Thursday, February 23, 2012

Sejenak di Sekolah Anak

Konnichiwa minna.

Dua hari sudah (Selasa) sey mendapat jemputan dari sekolah anak-anak minta datang untuk menengok aktiviti anak dalam kelas bersama Sensei (cikgu) Sebenarnya jemputan sebegini bukanlah kali pertama sey menghadirkan diri. 


Sememangnya  semua sekolah di Jepun akan menjemput semua ibu-bapa agar datang ke sekolah pada hari-hari tertentu setiap 2 atau 3 bulan sekali. Tujuan pihak sekolah adalah bagi memperlihatkan secara lebih dekat bagaimana suasana pengajaran sensei dalam kelas dan turut memperlihatkan juga akan pencapaian anak masing-masing. Kehadiran ibu bapa di dalam kelas tidaklah lama, lebih kurang 1 jam sahaja. Pada sesi berkenaan pelajar akan diminta membuat  aktiviti lazimnya iaitu  membaca teks di hadapan ibu-bapa.  






Selain aktiviti dalam kelas, ibu-bapa juga akan diperlihatkan juga hasil kerja tangan anak-anak mereka (dibuat di sekolah) seperti lukisan dan kraftangan. Kerja-kerja seni ini akan dipamerkan di dalam kelas atau di bilik dewan sekolah.


Sememangnya adalah sesuatu yang harus bagi pelajar-pelajar kena pandai bukan saja dalam subjek pelajaran, malah kesenian tangan, music serta tidak ketinggalan bidang sukan, memasak, bercucuk tanam dan pelbagai lagi turut diberi pendedahan dan  penekanan. Pendek katalah ketika diperingkat sekolah rendah ini lah anak-anak kita kan di ajar bagaimana cara untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Kadang-kala setiap aktiviti itu tidak hanya terhad di dalam sekolah, malah turut diberi pendedahan di luar sekolah. Contohnya program pergi melawat sesuatu tempat dimana pelajar-pelajar akan diberi tugasan untuk mencatat apa saja yang dilihat di sepanjang perjalanan serta di tempat yang dilawati.




Sekiranya tiba cuti penggal sekolah yang panjang, anak kita sebenarnya tidak diberi bonus sepenuhnya untuk merayakannya. 

lukisan anak perempuan sey yg. no. 2
 ni hasil kraftangan anak perempuan yang
sulung




Selain homework yang diberi, pelajar juga diberi tugas iaitu harus mencatatkan rutin atau aktiviti harian yang dibuat ketika bercuti tidak kiralah di rumah ke atau keluar melancong. Semua perlu dicatatkan dan akan diceritakan semula di hadapan guru di dalam kelas kelak. Jenuh juga yer......tapi itulah cara persekolahan di Jepun ni, seperti mana yang sey sebutkan tadi, sekolah rendah ialah waktu pelajar mengenal  'survival  kehidupan' sebelum melangkah ke alam remaja di peringkat menengah yang mana di peringkat ini suasana hidup lebih terdedah dan mencabar..............tak caya, mari kita teropong pelajar sekolah menengahnya. Jya mata

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...