SELAMAT TAHUN BARU 2012...
Eden ucapkan buat semua pembaca yang terus memberi sokongan moral kepada My Perpatih Kissaten. Umumnya My Perpatih Kissaten masih lagi dikira 'setahun jagung' dalam dunia blogging ni dan eden kira masih banyak lagi kekurangan yang ada dan perlu diperbaiki dari masa ke semasa. Sesungguhnya untuk menjadi kurang baik ke arah yang baik dan seterus ke lebih tahap yang terbaik adalah visi yang sering berjalan seiringan apabila terbitnya tahun baru ini. Begitu juga dalam diri eden, masih banyak kekurangan yang dirasai dalam tahun sebelum ini tapi tidak pula eden hendak nafikan yang 2011 banyak memberi impak yang baik pada diri dalam menjalani hidup di perantauan. Cuma beberapa perkara perlu eden perbaiki atau dipertingkatkan lagi demi sejahteraan diri dan keluarga dan rakan sekeliling. Sememangnya kita tidak pernah sunyi dari diterjah oleh kesilapan-kesilapan yang tidak terduga dek kelemahan yang ada dalam diri kita. Seperti mana yang pernah eden ungkapkan "...adalah suatu perkara yang biasa jika kesilapan itu datangnya dari kelemahan kita, tapi adalah tidak wajar pula jika terus menerus mengundang kesilapan itu dari kelemahan yang ada..."
Harapan di tahun 2012 ini akan memberi lebih banyak perkara yang baik dalam kehidupan diri eden dan keluarga dan juga eden turut doakan pembaca semua akan memperolehi juga segala kebaikan yang diiltizamkan dalam diri pada tahun ini. Semoga kecermerlangan hidup akan berjalan seiringan di 2012 ini. Selamat Tahun Baru....
..by Rynes, Kyoto JAPAN
No comments:
Post a Comment