Saturday, January 21, 2012

Jya Mata...



Salam pembaca semua.

Pejam celik-pejam celik, sedar tak sedar hari ni dah masuk minggu terakhir dalam bulan Januari ni. Tulah kan masa itu sekarang ibarat macam 'bullet train'  kat Jepun ni, laju semacam saja hingga tidak rasa kita sampai ke setiap destinasi sekejap saja. Sekarang ni pun isteri eden tengah berdebar mengira-gira hari untuk menghadapi 'viva' beliau yang bak kata oghang putihnya 'just around the corner' dan eden berdoa dan berharap segalanya akan dipermudahkan. Juga tidak lupa pada sebahagian rakan-rakan eden di Kyoto ni yang juga turut sama menghadapi 'defense' masing-masing dalam minggu akhir Januari ni. Amin...

Dalam-sibuk-sibuk juga bulan ni, eden sekeluarga sempat juga mencuri masa pada hujung minggu yang sudah dengan mengadakan majlis doa selamat dan sembahyang hajat bersama sebahagian warga mykyoto. Majlis ini dibuat khusus untuk mendoakan kepada isteri serta rakan-rakan yang akan viva dalam masa terdekat ni. Eden sambut kecil-kecilan sahaja dan hanya mengundang rakan keluarga serta rakan bujang yang tinggal berdekatan dalam area Obaku ni. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan amat lancar sekali dan eden berterima kasihlah pada jemputan yang sudi datang memenuhi ruang yang terhad rumah Jepun ni  di samping menikmati juadah-juadah Malaysian yang sedap bebenor. Kabar sedihnya, mungkin inilah juga  merupakan majlis anjuran terakhir eden  di permulaan tahun baru ini. T_T...Arigatou minna........

sebahagian juadah sumbangan rakan-rakan
dan lagi..dan lagi....
Solat Asar dan sunat hajat selepas itu di imamkan
oleh saudara Hakimi

Menu round kedua..rib kambing panggang
Tidak ketinggalan sushi by isteri eden


Jya mata...15hb Jan. 2012
Obaku, UJI

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...