Tuesday, February 14, 2012

Aishiteru.....


  • Hari ini genaplah 14 tahun eden dan isteri melayari hidup berumahtangga. 14 tahun juga telah banyak mendedahkan kami dengan pelbagai rencah  dalam menghadapi semua ujian hidup bersama. Pada eden sepanjang lebih 4 tahun eden bersama isteri dan anak-anak disini, adalah masa yang paling mencabar dan bermakna sekali. Ini kerana 80 peratus tugasan menjaga urusan rumahtangga telah berpindah ke tangan eden, mahu tak mahu kena juga membuat semua perkara ke tahap yang terbaik. Pada eden, sesungguhnya menguruskan keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana banyak benda perlu dipelajari seakan baru saja mengenal huruf A hingga Z. Persekitaran, tanggung jawab, jerih perih, kasih sayang dan sebagainya itulah yang telah memberi pengajaran dan pembelajaran yang penuh bermakna pada diri eden.

  • Hakikatnya kehidupan berumahtangga bukanlah suatu bonus, ia lebih diibaratkan sebagai kayu pengukur akan sejauh mana kita telah menjalankan amanah dan tanggungjawab  berlandaskan atas akad janji yang telah dibuat.

  • Doa dan harapan kami hanyalah satu, semoga kami terus diberikan kekuatan untuk terus bernafas dalam melayari kehidupan di hari-hari mendatang sehinggalah ke hujung hayat kami. Semoga Allah sentiasa memberi rahmah dan keberkatan kepada kami sekeluarga. Amin.






No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...