Monday, February 6, 2012

Lawatan Akhir

Kyoto Tower


salah sorang pesakit tu...
Pagi Sabtu yang lepas eden memang ndak tak hendak jer pegi buat lawatan susulan ke hospital. Pasal apa eden dah pasti apa jawapan doktor tu, tapi oleh kerana menghormati akan temujanji yang dibuat sejak 6 bulan lalu jadi eden pergi jugalah. 

Kalau kita pergi di hospital kerajaan di Jepun ni pada hari Sabtu memang sedia maklumlah orang mesti ramai punya. Walau pun eden sudah buat temujanji, kebarangkaliannya untuk dapat rawatan  awal mengikut waktu yang tertulis di kad temu-janji memang tak dijamin kerana ianya bergantung kepada pesakit-pesakit sebelum itu berapa lama mereka diberi rawatan. Appointment eden jam 10 pagi dan eden dapat tengok muka  doktor 1 1/2 jam kemudiannya. Emm..lama juga tu dan puas jugalah eden memerhati dulu gelagat orang ramai dan pesakit ketika menunggu. 

menunggu giliran nama di panggil
Kebanyakan hospital kerajaan memang 'laku' dan paling ramai dikunjungi orang. Lebih kurang sama macam di negara kita jugalah kan, pasal kosnya lebih murah dari hospital swasta. Perkara yang teramat penting bila hendak menerima rawatan di  hospital atau klinik di Jepun ni ialah semua orang wajib ada insurans kesihatan untuk mendapatkan diskaun ubat dan rawatan. Kalau tiada insurans tu, bayaran bekali ganda mahal akan dikenakan. Sementara di negara kita pula sekiranya kita warga negara, secara automatiknya kita akan mendapat diskaun dan jika kita warga negara yang berkhidmat dalam kerajaan maka diskaunnya akan berganda lagi. Kalau yang pekerja swasta pula akan mendapat diskaun di klinik panel masing-masing. Berbeza di Jepun ni, insurans itu yang menentukan kadar layanan dan bayaran bagi setiap rawatan yang diberi, tidak  tua ker,muda ker, pangkat tinggi atau rendah.  Sememangnya kos rawatan serta ubat di negara-negara maju ni memang mahal jadi sebab itu setiap warga negaranya diwajib ada insurans kesihatan. Satu lagi perbezaan di negara maju ni amnya di Jepun ni, pihak hospital tidak membekalkan ubat. Ubat hanya boleh didapati di  farmasi yang dipilih terletak berhampiran luar hospital. Hospital hanya menyediakan 'consultancy' sahaja. Lebih kurang jam 12.30 tengah hari barulah eden selesai segalanya. Lepas ni pastilah eden merindui Takeda General Hospital ni.


Takeda General Hospital

Kemudahan yang selesa disediakan untuk orang ramai

Salah satu farnasi


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...