Tuesday, January 3, 2012

Makanan yang dikitar semula pun sedap juga

Salam kembali.

Hari ini sudah memasuki ke hari yang ke tiga di 2012 jadi rasanya mood new year ni masih kuat lagi dalam diri kita. Eden pun sekali la ni pasal sejak di malam pertama tahun baru hari tu eden dah mulakan sikit-sikit apa yang eden azamkan dan eden harap ianya tidak menjadi seperti embun dihujung daun di pagi hari......

Malam ni eden sedikit resah nak memikirkan apa yang eden nak buat untuk dinner, yalah sebagai mana pernah eden cakapkan dulu bila tinggal di Jepun yang serba kekurangan dari segi pilihan bahan-bahan makanan ni ada masanya membuatkan fikiran kadang-kadang sedikit buntu jadinya. Stok makanan dari Malaysia pun memang dah tak da lagi dalam simpanan macam makanan dalam tin dan sebagainya.  Sudah nak balikkan? itulah yang tak buat order lagi. Jadi memang adakalanya eden akan hanya mengikut rasa 'apa yang teringin' nak makan dan eden terus buat jer, tak kuasa nak fikir banyak-banyak. Jadi hari ni dalam dok dalam sejuk-sejuk tadi terfikir nak makan nasi lemak daun pisang. 

Sebenarnya sebelum ni pun eden dah ada buat nasi lemak ni, cuma tak ada post dalam entry saja, tapi hari ni selera nak kan menu ni lain macam sikit, pasalnya......dinner semalam isteri buat 'chicken stew' dan ada pula lagi lebihannya, so eden terus blend cili, potong bawang dan sebagainya untuk buat sambal ayam  untuk nasi lemak. Hari ni banyak supa (market jual barangan keperluan dapur) masih tutup sempena tahun baru, jadi eden berkayuh jauh sikitlah pergi ke pasaraya besar untuk mencari timun dan telur. (kes kehabisan stok laa ni..). Benda wajib ni kalau tak ada maka tak jadi nasi lemaklah jawabnya kan? Emmm...setelah 45 minit bermesra-mesraan di dapur maka siaplah nasi lemak eden......


Nasik lemak daun pisang, tapi maaflah masih tak cukup sifatnya kerana
tiadanya ikan bilis goreng dan kacang goreng


Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...