Sejak hari Sabtu lepas, berlarutan hingga ke hari ini perut asyik sebu saja. Inilah bahana kalau makan berlebih-lebihan. Sabtu yang lepas eden bersama rakan MyKyoto ke Lake Biwa, Takashima-shi, menghadiri majlis khatam Quran dan malam tujuh likur. Orang Malaysia ni, memang bermurah hati membawa buah tangan kalau diajak menghadiri majlis. Akibat kemurahan hati para hadirin, maka melimpah ruah makanan. Perut sebu sebab malam tu eden banyak betul makan BBQ lamb dan ayam, lemang pun ada, tiga jenis nasi, dan dah tentulah birthday cake (Oreo cheese cake) hasil buah tangan isteri eden. Sampai hari ini eden tak terdaya nak makan nasi. Hari ini, eden masak yaki soba&udon dan tahu sumbat. Kalau di Malaysia, tahu sumbat ni antara menu kegemaran eden semasa bulan Ramadan. Senang buat tahu sumbat ye....15 minit siap semua, itulah yang eden panggil tahu sumbat on the go.
Monday, August 29, 2011
Saturday, August 27, 2011
Happy birthday to ME
My Oreo Cheese Cake
Salam semua..
Patutlah cheese cake di kedai kek mahal, isteri beritahu harga bahan-bahan untuk kek ini dah 1600 Yen. Apa pun eden gembira lebih-lebih lagi hari ini akan diadakan Majlis Khatam Quran bersama rakan-rakan lain disamping menyambut malam tujuh likur sebelum tibanya Aidilfitri.
Salam semua..
Sudah dua tahun berturut-turut birthday eden jatuh di dlam bulan puasa, rasa bersyukur kerana jatuh pada bulan baik dan penuh keberkatan ini. Tidak banyak yang eden boleh cerita tentang birthday ni, yang confirmnya umur eden dah makin meningkat ke tuut...tuttt......hihi. Harapan untuk diri sendiri semoga eden lebih sukses dalam apa juga yang eden buat dalam menjalani kehidupan selepas ini bersama keluarga tersayang.
Tahun ini isteri eden telah bersusah payah membuat kek yang istimewa untuk hari besar eden ini. Terima kasih yang tak terhingga atas sedikit pergorbanan masa yang diberikan kerana eden tahu isteri eden sekarang memang tengah sibuk sangat writing dan labnya.
Tahun ini isteri eden telah bersusah payah membuat kek yang istimewa untuk hari besar eden ini. Terima kasih yang tak terhingga atas sedikit pergorbanan masa yang diberikan kerana eden tahu isteri eden sekarang memang tengah sibuk sangat writing dan labnya.
Patutlah cheese cake di kedai kek mahal, isteri beritahu harga bahan-bahan untuk kek ini dah 1600 Yen. Apa pun eden gembira lebih-lebih lagi hari ini akan diadakan Majlis Khatam Quran bersama rakan-rakan lain disamping menyambut malam tujuh likur sebelum tibanya Aidilfitri.
Wednesday, August 24, 2011
KMA Iftar Festival 2011
Sebahagian warga Malaysia di Kyoto (MyKyoto) |
Seminggu saja lagi kita akan menyambut 1 Syawal 1432 Hijrah. Eden dapat rasakan di Malaysia sekarang semua orang (Islam) tengah demam raya, kata orang dah pasang gear 5 buat persiapan akhir menyambut Syawal. Lagu-lagu hari raya dah mula kerap dimainkan di radio, tak kurang pula pasaraya-pasaraya besar mahu pun kecil mula berlawan-lawan memperdengarkan lagu-lagu raya serta tawaran harga runtuh untuk menarik orang ramai datang berbelanja. Meriah sungguhkan dan rindu pulak rasanya dengan suasana sebegitu.
Bercerita bab-bab meriah ni, kali ni eden nak borak pasal Iftar Festival sebagaimana yang telah eden sebut dalam entry sebelum ni. Tanggal 20hb Ogos yang baru saja berlalu, pihak Kyoto Muslim Association (KMA) telah menganjurkan majlis berbuka puasa perdana yang melibatkan komuniti islam dari pelbagai negara yang bermastautin di Kyoto dan juga kawasan yang berdekatan. Apa yang unik dan menariknya KMA iftar festival ini ialah ianya disambut secara besar-besaran hanya di Prefecture Kyoto sahaja. Ini juga merupakan kali yang ke 17 festival seumpama ini diadakan. Agak panjang sejarahnyakan..? Hanya di iftar festival ini sahaja kita akan dapat melihat dan menikmati hidangan dari sebahagian besar negara. Diantaranya negara yang mengambil bahagian ialah Egypt, Maghribi, Indonesia, India, Turki, Itali, Jepun serta beberapa negara lagi yang eden tak berapa ingat, termasuklah negara kita yang tercinta, MALAYSIA.
Ini merupakan kali kedua eden mengambil bahagian menyediakan juadah untuk memperkenalkan Malaysia. Pada tahun ini masyarakat Malaysia telah memperkenalkan 5 menu iaitu nasi lemak (menu utama), kuih karipap, kuih popia, murtabak, samosa dan sedikit menu tambahan onde-onde dan agar-agar santan. Seperti tahun-tahun sudah format iftarnya adalah sama, iaitu turut menjemput warga Jepun yang bukan beragama islam untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Disamping itu pihak KMA turut memberi sedikit penerangan berkenaan agama islam dan ibadah puasa kepada hadirin. Boleh dikatakan iftar festival ini adalah program yang berjaya dengan purata kehadiran orang ramai lebih kurang 600 orang.
Untuk tahun hadapan program ini akan tetap diteruskan kerana ianya telah pun dimasukkkan ke dalam kalendar tahunan KMA, tapi kali ini eden tidak lagi melibatkan diri. Iftar festival ini adalah iftar eden dan keluarga yang terakhir di Jepun. Sedih bunyinyakan...dan kesinambugan ini akan diteruskan oleh rakan-rakan yang masih tinggal dan baru datang ke Kyoto kelak.
Untuk tahun hadapan program ini akan tetap diteruskan kerana ianya telah pun dimasukkkan ke dalam kalendar tahunan KMA, tapi kali ini eden tidak lagi melibatkan diri. Iftar festival ini adalah iftar eden dan keluarga yang terakhir di Jepun. Sedih bunyinyakan...dan kesinambugan ini akan diteruskan oleh rakan-rakan yang masih tinggal dan baru datang ke Kyoto kelak.
air tangan dari isteri dan Pn. Mastura |
Nasi Lemak bungkus dari team family |
Menu hidangan dari Republik Indonesia |
Hidangan dari Egypt |
the community |
nota* lagi foto akan dimasukkan kemuadian..tunggu....
..by Rynes
Saturday, August 20, 2011
From Malaysia with love
Salam ceria semua. Hari ni memang hari ceria untuk family eden, sebabnya barangan dari Malaysia dah kami terima tadi. Tadi orang post office ding dong loceng rumah, 'yuubin desu' katanya. Tahulah eden barangan dari Malaysia dah sampai.. Anak-anak melompat gembira 'Yeay yeay baju raya dah sampai'....'wah! ada kuih raya'. Berseri-seri muka anak-anak macam dapat duit raya. Sebenarnya inilah kali pertama kami memesan baju raya dan kuih raya dari Malaysia, sejak kami tinggal di sini 4 tahun lalu. Entah mengapa, tahun ni terasa nak baju raya baru, terasa special sikit.
Minta baju raya dan kuih raya semuanya last minute, nasib baik ipar eden sanggup carikan dan tak komplen. Lepas eden tengok kuih raya dan baju raya tadi, mood raya pun baru terbangkit....lebih-lebih lagi tengok anak-anak mencuba baju baru. Hai, timbul rasa seronok dalam diri sendiri....baru ada mood nak dengar lagu raya.
Bagi yang baru nak bershopping barangan kelengkapan raya eden ucapkan berhemahlah berbelanja dan bersederhana itu lebih baik. See you....
Friday, August 19, 2011
Quickie Quickie - dinner on the go
Happy Friday folks. Jumaat adalah hari yang paling sibuk bagi eden, pagi dah keluar ke bandar Kyoto untuk solat Jumaat, sampai rumah dah petang dan anak dah tunggu untuk pergi tuisyen pulak. Jadi masa untuk prepare juadah iftar memang agak suntuk sikit. Menu apa agaknya yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat? Jom kita selongkar apa yang ada dalam stor....ahaa...nampak bihun, so, berbuka puasa dengan bihun gorenglah malam ni.
Balik dari hantar anak ke tuisyen, eden singgah supa (orang Jepun panggil supermarket sebagai supa) beli udang dan sawi, untuk buat rencah bihun. Dalam 45 minit eden dapat siapkan bihun goreng dan dessert. Alhamdullillah, kenyang walaupun berbuka ringan aje hari ni, yang paling penting anak-anak tak komplen.
Balik dari hantar anak ke tuisyen, eden singgah supa (orang Jepun panggil supermarket sebagai supa) beli udang dan sawi, untuk buat rencah bihun. Dalam 45 minit eden dapat siapkan bihun goreng dan dessert. Alhamdullillah, kenyang walaupun berbuka ringan aje hari ni, yang paling penting anak-anak tak komplen.
Fruit cocktail with mochi |
Dessert yang dibuat tadi pun boleh siap dalam 15 minit. Cuma perlukan masa sikit untuk didihkan mochi atau bebola tepung pulut (yang warna putih dan hijau tu). Mochi ni macam satu kemestian untuk anak-anak, favorite mereka dalam dessert seperti ni. Kemudian potong epal dan limau dan campurkan 1 tin fruit cocktail sebelum disejukkan untuk 10 minit dalam peti sejuk. Dessert ni elok dihidangkan bersama low fat plain yogurt. Voilla, puas hati.
Thursday, August 18, 2011
Sayur paprik
Di bulan puasa ni mengidam macam-macam pulak...puasalah katakan. Hari ni teringin pulak nak makan sayur paprik, tapi ada ke bahan-bahannya?, almaklum tak plan nak buat menu ni hari ini. Eden selongkar peti ais, yang ada cuma carrot, broccoli, paprika dan mushroom aje.....cukuplah tu. Eden belum pernah buat sayur paprik sebelum ni, dan hari ni pun rasa malas nak browse resepi, dah letih benar mengemas dan jaga budak demam kat rumah ni. Nampaknya resepi ni terpaksa berpandukan pengalaman "merasa" sayur paprik di restoran tomyam tak lama dulu. Buka puasa tadi, tak sabar merasa sayur paprik eden ni, alhamdulillah sedap rasanya. Resepi yang eden gunakan ada di bawah ni.
SAYUR PAPRIK
Bahan-bahan
- 1/2 biji carrot - di potong serong atau bulat
- 8-10 kuntum broccoli
- 4 biji shiitake mushroom kering (atau cendawan butang) - direndam sampai kembang dan dibelah 2 setiap satu
- 1/2 biji paprika - dibelah 6
- 1/4 labu bawang besar (saiz kecil) -dipotong dua memanjang
- 1 ulas bawang putih - diracik halus
- 2 helai daun limau purut/kasturi
- 4 biji cili padi
- sedikit air untuk melembutkan carrot
- perasa - 1sudu besar oyster sauce + 1 sudu besar kicap masin/manis + 1 sudu besar sos tomato + 1/2 sudu teh lada sulah + 1 sudu besar gula pasir + 1 sudu teh jus lemon/limau nipis + 3/4 cawan air
- 1 sudu teh tepung jagung sebagai pemekat - dicampurkan sedikit air
- garam secukup rasa
- 2 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya
- Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau
- Masukkan carrot dan air. Biarkan carrot separa lembut (lebih kurang 1 minit)
- Campurkan broccoli dan biarkan layu sedikit (warna bertukar hijau pekat)
- Masukkan daun limau, paprika, dan campuran bahan perasa. Gaul rata serta biarkan sebentar hingga kuah menggelegak. Jika perlu tambahkan air, masukkan sedikit sahaja
- Tambahkan bawang besar, cendawan dan cili padi.
- Setelah cendawan layu sedikit, masukkan campuran air tepung jagung dan garam secukup rasa
- Angkat bila kuah telah memekat dan menggelegak
Wednesday, August 17, 2011
Pengat pisang bersama mochi
Selamat berpuasa hari yang ke-17, semoga kita semua terus memperolehi nikmat dan pahala di bulan yang mulia ini. Selalu benar eden postkan entry juadah berbuka saja sebelum ni...haa..kali ni eden cuba tukar mood sikit, eden borak pasal menu supper pulak. Oklah kan?
Pengat pisang bersama mochi |
Masa eden sibuk mengemas kabinet dapur lepas tarawikh tadi, terlihat akan eden beberapa biji pisang muda yang diperam sejak 2 minggu dulu, dah masak benar. Teringin pulak rasanya nak makan pengat. Biasanya kalau sebut pengat pisang ni selalunya orang campur dengan sagu mata ikan, tapi kami kalau buat pengat pisang mesti campur tepung pulut sebab suka rasanya yang kenyal-kenyal tu. Kami panggil resepi ni pengat pisang bersama mochi. Orang yang pernah tinggal di Jepun fahamlah mochi ni di buat daripada tepung pulut.
2 biji pisang montel (saiz besar)
4 sudu besar sagu mata ikan di basuh bersih bawah aliran air
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan susu rendah lemak/susu skim
80 g gula melaka
50 g gula pasir (kurangkan jika mahu kurang manis)
80 g tepung pulut
2 cawan air
Sedikit garam
1 helai daun pandan (kami gunakan esen pandan kerana sukar mendapatkan daun pandan)
Cara membuatnya
- Panaskan air dengan api sederhana. Selepas air menggelegak, masukkan sagu mata ikan dan biarkan sampai sagu bertukar menjadi lutsinar.
- Masukkan gula melaka dan daun pandan/esen pandan, biar gula melaka larut.
- Campurkan gula pasir dan santan, biar sebentar.
- Sediakan doh untuk mochi. Campurkan tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan. Ambil doh sebesar duit 10 sen dan bulat-bulatkan sebelum ditekan sedikit ditengahnya dengan ibu jari dan jari telunjuk dan terus masukkan kedalam campuran santan, gula dan sagu tadi.
- Selepas mochi tadi timbul, masukkan pisang yang telah di potong bulat. Biarkan sebentar, lebih kurang 30 saat.
- Akhir sekali masukkan susu dan garam. Susu hanya dibiarkan sekadar hangat dan bukan menggelegak.
Tuesday, August 16, 2011
Rindunya karipap Uji-shi
Sabtu ni (20hb Ogos) ada Kyoto Muslim Association (KMA) Iftar Festival. Rumah eden ditugaskan untuk membuat kuih karipap. Tahun lepas pun sebenarnya menu yang sama, tetapi sebab permintaan untuk karipap masih tinggi tahun ni, jadi menu yang sama diteruskan cuma kuantitinya kuranglah sikit (dari 200 ke 100) sebab isteri agak sibuk kali ni. Kami panggil karipap yang kami buat ni karipap Uji-shi sempena nama tempat kami tinggal.
Kali akhir eden makan karipap ni rasanya 3 bulan yang sudah, jadi untunglah ada festival ni, dapatlah makan karipap di bulan puasa ni.
Karipap Uji-shi |
Lepas buat karipap tadi kami gorenglah sepuluh biji, malangnya anak-anak minta lagi pasal sedap kata mereka. Yalah benda lama tak makan, sesekali buat memang sedaplah dan berebut-rebut. Tak apalah anak-anak, nanti kita buat lagi karipap ni ok....sambil memujuk hati eden juga hehehe... ;-D
So, hujung minggu ni iftar festival, kalau berminat nak tahu berkenaan program iftar ni nanti eden cerita pulak lepas festival tu dalam ruang borak corner @ My Perpatih Kissaten. Tunggu...jya mata ne.....
...by Rynes
Monday, August 15, 2011
Craving for cendol.
Why are we all craving during ramadan? Well, as many others, I have been craving for cendol. So, today we made some cendol from scratch and had some for iftar (after 3 years of not having any.) We followed a recipe from one blog, but the cendol turned out to be softer than the one we normally buy from the mamak stall. Tak apalah, dah teringin sangat boleh sajalah. This is the picture of our home made cendol, the kids loved it so much. Instead of using 100 % coconut milk, we used 50 % coconut milk + 50 % low fat milk.....kurang kolesterol kan? but the taste is still the same (minus the soft cendol)
home made cendol |
Selepas 15 hari kita berpuasa ni, kadang-kadang terasa kering idea nak masak apa lagi untuk juadah berbuka. We have to think of something interesting to prepare for iftar because we have a four year old boy in the house who is fasting diligently every single day........something untuk naikkan semangat dialah.
Sunday, August 14, 2011
Busy as a bee on one hot ramadan day
1000 yen barber shop |
It was a busy day yesterday. Kids and I went shopping, and we went to the barber to cut my son's long hair. The kids really like to go to this 1000 yen barber shop, near our home, because after each haircut, the kids get to choose a toy to take home. Of course, budak-budak suka. The toys are cheap toys actually, but the concept attracted the kids. So, semalam my son chose an 'air' sword to take home. Bukan hebat sangat pun toy tu....Also, the kids like the idea of using the 'pay machine' before the haircut....pay 1000 yen at the machine, get a ticket, and wait to be called......and waiting time is very short, although the shop is full of customers. I don't know why, ;-P but the kids like putting money into the machine.......may be because they get to do 'something' on their own.
After all the shopping and haircut thing, we all balik pun dah lambat, about 4.30 pm. So, I thought sempat ke masak ni...? sebab lagi 2 jam nak berbuka. We got home and saw that my wife had prepared kuih cucur badak and a Thai dish (don't ever know the name) shown below. So, then I suggested a menu change this weekend. Kalau hari-hari menu nasi sahaja muak juga kan. I searched in our strorage, and saw a packet of laksa nyonya mix that my mother- in-law sent from Malaysia 3 months ago. Makan mee laksa nyonya le kita, jimat time for food preparation yerterday.
Thai dish made from rice paper |
Kari laksa nyonya |
Happy fasting folks.....SEE YOU NEXT TIME.
Thursday, August 11, 2011
Pecal anyone.....?
Tiba -tiba teringat dan teringin nak makan pecal untuk
berbuka puasa hari ni. Dulu masa mak mertua datang melawat eden sekeluarga selalu gak beliau buat pecal dan memang sedap sekali. Sejak tu eden mula berminat dengan pecal ni. Pecal ini nak membuatnya bukan susah sangat rupanya. Yang penting kuahnya tu mesti ngam. Satu yang eden suka, resepi ni tidak perlu di tumis dan tidak menggunakan minyak yang banyak, ala-ala pemakanan yang sihatlah ni. Resepi kuah pecal ni eden belajar dari mak mertua yang dah berpuluh tahun buat benda ni. Maknanya mak mertua eden dah kira expert lah bab-bab kuah pecal ni. Kalau dah namanya duduk Jepun, jadi bahan-bahannya version Jepun lah ye.....
berbuka puasa hari ni. Dulu masa mak mertua datang melawat eden sekeluarga selalu gak beliau buat pecal dan memang sedap sekali. Sejak tu eden mula berminat dengan pecal ni. Pecal ini nak membuatnya bukan susah sangat rupanya. Yang penting kuahnya tu mesti ngam. Satu yang eden suka, resepi ni tidak perlu di tumis dan tidak menggunakan minyak yang banyak, ala-ala pemakanan yang sihatlah ni. Resepi kuah pecal ni eden belajar dari mak mertua yang dah berpuluh tahun buat benda ni. Maknanya mak mertua eden dah kira expert lah bab-bab kuah pecal ni. Kalau dah namanya duduk Jepun, jadi bahan-bahannya version Jepun lah ye.....
Kuah pecal.
Bahan-bahan. (untuk 4 orang makan)
- 1/2 cawan kacang tanah di goreng hingga masak dan dikisar halus (blend). Disini kami gunakan kacang yang telah dipanggang.
- 2 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih sederhana besar
- 4 tangkai cili kering
- Perasa - garam secukup rasa + 1 sudu besar gula melaka (diparut) atau gula merah
- Air asam jawa secukup rasa
- 3 sudu besar minyak untuk menggoreng
- 150 - 200ml air panas (tuang sedikit-sedikit sehingga dapat kepekatan yang disukai).
Cara membuat.
- Basuh hingga bersih bawang putih, bawang merah dan cili kering
- Panaskan minyak dengan api sederhana
- Goreng semua bahan yang telah dibasuh tadi sehingga kekuningan (hati-hati jangan sampai hangus) dan angkat.
- Di dalam lesung batu, tumbuk semua bahan yang digoreng tadi hingga lumat.
- Keluarkan bahan yang telah di tumbuk dan letak ke dalam mangkuk.
- Curahkan air panas, dan tambah bahan perasa. Gaul hingga rata.
- Campurkan kacang yang telah dimesin tadi, kacau lagi.
- Campurkan air asam jawa secukup rasa.
* Sekiranya kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air panas sehingga mendapat consistency yang dihajati.
Very simple recepi, yet delicious......have a go at it.
Ok, cubalah...........
..by Rynes
Wednesday, August 10, 2011
Jepun, musim panas dan bunga api
Jumpa lagi kita yer....
Kita jumpa lagi dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten.
..by Rynes
tuah malam ni dapat capture sekali view bulan |
Hari ni terasa sibuk sikit....pergi shopping, balik pula dah petang, rehat sekejap sambil-sambil tu berfikir-fikir apa nak masak untuk berbuka hari ni. Hari ni semua nak kena buat cepat, sebabnya hati ni berbunga-bunga nak pergi menonton pesta hanabi malam ni kat Uji.
Hanabi ni apa...? hanabi ni samalah maksud dengan pertunjukan bunga api. Hanabi ni sebenarnya event yang di tunggu-tungu semua orang pada musim panas ni. Masa inilah kita nampak orang berduyun-duyun mengusung kamera dan videocam pelbagai jenis, lelaki dan perempuan akan memakai baju tradisional mereka atau yukata lengkap dengan kipas tangannya, dan ada yang membawa bekalan makanan dan minuman sebab mereka datang awal untuk booking tempat paling strategik untuk menengok bunga api. Eden sebenarnya dah beberapa kali tengok hanabi ni, paling jauh di Kobe, 70km dari rumah tapi di Uji ni istimewa sikit, pasal selama lebih tiga tahun eden tinggal kat Uji, inilah kali pertama eden ke sana walhal jarak ke spot hanabi tu cuma 2km saja dari rumah. Biasalah itu kan, tempat jauh kadang-kadang kita boleh sampai dulu, yang dekat tu lah yang selalu terkemudian. hehe...bukan lupa cuma tak ingat aje...
Hanabi ni apa...? hanabi ni samalah maksud dengan pertunjukan bunga api. Hanabi ni sebenarnya event yang di tunggu-tungu semua orang pada musim panas ni. Masa inilah kita nampak orang berduyun-duyun mengusung kamera dan videocam pelbagai jenis, lelaki dan perempuan akan memakai baju tradisional mereka atau yukata lengkap dengan kipas tangannya, dan ada yang membawa bekalan makanan dan minuman sebab mereka datang awal untuk booking tempat paling strategik untuk menengok bunga api. Eden sebenarnya dah beberapa kali tengok hanabi ni, paling jauh di Kobe, 70km dari rumah tapi di Uji ni istimewa sikit, pasal selama lebih tiga tahun eden tinggal kat Uji, inilah kali pertama eden ke sana walhal jarak ke spot hanabi tu cuma 2km saja dari rumah. Biasalah itu kan, tempat jauh kadang-kadang kita boleh sampai dulu, yang dekat tu lah yang selalu terkemudian. hehe...bukan lupa cuma tak ingat aje...
sebahagian penonton |
Jadi, lepas berbuka dan solat tadi, terus capai basikal ke sana. Manusia punyalah ramai, tapi dapatlah eden menyelit cari lokasi untuk ambil gambar. Apa-apa pun eden rasa puas hati sebab akhirnya dapat juga tengok hanabi di Uji ni sebab mungkin inilah kali terakhir eden menonton hanabi di Jepun.......
Kita jumpa lagi dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten.
..by Rynes
Tuesday, August 9, 2011
Selera & Puasa
Rendang daging N9 |
Salam kembali...
Kejap aje dah masuk hari kesembilan kita umat islam menunaikan ibadah puasa. Dah tentulah pelbagai juadah bertukar ganti setiap harikan....? Ahaa..dah tentulah eden pun dok setiap hari mencari ilham apa yang nak eden masak hari ni untuk santapan keluarga. Foto di sebelah kiri dan bawah ni adalah menu berbuka puasa eden sekeluarga hari ni...simple aje...amacam nampak menyelerakan tak..?
Orang Nogori tak pernah tinggal dari menyediakan rendang di bulan puasa, secara tradisinya disediakan sehari dua sebelum menyambut ramadan atau pada hari mantai. Hari mantai ni ialah hari dimana jual-beli daging lembu/kerbau, kambing, ayam dan sebagainya di buat secara besar-besaran di Negeri Sembilan. Kaum wanita pulak, masa inilah akan memasak rendang atau lemang dan lain-lain sebagai menyambut bulan ramadan dan ahli keluarga akan berkumpul untuk menyambut hari pertama berpuasa. Rendang yang dimasak selalunya dalam kuantiti yang banyak, dan akan dimakan semasa sahur dan berbuka puasa untuk beberapa hari.
Kejap aje dah masuk hari kesembilan kita umat islam menunaikan ibadah puasa. Dah tentulah pelbagai juadah bertukar ganti setiap harikan....? Ahaa..dah tentulah eden pun dok setiap hari mencari ilham apa yang nak eden masak hari ni untuk santapan keluarga. Foto di sebelah kiri dan bawah ni adalah menu berbuka puasa eden sekeluarga hari ni...simple aje...amacam nampak menyelerakan tak..?
Orang Nogori tak pernah tinggal dari menyediakan rendang di bulan puasa, secara tradisinya disediakan sehari dua sebelum menyambut ramadan atau pada hari mantai. Hari mantai ni ialah hari dimana jual-beli daging lembu/kerbau, kambing, ayam dan sebagainya di buat secara besar-besaran di Negeri Sembilan. Kaum wanita pulak, masa inilah akan memasak rendang atau lemang dan lain-lain sebagai menyambut bulan ramadan dan ahli keluarga akan berkumpul untuk menyambut hari pertama berpuasa. Rendang yang dimasak selalunya dalam kuantiti yang banyak, dan akan dimakan semasa sahur dan berbuka puasa untuk beberapa hari.
Kami disini pun tidak ketinggalan menghidupkan tradisi mantai ni cumanya daging lembu dan ayam dibeli secara online ajelah. Isteri eden pun siang-siang lagi dah pun siapkan rendang daging ala Negeri Sembilan ni. Dapatlah dimakan sampai ke hari ini.
Gambar yang di bawah sekali tu pula adalah menu berbuka semalam....sedap rasanya peria walau pahit, tapi inilah kesukaan eden....masak gulai cili api peria dengan udang.
Tomyam sayur & udang |
Inilah beberapa idea menu berbuka puasa selera Negeri Sembilan tapi rasanya sesuai juga untuk semua.
OK, jumpa lagi nanti..........
Sunday, August 7, 2011
Wakayama - ramadan yang menyapa
Wakayama 30-31hb Julai, 2011 |
Konnichiwa minna......
Hari ni dah seminggu umat islam menunaikan ibadah puasa...kejap je rasanyakan? Kali ni eden nak borak pasal jalan-jalan kat Jepun ni, dimana entry pertama dalam ruang Yokoso Japan ni. Dua hari sebelum puasa hari tu, eden sekeluarga pergi melawat Wakayama Prefecture. Wakayama ni adalah dibawah Region Kansai di dalam kepulauan Honshu iaitu di bahagian selatan Kyoto tempat eden tinggal ni.
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah (berkereta) melalui lebuhraya (Hanwa Expressway) dan ini merupakan satu-satunya lebuhraya untuk ke sana. Wakayama ni boleh dikatakan bentuk geografinya bergunung ganang dan boleh dikatakan juga Wakayama ni sebuah prefecture yang pembangunannya masih lagi terkawal. Ini kerana disepanjang perjalanan eden tak nampak pun bangunan-bangunan yang hebat malah rangkaian jalanraya dalaman pun agak terhad dan kecil.
Actraction spot @ Shirahama |
sign info |
Eden tiba kat Shirahama hari dah mula gelap, lebih kurang jam 7.30 malam. Shirahama ni bersebelahan dengan pantai. Kebetulan malam tu ada pertunjukkan bunga api (hanabi) tapi eden tak pergi tengok pasal dulu dah tengok pesta ni kat Kobe, lagi pun nak parking kereta jauh berkilo meter dari spot hanabi tu. So eden buat keputusan untuk round-round sahaja sekitar pantai disamping tu mencari-cari kalau-kalau ada hotel yang murah untuk bermalam. Setelah lebih sejam eden berpusing-pusing sekitar persisiran pantai, eden buat keputusan untuk keluar semula ke lebuhraya dan mencari tempat rehat RnR terhampir untuk bermalam. 'Cancel',... yalah pada awalnya nak bermalam di hotel tetapi kerana kebanyakan hotel yang dihubungi semuanya mengenakan caj 'per head' yang mahal, Yen 12,000 ribu....(huh betul-betul bazirkan duit sahaja.) So bermalamlah kami di R&R Inami (22 kilometer) dari Shirahama dan esoknya kami akan berpatah balik semula ke sana..........
Beribu tahun dulu laut berada di paras yg paling atas rekahan batu tu. |
Eden tiba di Senjojiki (destinasi pertama) lebih kurang jam 6.00 pagi. Sudah terang benderang dan orang pun dah ada datang melawat disana. Senjojiki adalah tempat (tourist actraction) yang terkenal di Shirahama, kerana disini kita dapat melihat keadaan bentuk muka bumi pantai sebenar yang telah di hakis air laut sejak beribu tahun dulu. Teruja di sini kerana ianya lain dari yang lain, sesungguhnya kebesaran dan kekuasan Allah memang jelas dan hebat. Selepas di Senjojiki eden ronda-ronda dulu disekitar tepi pantai kerana hari masih awal lagi, kedai pun belum nampak hendak memulakan bisnesnya. Di sepanjang jalan kami singgah sebentar di kawasan pantai yang sangat cantik pasirnya, putih bersih (terlupa nama pantai tu...) dan kelihatan ramai sudah orang memenuhi pantai utama disitu untuk mandi. Huh nampaknya orang Jepun ni sanggup bangun awal untuk mandi laut ketika summer ni gamaknya.....Kami meneruskan ke destinasi kedua pagi itu....Adventure World.
kesan hakisan ombak di Senjojiki |
Haa...eden sampai di 'Adventure World' seawal jam 8 pagi lagi, tempat tu buka pada pukul 9.30 pagi tapi eden tengok orang ramai dah mula beratur untuk membeli tiket.
Adventure World ni juga merupakan 'theme park' tetapi lebih berkonsepkan'animal zoo' dan permainan. Safari Park nya juga menarik dan sudah tentulah binatang yang paling terkenal disini iaitu Panda kerana setiap kedai jualan, cenderamata, kemudahan awam dan lain-lain semuanya berkonsepkan panda. Tetapi apa yang lebih menariknya di sini ialah buat pertama kalinya kami dapat menyaksikan secara live 'Dolphin show' (Ikan lumba-lumba). Bergambar dan bersalaman dengan dolphin ni merupakan suatu pengalaman yang menyeronokan terutama untuk anak-anak eden. Melihat akan persembahan dolphin ni amatlah mengujakan, bagaimanakan akrabnya hubungan dolphin dengan manusia. Sebenarnya banyak lagi yang disajikan di dalam 'Adventure World' ni yang mana kami tak dapat nak habiskan semua, kerana hari dah beransur petang. Eden kena bertolak awal pulang ke Kyoto kerana esoknya kita akan mula berpuasa........
Berjumpa lagi di dalam ruang borak @ My Perpatih Kissaten. Jya Mata ne.
Ayam goreng tiram dengan asparagus
Ramai orang Malaysia mungkin tak berapa suka dengan asparagus, ada yang beri alasan asparagus tak ada rasa dan sebagainya. Sebabnya mungkin asparagus tak berapa terkenal di negara kita atau selera kita ni dah terlalu biasa dengan sayur-sayur tempatan. Eden pun sama laa...di Jepun ni barulah eden dapat merasa sayur yang sedap ni. Tahu tak, asparagus ni sebenarnya ada dalam banyak warna, setakat yang eden pernah nampak ada tiga warna; hijau (biasa kita nampak), putih dan ungu. Tapi yang hijau ini biasa eden beli kerana jenis ini paling murah dari yang dua lagi. Asparagus ni pun banyak saiz, besar, sedang dan ada yang paling kurus. Yang paling kurus ni sesuai untuk buat salad. Di Uji ni, empat batang asparagus sepanjang 5 inci berharga lebih kurang 160 yen atau RM6. Asparagus ni kalau kena cara memasaknya memang sedap, contohnya bila dimasak dengan ayam goreng tiram. Resepinya seperti dibawah.
Bahan-bahan.
- 4 bahagian dada ayam setiap satu dipotong 6 (digaulkan dengan garam dan kunyit untuk digoreng)
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 1/2 inci halia dihiris halus
- 1/4 labu bawang besar dibelah dua melintang atau memanjang
- 1/2 biji paprika merah (capsicum/cili bell) di potong memanjang
- 4 batang asparagus, setiap satu dipotong 4 (menyerong)
- 1 sudu besar sos tiram*
- 1 sudu besar plain yogurt*
- Perasa - 1/2 sudu teh gula + 1/2 sudu teh lada hitam*
- Garam secukup rasa*
- 1/2 camca besar minyak bijan
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit air sekiranya perlu (untuk lembutkan asparagus)
Campur semua bahan yang bertanda * dan gaul rata
Cara membuatnya.
- Ayam yang telah digaul dengan garam dan kunyit di goreng secara deep fry dengan api sederhana (jangan terlalu garing)
- Ayam yang telah siap digoreng, diangkat dan diketepikan
- Keluarkan minyak gorengan tadi dan tinggalkan dalam 3 sudu besar minyak dalam kuali
- Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan dan masukkan asparagus. Sekiranya asparagus dari jenis keras masukkan sedikit air untuk lembutkan
- Setelah asparagus sedikit lembut, masukkan paprika, dan goreng hingga separa lembut
- Masukkan bawang besar dan bahan-bahan campuran bertanda *, kacau sehingga bawang besar lembut sedikit
- Tuangkan minyak bijan, kacau rata, biarkan hanya sebentar dalam kuali (sekadar 10 saat) dan angkat
Inilah juadah berbuka eden hari ni. Enak rasa dan senang disediakan. OK....selamat mencuba.
by Rynes
Saturday, August 6, 2011
Iftar bersama masyarakat Malaysia di Kyoto
Assalamualaikum....
Tadarus Al Quran |
Setelah enam hari berpuasa, baru hari ini masyarakat islam di Kyoto dapat berkumpul bersama di dalam majlis iftar anjuran MyKyoto. Jemputan hari ini merangkumi masyarat islam Malaysia dan bukan islam. Sebelum berbuka puasa majlis tadarus diadakan, Alhamdullillah dua juzuk Al-Quran dapat disempurnakan hasil daripada penyertaan lebih kurang 20 orang. Waktu berbuka puasa hari ini masuk pada jam 6.57 petang dan kami berbuka dengan kurma dan manisan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, barulah kami mengisi perut dengan juadah berat nasi dagang, nasi planta, mee goreng, roti jala, roti John, roti boom special, kuih dorayaki (disediakan keluarga Dr. Ahmad suami isteri) serta perbagai manisan penuh satu satu meja. Meriah sungguh hari ni bila dapat beramah mesra dengan rakan-rakan yang telah lama tak bersua muka. Kalaulah tidak kerana kesibukan masing-masing, agaknya lebih banyak majlis iftar sebegini dapat diatur lagi. Walaubagaimana pun diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang berkorban masa membuat sumbangan dalam bentuk juadah dan sebagainya. Juga tak lupa kepada pasangan Aisha dan Syahir yang datang jauh dari Osaka dan sudi menerima jemputan kami. InsyaAllah kami semua akan berjumpa lagi di KMA Iftar festival pada 20hb Ogos, 2011 nanti.
Solat Maghrib berjemaah |
Bento istimewa dari Aisha dan Shaheer - terima kasih |
Semoga bersua kembali dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten. See you again...
by Rynes
Kuih abok-abok sagu untuk iftar
Salam kembali...
Eden baru balik dari menghadiri majlis iftar dan tadarus anjuran MyKyoto hari ni. Meriah sungguh, banyak makanan, jemputan bukan setakat muslimin tetapi non muslim juga meluangkan masa menghadirkan diri dan membawa sedikit juadah sebagai tanda sokongan mereka. Kami pun tak ketinggalan membawa apam pisang dan kuih abok-abok sagu. Menu abok-abok sagu memang dipilih kerana belum pernah lagi, sepanjang tiga tahun eden disini, ada orang di Kyoto menyediakan salah satu juadah favorite eden ni. Inilah resepi yang eden gunakan untuk sediakan abok-abok sagu.
Kuih abok-abok sagu.
Bahan-bahan.
Eden baru balik dari menghadiri majlis iftar dan tadarus anjuran MyKyoto hari ni. Meriah sungguh, banyak makanan, jemputan bukan setakat muslimin tetapi non muslim juga meluangkan masa menghadirkan diri dan membawa sedikit juadah sebagai tanda sokongan mereka. Kami pun tak ketinggalan membawa apam pisang dan kuih abok-abok sagu. Menu abok-abok sagu memang dipilih kerana belum pernah lagi, sepanjang tiga tahun eden disini, ada orang di Kyoto menyediakan salah satu juadah favorite eden ni. Inilah resepi yang eden gunakan untuk sediakan abok-abok sagu.
Kuih abok-abok sagu.
Bahan-bahan.
- 1 cawan sagu mata ikan - dibasuh dengan air bersih dan toskan
- 2 sudu besar kelapa parut
- 1/2 camca teh garam
- Gula melaka yang telah di dadu atau hiris (manis ikut suka)
- Daun pisang
- Lidi (boleh juga gunakan pencolek gigi) atau stapler
Cara membuat.
- Letakkan sagu mata ikan didalam mangkuk, campurkan bersama kelapa parut dan garam. Gaul rata
- Daun pisang dibentuk seperti kon.
- Masukkan campuran sagu hingga ke paras setengah kon, masukkan gula melaka ikut suka (manisnya) tambahkan campuran sagu hingga 3/4 paras kon dan tutup kon dengan menggunakan lidi atau stapler.
- Didihkan air dalam kukus.
- Kukus campuran sagu tadi selama 30 hingga 40 minit.
Inilah asilnya Kuih abok-abok sagu |
Mudahkan....? selamat mencuba.
by Rynes
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah Ini RINDU....
Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...
-
myMetro | Bekas jutawan LBJ tak mampu bayar bil api, air SEREMBAN: Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM50...
-
P ada hari Khamis yang lepas eden bersama isteri pergi ke Uji City Hall untuk urusan Alien Card . Untuk makluman pembaca, Alien Card in...
-
......dan berlagulah 'semi' yang kegirangan....... Ohaiyou minna.... Eden bangun pagi ni diikuti bunyi yang sangat bising kat lu...