Happy Friday folks. Jumaat adalah hari yang paling sibuk bagi eden, pagi dah keluar ke bandar Kyoto untuk solat Jumaat, sampai rumah dah petang dan anak dah tunggu untuk pergi tuisyen pulak. Jadi masa untuk prepare juadah iftar memang agak suntuk sikit. Menu apa agaknya yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat? Jom kita selongkar apa yang ada dalam stor....ahaa...nampak bihun, so, berbuka puasa dengan bihun gorenglah malam ni.
Balik dari hantar anak ke tuisyen, eden singgah supa (orang Jepun panggil supermarket sebagai supa) beli udang dan sawi, untuk buat rencah bihun. Dalam 45 minit eden dapat siapkan bihun goreng dan dessert. Alhamdullillah, kenyang walaupun berbuka ringan aje hari ni, yang paling penting anak-anak tak komplen.

Fruit cocktail with mochi |
Dessert yang dibuat tadi pun boleh siap dalam 15 minit. Cuma perlukan masa sikit untuk didihkan mochi atau bebola tepung pulut (yang warna putih dan hijau tu). Mochi ni macam satu kemestian untuk anak-anak, favorite mereka dalam dessert seperti ni. Kemudian potong epal dan limau dan campurkan 1 tin fruit cocktail sebelum disejukkan untuk 10 minit dalam peti sejuk. Dessert ni elok dihidangkan bersama low fat plain yogurt. Voilla, puas hati.
No comments:
Post a Comment