Wednesday, January 25, 2012

Pintu yang terakhir

Salam pembaca semua.


Hari ini, pagi ini adalah merupakan hari yang amat penting buat isteri eden. Beliau akan membuka pintu yang terakhir sebagai jalan penamat untuk mendapatkan PhDnya. Setelah sekian lama bergelumang dengan pelbagai rencah masalah, suka duka, keluh kisah, kesunyian dan keperihan, maka tibalah hari ini untuk beliau mendapatkan penawar untuk segala luka penat lelah selama tiga tahun setengah di Kyoto University. Defense beliau berlansung di Kampus Katsura lebih kurang 16km dari Obaku.  Sebagai orang yang paling hampir sekali eden beserta anak-anak berharap dan mendoakan agar beliau akan diberi kemudahan dan kecermerlangan dalam 'defense' pagi ini. GAMBATTE KUDASAI.......


Wife tengah buat presentation dari Katsura Kampus, Kyodai
(TQ pada Mastura atas foto ni)







2 comments:

  1. Jutaan tahniah buat Kak Sherliza.. dan tak lupe juga buat abg lan dan keluarga... Tahniah!!! saya tumpang gembira... tp sedih gak sbb x lama lg dah nak berpisah lak.. =(

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Ierah. Akak pun ucap terima kasih jugak atas ingatan tu. Dah jadi adat dunialah yang bermula pasti ada akhirannya. Faham abg Lan tu..kami nilah mata pertama yg Ierah nampak dulu setibanya di Kyoto ni.

    ReplyDelete

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...