Sunday, January 29, 2012

Perang Coklat

Salam pembaca semua.

plink..!!!
Sejak seminggu yang lalu kalau pergi saja ke mana-mana shopping complex, pasti yang dulu menyambut di kebanyakkan pintu masuk ialah warna warni pelbagai jenis coklat. Pemandangan warna-warni coklat akan berlanjutan sehinggalah 14 Mac nanti.  Eden pasti para pembaca semua dapat meneka kenapa dan untuk apa coklat-coklat ni sekarang begitu bermaharajalela di kebanyakan pasaraya besar mahu pun kecil. Akan tetapi dalam entry ni eden sebenarnya bukanlah nak  cerita pasal hari berkenaan, itu tak penting sangat walau pun pada hari tu merupakan hari yang penting buat eden dan isteri, hehehe....

coklat dalam bentuk
 ikan pun ada 
Eden cuma nak kabarkan pada pembaca semua bahawa bermula minggu sudah hinggalah ke tarikh 14 Februari tu sehinggalah ke 14 March nanti, coklat memang tengah laku dan popular sekali. Budaya orang di Jepun kalau setiap kali menjelang hari-hari yang penting ni, setiap barangan yang menjadi tema pada hari tersebut akan laku sekali. Contohnyalah macam coklat ni, orang jepun akan sibuk memenuhi hari valentine tu dengan memberi hadiah coklat pada teman, rakan malah ibu-bapa masing-masing atau sesiapa yang dia orang care, manakala pada 14hb March itu pula orang yang menerima hadiah tadi akan membalas balik hadiah coklat juga pada yang memberi sebelum ni. Sebagai makluman 14hb March itu juga digelar sebagai 'white day' di Jepun ni. Jadi segala-galanya coklat....


Sebenarnya waktu sebeginilah kalau kita nak tengok pelbagai jenis coklat dipamerkan dan dijual dengan kuantiti yang banyak sekali dari pelbagai saiz, bentuk, rasa, warna dan sebagainya. Harganya pula ada yang murah dan ada yang mahal bergantung pada jenis coklat, saiz dan buatan samada tangan atau pun kilang. Coklat-coklat ada yang dijual secara loose dan ada yang sudah dipakejkan dengan cantik dan menarik sebagai hadiah. Emm... kesimpulannya kalau kita nak bermewah-mewah dengan makan coklat, inilah masanya. (wink)






Jya mata....

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...