Sunday, August 7, 2011

Ayam goreng tiram dengan asparagus

Ramai orang Malaysia mungkin tak berapa suka dengan asparagus, ada yang beri alasan asparagus tak ada rasa dan sebagainya.  Sebabnya mungkin asparagus tak berapa terkenal di negara kita atau selera kita ni dah terlalu biasa dengan sayur-sayur tempatan.  Eden pun sama laa...di Jepun ni barulah eden dapat merasa sayur yang sedap ni. Tahu tak, asparagus ni sebenarnya ada dalam banyak warna, setakat yang eden pernah nampak ada tiga warna;  hijau (biasa kita nampak), putih dan ungu.  Tapi yang hijau ini biasa eden beli kerana jenis ini paling murah dari yang dua lagi.  Asparagus ni pun banyak saiz, besar, sedang dan ada yang paling kurus.  Yang paling kurus ni sesuai untuk buat salad.  Di Uji ni, empat batang asparagus sepanjang 5 inci berharga lebih kurang 160 yen atau RM6.  Asparagus ni kalau kena cara memasaknya memang sedap, contohnya  bila dimasak dengan  ayam goreng tiram.  Resepinya seperti dibawah.




Bahan-bahan.
  1. 4 bahagian dada ayam setiap satu dipotong 6 (digaulkan dengan garam dan kunyit untuk digoreng)
  2. 1 ulas bawang putih dicincang
  3. 1/2 inci halia dihiris halus
  4. 1/4 labu bawang besar dibelah dua melintang atau memanjang
  5. 1/2 biji paprika merah (capsicum/cili bell) di potong memanjang
  6. 4 batang asparagus, setiap satu dipotong 4 (menyerong) 
  7. 1 sudu besar sos tiram*
  8. 1 sudu besar plain yogurt*
  9. Perasa - 1/2 sudu teh  gula + 1/2 sudu teh lada hitam*
  10. Garam secukup rasa*
  11. 1/2 camca besar minyak bijan
  12. Minyak untuk menggoreng
  13. Sedikit air sekiranya perlu (untuk lembutkan asparagus)
Campur semua bahan yang bertanda * dan gaul rata

Cara membuatnya.

  1. Ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit di goreng secara deep fry dengan api sederhana (jangan terlalu garing)
  2. Ayam yang telah siap digoreng, diangkat dan diketepikan
  3. Keluarkan minyak gorengan tadi dan tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak dalam kuali
  4. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan dan masukkan asparagus.  Sekiranya asparagus dari jenis keras masukkan sedikit air untuk lembutkan
  5. Setelah asparagus sedikit lembut, masukkan paprika, dan goreng hingga separa lembut
  6. Masukkan bawang besar dan bahan-bahan campuran bertanda *, kacau sehingga bawang besar lembut sedikit
  7. Tuangkan minyak bijan, kacau rata, biarkan hanya sebentar dalam kuali (sekadar 10 saat) dan angkat

Inilah juadah berbuka eden hari ni.  Enak rasa dan senang disediakan. OK....selamat mencuba.

by Rynes






No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...