Saturday, January 21, 2012

Ringkas di hujung minggu

Moshi..moshi minna...ahaa...malam ni eden buat dua entry sekali gus, yalah lama eden tak postkan apa-apa sejak lebih seminggu  sudah. Itulah, kadang-kadang bila sudah terlalu banyak bersilat kat rumah, mood tu kadang kejap mari kejap pergi. Abih camnokan... bak kata orang negerinya. Jadi sekali lagi eden memenuhi jadual di hujung minggu  dengan dinner menu yang ni......



Spaghetti  with sauce and salmon




Baked potatoes with cheese and pepper

Lazat dan mengiurkan...keh..keh...angkat bakul sendirilah gamaknya. Menu baked potatoes tu eden kitar semula baliklah. Emm...sebenarnya eden sejak dua menjak ni memang suka main masak-masak yang sebegini cara. Ringkas dan enak juga tapi yang paling utama sekali menu-menu sebegini menjimatkan masa bila menyediakannya. Yalah, tidak ada aksi-aksi menumis, mengoreng, merebus dan sebagainya, itu yang membuatkan kerja menjadi mudah. Eden memang suggest pada sesiapa yang suka busy-busy dengan kerja tu, prepare saja menu-menu sebegini kerana menu-menu sebegini sememangnya berkonsepkan 'wait and see' ....kecuali yang spaghetti tulah ye...hihihi...yang penting gendang gendut tali kecapi...............


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...