|
panorama foto dari tingkat atas rumah |
Konnichiwa minna.
Sey tak berapa ingat sudah berapa lama sey sekeluarga tak keluar berjalan-jalan. Yalah sejak isteri tersangat sibuk sejak berbulan sudah menyebabkan kami kiv dulu niat nak bercuti ni. Sekarang ni isteri dah free selepas selesai membuat 'correction' serta submit thesisnya untuk PhD, jadi semalam.......
Ya..semalam sey dan rakan keluarga lain di Kyoto dan Osaka telah meluangkan masa memenuhi jemputan rakan lama sempena house warming di Yokkaichi-shi, Mie Prefecture. Jarak perjalanan berkereta dari tempat sey tinggal ke sana lebih kurang 91 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai. Alhamdulillah, perjalanan agak santai kerana ketika menyusuri Daini Keihan, Shin Meishin dan Meshin Expressway kenderaan tidak begitu banyak di atas jalan. Sey cuma singgah sebentar di kawasan rehat (RnR) Tsuchiyama dan ketika di sana cuaca memang amat sejuk dan berangin. Jelas sey perhati permandangan gunung sekeling penuh dengan snow, mungkin semalamnya snow sudah turun di sini. Ketika sey singgah itu pun snow memang tengah turun cuma tak berapa lebat sahaja.
|
di hentian rehat Tsuchiyama |
|
RnR Tsuchiyama |
Sey tiba di Yokkaichi (rumah rakan) jam 12.15 tengah hari. Berkisah sedikit berkenaan Yokkaichi-shi ni (shi merujuk kepada bandar) Yokkaichi-shi dahulunya amat dikenali sebagai
'market on fourth day'
yang mula dibangunkan pada zaman pemerintahan Azuchi-Momoyama. Bandar
besar yang paling hampir ialah Nagoya (terkenal dengan Noritake) dan amat hampir dengan bandar Suzuka, yang menempatkan pusat bandar permotoran lumba kereta F1
yang terkenal di Asia
Suzuka Circuit.
Yokkaichi suatu masa dulu adalah bandar perlabuhan yang agak terkenal
pada tahun 1899 dan sebab itu didapati banyak kilang-kilang perusahaan
wujud di sini dan boleh dilihat hingga sekarang.
Yokkaichi-shi telah dinamakan sebagai bandar moden pada 1 Ogos, 1897. Akan tetapi telah berlaku satu sejarah buruk di bandar ini iaitu pada tahun 1960 hingga 1972, dimana penduduk bandar mengalami masalah kesihatan yang serius disebabkan oleh pelepasan sodium oxide (SOx) sejenis chemical compound ke atmosfera daripada loji kimia minyak tempatan. Di Jepun, penyakit yang dikenali sebagai Yokkaichi zensoku (Yokkaichi Asma) sebenarnya mendapat namanya dari bandar ini, dan ia dianggap sebagai salah satu daripada "Empat penyakit pencemaran besar Jepun". Tidak hanya itu saja, Yokkaichi juga turut mendapat kesan dari bencana alam yang berlaku sebelum itu iaitu ribut besar dan juga tsunami dan di mana tsunami pada masa itu telah direkodkan sebagai yang paling besar pernah berlaku di Jepun. Kejadian tsunami itu berlaku di pantai Ise-shima dan bencana alam itu juga dikenali sebagai Ise One Disaster. Kalau kita berpeluang ke sini dan jika melalui sebahagian tepi pantainya kita akan dapat melihat tembok setinggi 10 kaki di bina di sepanjangnya.
Berbalik pada majlis house warming tadi, Alhamdulillah kerana majlis berjalan lancar dan sey selain itu dapat juga berkenalan dengan rakan Malaysia dari Nagoya yang turut juga diundang. Terima kasih sey ucapkan kepada tuan rumah yang telah menyediakan makanan yang enak-enak dan tak lupa pada tetamu lain jugalah yang turut membawa buah tangan masing-masing. Semuanya sedap belaka.
Ada satu perkara yang sey rasa nak cakap sikit kat sini, memang terkesan juga pada sey pasal bila sudah lama tak berjalan jauh berkereta ni, rasa macam 'ralat' pulak. Jadi macam sudah kurang mahir membaca route jalan yang di tunjukkan dalam navi 'garmin' sey. Asyik saja tersalah arah atau masuk simpang..hihihi..huhuhu... :( Tak mengapalah, harap-harap lepas ni boleh jadi pandai semula.
Sebenarnya memang syok kalau berpeluang ke Mie ni, pasalnya banyak tempat yang boleh dilawati dan seterusnya dapatlah mengempiskan poket atau wallet yang asalnya penuh. (wink)...
Emmm...selepas majlis tu sey..eh bukan sey...isteri sey..eh tak la..sama-sama ajak sebenarnya... pergi shopping kat Mitsui Premium Outlet di Nagashima. Tak jauh cuma 17 kilometer jer dari rumah rakan tadi. Tapi tak berbaloi dari segi masa bila sampai pasal outlet tu tutup awal jam 7.00 pm pada musim sejuk ni. Kami hanya ada kurang 2 jam saja untuk bershopping sedangkan kedai yang ada sekitar hampir 200 lot. Mana mungkin.......jadi sey hanya berjaya dapat ini saja.
|
hasil tangkapan |
Sey nak ucapkan berbanyak terima kasih pada isteri sey yang telah bermurah hati berbelanja untuk suaminya. Mungkin kalau ada lebih masa lagi kami pergilah balik kot...? Sebenarnya semalam merupakan kali kedua sey datang kesini.
|
pintu masuk utama ke theme park |
Selepas
penat terkejar-kejar bershopping tadi, sey dan rakan lain pergilah
dinner di sebuah restoran Jepun di bandar Yokkaichi semula.
Emm..sememangnya
begitulah cara sey dan rakan family lain di Kyoto ni merehatkan,
menenangkan, menghiburkan diri bila berpeluang bersama. Pada hujung
minggu dan hari cutilah masanya kami semua berjumpa (sekiranya rancang
bersama) dan bergelak ketawa setelah masing sibuk pada week days
dengan study atau Lab di University atau tempat kerja.
|
Mitsui Outlet Park |
|
menu dinner |
|
ruang makan japanese style |
|
our bills |
Perjumpaan sebegini sebenarnya bagus untuk kami di
perantauan ini kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan siratulrahim
sambil bertukar-tukar pandangan sesama sendiri perihal perkara berkaitan
hidup seharian dan pelajaran. Jya mata ne......