Saturday, January 28, 2012

Tarako Spaghetti and Teriyaki Chicken for Dinner

Salam kembali.

Sejak beberapa hari ni cuaca sungguh sejuk sekali dan di jangkakan akan berlarutan hingga kepertengahan bulan Februari nanti. Begitulah lazimnya keadaan cuaca 4 musim ni di negara-negara yang mengalaminya, bila ianya mahu bertukar dari musim sejuk ke musim bunga, musim bunga ke musim panas dan panas ke luruh maka minggu-minggu terakhirnya cuaca akan menjadi extreme sekali. Tak begitu......

Hari ni eden dan keluarga tiada program nak melawat  kemana-mana walau cuaca agak baik. Mungkin minggu-mingu mendatang kami cuba plan sesuatu atau pun kalau cuaca berkurangan sejuknya sedikit. Oh ya, beberapa hari sudah elaun saraan hidup dah masuk, jadi hari ni kami pergi grocery shopping sikit dekat pasaraya yang dekat rumah saja. Lagi pun memang stok untuk dapur dah banyak yang kehabisan, selalunya kami kalau pergi grocery shopping ni memang beli banyak tapi kali ni sikit saja kerana tidak lama lagikan kami nak balik ke Malaysia dah.


Di malam nan dingin ni untuk dinner eden gantung tangan  sebab sibuk buat laundry kat luar, (~_~)...... 



jadi isteri eden ambil alih tugasan menyediakan makan malam. Malam ni kami dinner dengan Tarako spaghetti. Tarako ni ialah telur ikan tara (telur ikan kod), orang jepun gunakan tarako untuk sediakan spaghetti, nasi goreng, sushi, onigiri dan macam-macam lagi. Telur ni dijual agak mahal juga, contohnya yang eden beli tadi kalau 50 gram saja dah 300 yen harganya, dan gambarnya seperti di bawah.






Sebagai tambahan protein, isteri eden buat ayam teriyaki bersama kentang bakar dengan mustard. Dulu kami sekeluarga  memang pernah rasa tarako spaghetti ni di restoran Italy di Kyoto dan tengok anak-anak pun suka (terutama yang sulung), baru sekarang kami berpeluang mencuba buat sendiri. Macam nilah rupanya tarako spaghetti yang isteri eden buatkan tu.




Isteri eden cakap nak buat taroko spaghetti ni mudah sangat, jadi beliau nak share resipi ni dengan pembaca semua kalau ada yang berminat.

Bahan-bahan.


  • 300 g spaghetti di rebus
  • 50 g tarako (bersihkan dengan perahan lemon atau limau nipis serta alirkan iar bersih)
  • 1 ulas bawang putih di cincang halus
  • 2 biji tomato saiz sederhana dipotong dadu
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 1/2 cawan air rebusan spaghetti
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh dried oregano
  • sedikit cendawan shimeji (atau cendawan butang atau shiitake)
  • 1 tangkai cili kering di potong halus dengan gunting
  • 3 sudu besar olive oil
  • Sedikit nori (seaweed) untuk hiasan

Cara membuatnya.

  • Panaskan oilive oil dan tumiskan bawang putih. Sebelum bawang putih itu kuning, masukan cili kering
  • Masukan tomato dan kacau sebentar, kemudian masukan tomato sos.
  • Masukan air rebusan spaghetti tadi dan biarkan menggelegak.
  • Masukan oregano dan garam secukup rasa. Campurkan cendawan dan biarkan selama 30 saat.
  • Tuangkan spaghetti yang telah direbus dan kacau rata.
  • Campurkan tarako tadi dan kacau hingga bertukar kepada warna merah jambu. 
  • Tutup api dan angkat.
  • Sebagai hiasan boleh juga taburkan hirisan nori.


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...