Wednesday, February 1, 2012

Malang tu memang tak ada bau



Salam semua.

Mungkin ada diantara pembaca telah melihat petikan video di atas mengenai satu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal terbabas di selekoh susur keluar. Video ini telah dirakamkan secara live dan di share oleh blog beliemas.com pada April tahun lalu. Eden telah terjumpa video ni secara tidak sengaja semasa melayari You Tube pagi ini lalu terlintas di hati untuk sharing dalam Wall eden dalam Facebook dengan pertanyaan "Apa yang boleh dipelajari dalam video ini?.....

Sebenarnya terlalu banyak pelajaran dan pengajaran di dalam kejadian kemalangan itu yang boleh kita ambil iktibar contohnya seperti sikap pentingkan diri sendirilah, memandu dalam keadaan merbahayalah, tidak berhemah di jalan rayalah dan mungkin banyak lagi yang boleh kita ulaskan. Cuma apa yang eden nak tekankan di dalam video itu ialah berkenaaan soal sikap tiada keperihatinan dari segi memberi amaran segera mungkin atau dengan kata lain tiada komunikasi cemas antara pemandu kenderaan. Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana boleh kata semua pemandu tidak didapati seorang pun memberi 'hazard light' semasa menghampiri kawasan kemalangan dan lebih memburukan kemalagan itu berlaku di selekoh pula. Eden juga tidak nampak adanya cermin 'blind spot' dipasang di selekoh berkenaan.

foto pemandangan di bahagian dalam sebuah terowong  highway di Jepun

Baiklah, disini eden cuba  mengambil contoh dalam kontek pemanduan di Jepun ni. Dua tahun sudah,  eden dan keluarga pergi bercuti ke Kepulauan Kyushu di bahagian selatan Jepun sempena cuti golden week (cuti golden week jatuh pada awal bulan Mei). Eden mengharungi highway sejauh lebih 500km untuk sampai ke destinasi iaitu Beppu. Hendak dijadikan cerita juga waktu awal Mei itu jugalah Kerajaan Jepun mengumumkan buat pertama kali caj tol hanya bayar 1,000 yen saja tidak kira mana destinasi dalam Jepun sempena cuti tu. Apa lagi memang macam semutlah kereta merayap di atas highway. Kedudukan bentuk muka bumi Jepun sebahagiannya bergunung-ganang, jadi banyak laluan highwaynya akan merentasi bukit-bukau dan gunung. Apa yang bagusnya highway di sini ialah pemaju tidak sedikit pun merosakkan struktur gunung dengan memotongnya. Pemaju atau kontraktor menggunakan teknologi yang ada dengan membina terowong (tunnel) di setiap laluan highway yang bertanah tinggi. Sebab itu eden sendiri tak dapat mengira bertapa banyaknya terowong yang eden lalui, ada yang pendek dan ada yang panjang sejauh 5km. 

robot elektronik  menyerupai manusia diletakkan sebagai tanda amaran
di salah sebuah laluan tunnel di Jepun

Apa yang eden nampak, eden perhati, walau selaju mana pun pemandu-pemandu orang Jepun ni memecut di highway tidak kira waktu siang atau malam (untuk makluman bukan semua pemandu mereka macam ni hihihi....) apabila tiba di laluan yang ada tanda merbahaya atau akan melalui terowong dan sekiranya banyak kenderaan waktu itu mereka dengan sendirinya akan berkomunikasi dengan yang lain dengan cara memasang "hazard light". Kenderaan di hadapan akan memberi isyarat supaya memperlahankan kenderaan kepada kenderaan di belakang dan diikuti seterusnya oleh kenderaan lain sehingga jarak lebih 500 meter. Jadi kita nampak wujudnya komunikasi cemas di sini, jadi kita balik ke video itu tadi, kalaulah pemandu-pemandu memasang dengan segera "hazard light" sudah tentu penunggang motosikal yang satu lagi tu tak terlanggar penunggang motosikal yang sedang menderita kesakitan tu. Sekurang-kurangnya apabila lain kenderaan memberi lampu amaran mungkin penunggang motosikal tadi tu akan memperlahankan kelajuannya kerana akan terfikir mungkin kat depan tu ada polis ker, accident ker. Jadi tidaklah dia bersusah payah nak membrek sampai terbabas melanggar dan menambah 2x kesakitan kawan tu. Tak gitu....

Emm...mungkin banyak yang perlu kita belajar lagi. Jya mata.


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...