurnakan hasil daripada penyertaan lebih kurang 20 orang. Waktu berbuka puasa hari ini masuk pada jam 6.57 petang dan kami berbuka dengan kurma dan manisan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, barulah kami mengisi perut dengan juadah berat nasi dagang, nasi planta, mee goreng, roti jala, roti John, roti boom special, kuih dorayaki (disediakan keluarga Dr. Ahmad suami isteri) serta perbagai manisan penuh satu satu meja. Meriah sungguh hari ni bila dapat beramah mesra dengan rakan-rakan yang telah lama tak bersua muka. Kalaulah tidak kerana kesibukan masing-masing, agaknya lebih banyak majlis iftar sebegini dapat diatur lagi. Walaubagaimana pun diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berkorban masa membuat sumbangan dalam bentuk juadah dan sebagainya. Juga tak lupa kepada pasangan Aisha dan Syahir yang datang jauh dari Osaka dan sudi menerima jemputan kami. InsyaAllah kami semua akan berjumpa lagi di KMA Iftar festival pada 20hb Ogos, 2011 nanti.
Solat Maghrib berjemaah |
Bento istimewa dari Aisha dan Shaheer - terima kasih |
Semoga bersua kembali dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten. See you again...
by Rynes
Assalamualaikum Abg Lan..
ReplyDeleteSorry la xde geng Shiga turun event MyKyoto kali nih kot? masing2 sibuk ngan aktiviti dunia -_-"
uih, sape Dr. Ahmad tuh ek??
orang baru ke??
Barakallahualakum... mantap la Kyoto... Semoga Allah melipatgandakan berkat dan rahmat dalam perjuangan masing2 dan moga dikekalkan hingga ke generasi seterusnya... Dr Ahmad ni Ahmad Takeda ke??
ReplyDeleteKyo dan Daus...Dr. Ahmad yang dimaksudkan ialah Dr. Ahmad Shiozaki, Asst. Prof. dari Doshisha University, Kyoto. Pernah tinggal di Malaysia 5 tahun, 2 tahun sebagai Master Student di UIA dan 3 tahun sebagai kakitangan di kedutaan Jepun di Malaysia. Telah memeluk islam selama 10 tahun dan boleh berbahasa melayu dengan baik. Telah berkeluarga (isteri juga Japanese dan kahwin di Malaysia) dan ada 2 orang anak. InsyaAllah, beliau akan selalu turut serta dalam aktiviti kita.
ReplyDeleteKyo...kamu n the geng boleh join pada 27hb Ogos ni MyKyoto akan buat majlis Khatam Al Quran. Shiga akan jadi host, buat di Takashima (tepi tasik) n sambut malam tujuh likur sekali. Jangan lupo...
ReplyDelete