Friday, February 3, 2012

Berhemahlah menggunakan Facebook

Petikan laporan dari akhbar Berita Harian di ruangan Nasional (03/02/12)



Facebook bukan saluran lepas marah


KUALA LUMPUR: Kegagalan mengurus emosi dan keghairahan mendapat perhatian menjadi dua faktor utama berlakunya penyalahgunaan laman sosial Facebook sehingga berisiko mengakibatkan pergaduhan antara individu.


Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata asasnya, Facebook adalah satu alat media yang mempunyai kesan positif dalam mengeratkan perhubungan dan mendekatkan komunikasi masyarakat. Katanya, laman sosial Facebook yang ketika ini menjadi fenomena dunia adalah satu saluran komunikasi berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej. “Namun, ramai individu yang dilihat menggunakan Facebook bagi menyalurkan permasalahan atau melepaskan marah mengenai sesuatu perkara termasuk berkaitan individu lain,” katanya ketika dihubungi. 




Beliau mengulas laporan Berita Harian, semalam, berhubung kejadian seorang pelajar perempuan berusia 5 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan di Kangar, Perlis pada Selasa lalu. 

“Jadi, dalam isu Facebook ini, saya ingin nasihatkan, pemilik akaun perlu bijak dan lebih peka ketika melayarinya bagi mengelakkan kesan negatif,” katanya. 

Salam warga pembaca.
  • Pastinya pembaca semua sudah atau telah pun membaca petikan akbar Berita Harian semalam berkenaan tajuk "Facebook bukan saluran lepas marah". Berita ini di tulis dari lanjutan cerita sehari sebelum itu berkenaan seorang pelajar perempuan yang dibelasah oleh rakan sekolah sendiri. 
  • Eden setuju sangat dengan pandangan penulis ni. FB sepatutnya menjadi saluran untuk kita mencari atau menambah kenalan supaya boleh berkongsi perkara-perkara yang bermafaat dalam kehidupan seharian. Kadang-kala dalam keseronokkan kita menulis itu, kita boleh terleka adakah apa yang kita telah dikongsikan di WALL itu boleh memberi maksud yang baik atau sebaliknya pada yang lain. 
  • FB boleh menjadi sebagai media pantas bagi menyalurkan maklumat berkaitan ilmu dunia dan juga agama serta pelbagai lagi. Jadi adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita tidak  telah menyalah-gunakan platform FB ni yang boleh membawa fitnah, keburukkan dan porak peranda dalam masyarakat samada ianya secara sedar atau tidak.
  • FB ini sepatutnya merupakan medium komunikasi yang berkesan untuk menjurus kepada kebaikan memandangkan penggunanya yang berjumlah hampir 1 billion. 
  • Jadi kepada pengguna FB yang sengaja membuka akaun FB dengan niat yang tidak baik (perkara ini sebenarnya wujud) kaji-kajilah semula niat anda, jikalau hanya untuk mendatangkan keburukkan kepada hubungan sosial hentikanlah. Facebook adalah wadah untuk kita bersosial dengan berhemah dan bukannya menambah masalah gejala sosial yang menjurus kepada kemungkaran. Sama-samalah kita beringat, renungkan dan ambil iktibar, baik pada diri eden  atau rakan pembaca  sekelian  jika pernah juga terkhilaf dalam muka buku sebelum ini. 
  • Sesungguhnya kelemahan itu sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk  terus memperbaiki diri yang tentunya sukar menemui titik kesempurnaan. Chewah...tak gitu (wink).

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...