Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam pembaca budiman.



Besok (21hb Julai) maka bermulalah ibadah puasa bagi semua umat islam di merata pelusuk dunia. Tetapi ada juga negara-negara islam yang lain telah pun menyambut/menunaikan ibadah puasa hari ini (20hb Julai) mengikut pada bacaan nisab dan rukyah negara masing-masing. Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh mereka-mereka yang rindu untuk menambahkan berkat dalam perbuatan dan pahala yang melimpah ruah seperti yang di janjikan oleh yang satu. Di dalam bulan Ramadhan ini jugalah masa yang terbaik-baiknya untuk kita bertawaduk serta bermuhasabah diri akan apa kekurangan dan kelebihan pada diri kita supaya dapat diperbaiki dan semoga juga dapat memberi mafaat kepada insan lain.




Itulah sedikit mukadimah sey dan sebenarnya sey pun masih belajar lagi untuk menambah-baikkan diri sey ni. yalah kan kita lahir pun bukan terus sempurna. Sey teringat kata-kata seorang ustaz tu yang mana dalam taskirahnya mengatakan kita ini apabila lahirnya ke dunia adalah tersangat miskin, miskin dari segala-galanya. Bermula dari situlah kita mula diajar dan belajar erti kehidupan sebenarnya hinggalah dewasa, berkeluarga dan tua. Biarlah sekaya mana pun kita, pengakhiran hidup di dunia ini nanti kita akan kembali miskin semula, jadi tak perlulah kita berlaku sombong dengan orang sekeliling kita. Kata-kata yang menarik pada sey mendengarnya......


Sekarang banner-banner sebegini dan mula
meriah di sepanjang jalan utama.


OK...sey sebenarnya amat teruja berpuasa kali ni tapi bukanlah selama ini sey tak puasa...hiss...hiss. Sebenarnya sey teruja tu sebab inilah buat kali pertama sey menunaikan ibadah puasa semula di tanah tumpah tanah air sey.....setelah empat tahun setengah sey menyambutnya di perantauan. 

Semalam dan hari ini merupakan hari mantai di negeri kelahiran sey, Negeri Sembilan. Apa yang istimewanya  hari mantai ni...? sebab utamanya ianya hanya satu-satunya dibuat di Negeri Sembilan, tiada amalan seumpama ini di negeri lain di Malaysia ni. Bestkan bunyinya. Di hari mantai inilah kita akan dapat melihat lembu-lembu akan di korbankan (bukan seperti Hari Raya Korban) dimana daging dan tulangnya akan dijual kepada orang ramai. Daging lembu sebenarnya merupakan menu utama selain daging ayam yang mana daging-daging lembu ini akan dibuat rendang untuk di makan bersama lemang. Selain di buat rendang ada juga yang membuat sup terutama tulang-tulangnya.  Bolehlah dikatakan hari mantai ini adalah satu tradisi turun temurun orang Nogori menanti ketibaan bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal berikutnya. Dulu sey pernah bercerita kisah seumpamanya ini di dalam entry sebelumnya jadi tak perlulah sey cerita lebih-lebih. Kalau nak tahu juga boleh hubungi sey di talian 0123456789 selepas waktu tengah malam. hihih.......


 Hari Mantai

Satu lagi keistimewaan bulan puasa ini selain bulan untuk beramal ialah bulan menambah atau mencari rezeki. Di dalam bulan ini saja kita akan dapat melihat timbulnya macam cendawan khemah-khemah menjual barangan dari pelbagai jenis. Dikenali sebagai Bazaar Ramadhan. Dari juadah makanan sebagai 'anchor' menunya hinggalah ke pakaian dan juga aksesori untuk diri, semuanya ada dijual. Memang kita akan dapati suasananya amatlah meriah sekali. Itulah istimewanya Ramadhan ini selain kita berkejar mencari pahala di malamnya dengan solat Tarawikh. 


my rendang daging negeri sembilan
Sey bersyukur benar kerana disini segala-galanya mudah lakukan apa saja berbanding masa sey di Jepun dulu. Sey sambut bulan Ramadhan dengan kekurangan terutama dalam bab-bab beribadah. Tapi itulah kenangan dan pengalaman sey yang amat mahal sekali dan sey tak kan jualkannya di pasar malam.......Sey berdoa pada rakan-rakan sey di Kyoto yang masih lagi berjuang dengan impian masing-masing agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan seadanya.



Ilmu dituntut...akhirat dicari, semoga mereka berjaya  mendapat kesemuanya dan dipermudahkan. InsyaAllah.

Jadi harapan sey dan mungkin juga harapan para pembaca semua yang beragama islam, biarlah Ramadhan kali ini akan memberi penuh makna agar dapat kita lalui dengan sempurna.......Selamat berpuasa kepada anda semua. 

Jya mata......

Tuesday, July 17, 2012

Geram......

Salam semua.

Jangan terkejut pulak bila membaca entry "Geram" ni. Sey jarang sebenarnya membuat entry-entry sebengini. Tapi kali ni sey dah tak boleh tahan dah.

Sey saja nak lepaskan geram tapi sey tak pasti nak lepaskan pada siapa, jadi sey tulis jelah. Ini ha.....simpang masuk ke taman tempat sey tinggal ni........

ni sey nak belok kananlah ni...hati-hati  la haii...

cara beginilah sering berlaku kemalangan iaitu sewaktu ingin masuk
ke simpang
(kalau anda perasan tidak tiang lampu tu ada bunting iklan digantung. Ini telah
menghadkan pandangan siapa ada di depan - boleh rujuk foto pertama)

amat bahaya sekiranya di waktu puncak
(Petronas tu kawan isteri sey punya ...iklan hihii)

cukup bahaya kepada para pengguna yang melaluinya.

Sering berlaku kemalangan 'kecil' di sini. Sungguh pun kecil tapi memberi kesan yang besar pada mereka yang terlibat. Kenderaan yang terbabit kebanyakan membabitkan motosikal dan kereta. Cerita bagaimana berlakunya kemalangan itu sama saja....penunggang motosikal melanggar pemandu kereta yang cuba untuk "cross" jalan tu untuk masuk ke taman perumahan.

Sememangnya tiada lampu isyarat di letakkan di simpang itu atas alasan lampu isyarat terlalu dekat di simpang berhampiran sebelum itu. Janganlah kata lampu isyarat, sebarang tanda awas, behenti atau beri laluan pun tiada di letakkan di simpang ke taman rumah sey tu. Jadi kebanyakan pengguna kena guna budi bicara dan otak masing-masing sekirannya nak masuk simpang.

Tapi masalahnya bagaimana jika ada pengguna jalan raya tak 'pakai otak' ketika peak time atau jalan terlalu sibuk...? Dan itu yang buat sey 'angin' pada tiga minggu sudah. Kereta sey yang baru usia 2 bulan telah di "lontung" (bahasa nogori ni) atau di langgar dek motosikal yang tuannya menunggang pada masa itu tak menggunakan otak dia......jadi tak pasal-pasal kereta sey jadi cam ni.....



nampak sikit jer...tapi hati ni sakit banyak....
Sepatutnya dia slow lah sikit atau berhenti sebentar sebagai mana pengguna lain waktu tu (peak time) yang memberi laluan pada kereta sey. Ini tak terus saja, memanglah jalan tu jalan dia, tapi bertolak ansur dan berhemahlah sikit bro......

Ini nasib baik sey sempat tekan brake, kalau tak mahu penunggang motosikal tu naik terus atas bumbung kereta......you all cuba bagi tahu siapa yang tak angin campur geram. Sudahlah kereta yang sey guna belum pun cukup edah lagi, dah di lunggah (bahasa nogori lagi ni..) oleh mamat rempit ni. Repair...... paham sendirilah, mana mamat tu ada duit nak bayar. Hendak buat claim pun workshop pun tak nak pasal insurans motosikal saja. Hi...gerammmmm sungguh......

Bila sey pergi buat report polis, polis kata sey pulak yang salah pasal jalan tu jalan dia. Hi...berganda lagi geram sey sampai saya cakap dekat 'Sarjan' tu, "kalau macam tu sampai bila-bila pun orang yang dilanggar akan didapati bersalah. Cubalah letak apa-apa tanda amaran ker contoh ker berhenti ker, awas ker..beri laluan ker atau apa-apalah yang boleh mengelakkan kemalangan di simpang masuk ke taman tu.? Pihak-pihak terbabit tolonglah buat sesuatu..."kata sey pada polis tu. Di lihat polis itu hanya no komen dan katanya apa yang dicakapkan adalah dari sudut perundangan jalan raya. Iyo koo......tekau.

Ni nak cerita lagi pasal belum habis  cerita lagi ni....seminggu lepas peristiwa sey, tu dia....berlaku lagi satu kemalangan yang serupa. Kali ini melibatkan jiran belakang rumah sey pulak. Itulah dia, kan sey dah cakap, selagi tidak ada diletakkan sebarang tanda awas akan berlaku lagi kemalangan kecil kat situ. Dengar kabarnya sudah banyak pun berlaku kemalangan serupa di situ dan famous dah pun. Apa taknya masa sey buat report hari tu pun siap polis yang ambil report tu kata " kat situ lagiiii......" 

Jadi tiga hari selepas insiden kedua tu, waktu sey pulang dari ambil anak dari sekolah sey nampaklah kontraktor tengah buat kotak kuning atas simpang masuk ke taman sey tu. Dalam hati kata "hai baru nak buat ker...."

Tapi betullah bak kata perpatah 'malang tu memang tarak bau punya' baru tiga hari lepas berlakulah lagi kemalangan yang 'SERUPA' kali ini di dalam kotak kuning yang baru di buat tu. Semasa tu sey hendak keluar pergi mengambil isteri di Stesen Komuter Senawang. Sey nampak mamat tu dah terduduk atas divider tepi jalan sambil ditenangkan oleh tuan punya kereta yang 'dilanggar' tu. 

SO, APA CRITA BRO.....


Nilai 3 yang bernilai

Salam to you all.

Nilai 3, ada sesiapa yang pernah dengar nama tersebut..? Atau sey rasa pasti juga ramai antara pembaca semua terutama di Malaysia memang sudah familiar dengannya. Cakap saja Nilai 3, orang akan merencana dahulu apakah yang akan di cari di sana. Tambahan bulan puasa yang akan menjengah lagi beberapa hari ni, pasti tempat ini akan menjadi tumpuan ramai.  Tahu kenapa..? sebab gambar di bawah ni.....











Di sinilah terletaknya pusat pemborong barangan aksesori untuk rumah yang terbesar di Malaysia. Terletak di dalam Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan kawasannya berada bersebelahan Taman Perindustrian Nilai 3. Jaraknya pula  lebih kurang 30 minit perjalanan berkereta dari Kuala Lumpur melalui Plus Highway dan 15 minit pula dari tempat sey tinggal di Seremban. Sehingga kini Nilai telah pun dikenali juga sebagai pusat pemborong barangan hiasan rumah kerana bukan setakat di Nilai 3, kawasan berhampiran juga ada menempatkan premis-premis sebegini terutama di Bandar Nilai itu sendiri. Tapi Nilai 3 lah yang terbesar.






Slogan tempat ni ialah segalanya ada di sini dan harganya pula boleh dikatakan berpatutan. Dahulunya kalau orang ramai hendak mendapatkan sesetengah barangan peribadi atau koleksi rumah, mereka akan  pergi mencari hingga ke Utara seperti di Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian serta beberapa tempat lagi, tetapi sekarang boleh datang ke sini untuk mendapatkannya. Kedudukan Pusat Pemborong Nilai 3 ini di tengah-tengah antara bahagian utara dan selatan negeri di Semenanjung sebenarnya merupakan bonus untuk negeri bersebelahan yang mana penduduk di sana tidak perlu lagi memandu berjam-jam untuk ke utara.

Dari barangan perabot, lampu hiasan, karpet tempatan dan import, aksesori pengantin, barangan kaca dan pelbagai lagilah semuanya ada di sini. Pada musim cuti umum dan cuti sekolah tempat ini akan didatangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari jauh dan dekat. 

Dulu semasa sey datang lima tahun sudah sebelum berangkat ke Jepun, premis perniagaan yang ada tidaklah banyak sangat dan  di pelopori oleh orang kita.

Apabila sey membuat kunjungan kali pertama setelah pulang, hulala.....kawasan jualan telah bertambah besar dan sudah banyak premis-premis dibuka dan tampak begitu cukup meriah sekali......tapi apa satu perkara yang sey tiba-tiba merasa agak jangkal ialah kebanyakan premis-premis niaga kali ini ramai dipelopori oleh orang luar iaitu dari Paskistan dan Egypt. Dari produk karpet, lampu hiasan, perabot dan bermacam-macam lagi produk kebanyakan muka merekalah yang sey jumpa hingga ke kedai barangan untuk katering juga orang mereka yang jaga. Confuse sungguh...... Sey seolah-olah terasa macam sey pergi bershopping ke Pakistan dan Mesir pulak. Sey tak rasa mereka-mereka ini sekadar pekerja saja jika sey lihat dari segi cara berurusan dengan pelanggan, mereka tahu segalanya dan boleh membuat keputusan masa itu juga. Tak dinafikan juga ada yang makan gaji di sini. Walau bagaimana pun masih terdapat premis-premis yang diusahakan oleh orang kita. Sejuk balik hati sey ni....

Jadi pada sesiapa yang berhasrat untuk mengempiskan poket suami atau sendiri ke sini, sey bagi satu tip saja.....buatlah tawaran harga yang paling rendah kalau boleh. Pasal apa kalau mereka tu tak layan, kita boleh pergi ke premis lain kerana masih banyak lagi premis yang menjual barangan yang sama. Sekurang-kurangnya biarlah berbaloi dengan apa yang dibelanjakan  walau pun kita akan pasti kekeringan lepas itu. Seperkara yang penting  semangat perlu kuat  untuk meronda-ronda di kawasan yang sebesar begini dan tabahkan hati sewaktu bershopping tu, hihi.....

Jya mata....

Sunday, July 15, 2012

Nasi kuning ikan salmon

Selamat malam sey ucapkan dahulu di akhiran hujung minggu awal Julai ini.


Minggu yang tak beberapa sibuk sebenarnya berbanding  minggu yang sudah. Mungkin apabila sudah dekat menghampiri Ramadhan ni, ramai orang sudah mula slow-slow sikit kot. Last minggu sebelum mulanya puasa, tak ada sangat sey tengok khemah-khemah kenduri atau iklan tampal arah tuju rumah pengantin.  Kalau ada pun cuma majlis kecil menyambut kedatangan bulan mulia umat islam ni. Oklah kan, sekurang-kurangnya kita dah mula melatih dari sekarang akan aktiviti menguyah ni.....

Itu cerita di luar, tapi malam ni sey nak juga kongsi apa cerita di dapur sey untuk dinner bersama keluarga di hujung minggu ini. Malam ni sey dan isteri prepared nasi kuning bersama salmon goreng, sayur aspara dan juga acar nenas + timun tradisional. 




Masa sey di Malaysia ni memang jarang sekali makan ikan salmon ni, pasalnya harga sedikit mahal lah. Berbanding di Kyoto dulu boleh kata setiap minggu memang ada saja simpan stok dalam peti sejuk. Tapi secra jujurnya Malaysia lebih banyak pilihan jenis ikannya, sey suka banding di Jepun pilihan ikannya amatlah terhad. Tulah kadang-kadang tekaknya ada masanya naik loya kalau asyik telan benda yang sama saja huhu...harap orang Jepun tak mare....hihi. 

Tapi kena terima hakikat yang sebenarnya bila kita berada dan jalankan aktiviti memasak di negara sendiri ni memang seronok, pasalnya macam-macam kita ada..... Cuma di Jepun yang bezakannya ialah kreativiti kita bila memasak dengan barangan yang terhad. Kalau pandai kita menggayakannya maka sedaplah kita menikmatinya tapi kalau ada kurang sikit rasanya...hai telan juga lah. Apa nak kira ye tak?

So semoga berjumpa lagi kita di dalam ruang Kitchen Corner di My Perpatih Kissaten. 

Jya mata ne.....


Sunday, July 8, 2012

Seketika di dapur

Konnichiwa minna......

Apa khabar agak eh pembaca semua, sey harap semuanya telah bergembira bersama keluarga atau rakan-rakan di hujung minggu ini. Sey macam semalamlah, gembira dengan acara senaman mulut..hihi.

Sey sememangnya dah lama juga tak berborak pasal juadah-juadah makanan sebagai mana yang sey agak selalu buat semasa di Kyoto dulu. Apa taknya, dulu kan sey suri rumah sepenuh masa menyebabkan hari-hari kena pikir pasal nak masak apa, nak makan apa. Kali ni bila kat negara sendiri nampaknya macam sudah tak ada peluang macam tu, masa sey lebih banyak diperuntukkan  di luar saja. Seandainya sey ada peluang lagi bercerita bab-bab di dapur, insyaAllah sey akan  kongsikan dengan pembaca semua.


Jadi tiba-tiba pulak malam ni tergerak pula hati nak prepared masakan untuk dinner dengan keluarga. Kadang-kadang perkara yang kita rancang belum tentu boleh kita laksanakan kan..? Jadi malam ni isteri dan sey tiba-tiba teringin nak makan kambing panggang yang sudah lama kami tidak buat. Lagi pun  disamping itu rasanya kami cuba kot mengimbau kembali nostalgia makan kambing panggang semasa di Kyoto dulu huhu....



Full set dinner ready to ngap....

Chicken and lamb wrap

Di kitchen corner malam ni kami buat Grilled Lamb, Lamb and chicken wrap, simple pasta dan tidak lupa kentang bakarnya. Malam ni kami dinner agak lambat sikit pasal hari ini selepas membuat senaman mulut dan perut di majlis kenduri kahwin, kami pergi jalan-jalan pula ke Nilai 3, mungkin ada antara pembaca tahu tempat ni kan, nanti sey ceritalah pada next entry. Jadi balik pun agak lewat petang. 

gambar promo @ nilai 3


Menu kambingnya isteri yang siapkan, campur itu, campur ini dan perapkan sekejap dan bab panggangya seylah yang selesaikan. Sambil panggang itu isteri sey siapkan pulak pastanya dan kentang untuk di grilled dalam oven. 10pm lebih sedikit baru kami habis menikmati dinner kami. Enak sekali setelah lama tak merasa, tapi rasanya yang membuatkan lamb grilled sedap mungkin dagingnya agak fresh lagi berbanding masa di Kyoto dulu.

Semoga esok merupakan hari yang akan membawa kebaikan kepada anda semua, ucapan sey sebelum sey berhenti di sini dulu. Semoga berjumpa lagi di ruang Secawan Kopi @ My Perpatih Kissaten.


Saturday, July 7, 2012

Air dari gunung...

Bersua kembali.

Hari ini tadi memang agak sibuk sikit, mulut ni sibuk mengguyah...hoho...yalah kan, macam yang sey cerita dalam mukadimah entry sebelum ni, siang tadi sey pergi memenuhi undangan majlis kenduri kahwin. Seminggu dua ni sey rasa orang Malaysia akan sibuk membuat kenduri dan sibuk juga menghadiri majlis berkenaan. Rasa-rasanya pembaca pun tahu kenapa kan...?

sebahagian dari Pekan Kuala Pilah

Setelah selesai majlis pertama tadi di tempat sey Seremban, sey terus shot ke Senaling, Kuala Pilah pulak. Sampai dah agak lewat dan sey tengok makanan untuk tetamu pun sudah hampir habis. Nasib baik masa majlis pertama tadi sey sudah kunyah puas-puas. :-)

Sebenarnya entry  ni sey nak kongsi pasal foto di bawah ni....


menunggu giliran mendapatkan air gunung


Sey pun sebenarnya tak ada sangat maklumat lanjut akan kewujudan pancuran air gunung ni. Tapi apa yang sey ingat ianya telah wujud agak lama sekali, masa sey sokolah dulu pun rasanya dah ada benda ni. Buat pengetahuan pembaca semua punca air gunung ni memang amat popular sekali di sini. Kedudukannya terletak di sebelah jalan menghala ke Seremban kalau dari Kuala Pilah. Nama tempat ni dikenali sebagai Bukit Putus dan berhampiran pula dengan Taman Riadah Air Terjun Ulu Bendul.

Dulu punca air gunung ini amat popular di kalangan pemandu lori yang menggunakan jalan ini dari Seremban untuk ke Kuala Pilah dan Pahang. Kebanyakan pengguna jalan ini akan singgah untuk mengambil air untuk minuman dan ada juga yang mandi sekali di sini. Air nya memang jernih dan sejuk sekali. Kawasan ini juga menjadi tumpuan orang ramai yang datang menadah air untuk tujuan perubatan.

airnya tidak pernak kering 


Seingat sey, sey memang tidak pernah pun singgah di sini seperti mana orang lain buat. Tidak tahu pulak kenapa, tapi petang tadi hati sey terbuka pula untuk singgah dan mengambil airnya ketika pulang dari Kuala Pilah. Semasa projek pembesaran jalan dari Seremban ke Ulu Bendul, pihak kontraktor terbabit telah membuat saluran paip bagi memudahkan lagi orang ramai memasukkan iar ke dalam bekas.

Sey percaya kawasan ini tidak akan sunyi dari orang ramai yang menggunakan jalan ini untuk bertahun lama lagi selagi wujudnya punca iar gunung ini. Ianya secara tidak langsung juga telah mempopularkan kawasan ini dan khususnya Ulu Bendul. Tapi yang pasti pihak Kerajaan Tempatan sememangnya tidak ada perancangan untuk manambah-baikkan punca air gunung ini walau pun ia telah disinggahi oleh ribuan orang. Mungkin ada sebabnya........jadi biarlah ia berkeadaan begitu saja, lebih baik.

Jya mata.

Hari Sukan Sekolah

As-salam pembaca semua.

Selamat berhujung minggu dan sey rasa pembaca semua sudah pun ada perancangan untuk memenuhi hari cuti ni bersama keluarga masing-masing kan? Sey pulak confirmlah hari ni perut sey akan meninggi sikit dari biasa...hihi....apa taknya hari ni saja sey mendapat tiga undangan makan-makan di majlis perkahwinan.

Esok pun ada satu undangan....huhuhu...sabar jer la. Itulah kan bertapa meriahnya hidup kat negara sendiri ni, penuh dengan acara makan sana, makan sini, tambahan lagi tinggal 2 minggu lagi  pintu Ramadhan akan dibuka. Tapi cerita ni pada siang tadi, lewat sey publishkan entry ni pasal pagi tadi internet speed telah terpengaruh dengan kata-kata si kura-kura pulak. Nak upload satu gambar pun sampai berjanggut......




Kali ini sey nak cerita sikit berkenaan hari sukan sekolah anak sey yang no. 2 tu. Hari sukan itu telah berlangsung pada 30hb Jun lepas dan hari sukan ini jugalah merupakan pengalaman kali pertama anak sey di Malaysia jadi sey pun rasa teruja juga nak memeriahkannya....tapi...........






Itulah yang agak menghampakan, semasa event ni berlangsung  anak sey sebenarnya tidak diberi peluang untuk menyertai mana-mana acara yang di pertandingkan. Tak tahu kenapa dan mengapa.....sey tengok ada sedikit rasa kecewa yang diperlihatkan di muka anak sey tu. Patutlah masa sey tanya berkenaan acara apa yang dia masuk, katanya tak tahu...tunggu cikgu cakap. Sey pun pelik.....? Alih-alih masa berlangsungnya hari tu, sey lihat anak sey hanya menjadi tukang sorak di luar gelanggang pertandingan di khemah rumah sukannya bersama beberapa rakan yang lain.



Penyertaan dari ibu-bapa

Gerai menjual air oleh PIBG



Seingat sey semasa sekolah di Jepun dulu, semua pelajar di beri peluang mengambil apa-apa bahagian dalam  majlis sukan atau acara yang dipertandingkan. Tidak kisahlah acara padang ke atau acara pertunjukan nyanyian dan tarian semasa hari sukan tu. Semua orang akan mengambil bahagian. Tapi nak kata apa kan? itu di sekolah Jepun dan kali ni di sekolah di Malaysia, mungkin guru terbabit ada alasan tertentu mengapa ada sebahagian pelajar tidak berpeluang membabitkan diri dalam acara sukan sekolah kot.......

Apa-apa pun hari sukan sekolah memanglah meriah tambahan pula ada acara yang melibatkan penyertaan ibu-bapa pelajar. 

Harapan sey pada tahun depan agar anak sey akan dapat peluang menyertai apa-apa juga acara sukan selain dari bertepuk tangan sahaja.....hisss.

Jya mata.

Sunday, June 17, 2012

Salam Israk dan Mikraj 1433H

Salam Israk Mikraj buat pembaca sekelian.






Pada tanggal 27 Rejab pada setiap tahun  umat islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj.

Israk adalah perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Juruselam.

Mikraj pula adalah perjalanan Rasulullah s.a.w menuju ke langit ketujuh. Sidratul Mutaha, Arasy dan singgahsana atau kursi Allah dan menerima wahyu daripada Allah s.w.t. 

Baginda Rasulullah s.a.w menjelajah bumi dan angkasa bersama makluk Allah bernama Buraq untuk menyaksikan petala langit, diperlihatkan dengan kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah. Peristiwa Israk dan Mikraj telah menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Nabi Muhammad s.a.w untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid. Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memperlihatkan balasan hambaNya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.

Selamat menyambut Israk dan Mikraj 1433H kepada seluruh umat islam, semoga kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj dan dapat kita mengukuhkan kepercayaan kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Semoga juga kita dapat memahami kepentingan masjid dalam kehidupan kita sebagai tempat membina ummah yang kental rohani dan mental.

Sepetang di Bumi Hang Tuah.


Ucapan As Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.


lagu sempena hari bapa

Selamat hari bapa sey ucapan terlebih dahulu kepada kaum bapa semua. Sey berharap tarikh 17hb Jun hari ini akan memberi penuh pengertian kepada bapa-bapa yang telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi bapa yang baik, penyayang dan bertaggung jawab kepada keluarga. Hanya sedikit ulasan sey pada hari bapa ni....sememangnya menjadi bapa pada masa sekarang ini amat mencabar sekali terutama dalam menjalankan tanggungjawab menjaga serta mendidik anak yang semakin meningkat dewasa. Dalam era dunia moden sekarang yang mana anak-anak kita begitu amat terdedah dengan persekitaran dan budaya kehidupan yang pelbagai ragam mahu pun yang buruk atau yang baik. Sesungguhnya bapa itulah yang akan menjadi garisan permulaan untuk mencorak kehidupan anak-anak. Sey berdoa untuk diri sey dan juga kepada bapa-bapa yang seangkatan supaya diberikan kekuatan untuk mendidik anak ke arah jalan yang diredhai agar anak-anak kita nanti menjadi orang yang akan memberi mafaat kepada agama, bangsa dan negara kelak. Amin.....



Ok....siapa orang Melaka kat sini...?  Tak da lah, sebabnya semalam sey dan keluarga pergi ke bandar Melaka. Tujuan asal sebenarnya pergi untuk memenuhi jemputan rakan lama semasa di Kyoto dulu sempena majlis pernikahan adik beliau. Jadi sey cakaplah dengan isteri sey oleh kerana sudah lama kami tak ke Melaka ni, apa salahnya kita pergi bersiar-siar selepas majlis tu ke   Bandar Hilir, kan.....


Siapa orang Melaka kat sini......?

Sudah agak lama Sey tidak datang ke Melaka, khususnya di Bandar Hilir. Kalau tak silap sey adalah dekat 10 tahun kot, walau pun Melaka tu (Bandar Hilir) cuma 1 jam lebih sikit jer perjalanan berkereta dari Seremban. Sey ni sebenarnya bukan seorang yang suka pergi berjalan-jalan atau bercuti ni, suka dan sey memang tak lepas peluang kalau berkesempatan melihat tempat orang. Cuma bila bab pergi bercuti ni memang kami kena buat jadualnya, yalah isteri sey memang sibuk dengan kerja, anak-anak pula dengan sekolahnya dan kadang sey pulak saja buat-buat sibuk hihihi.....jadi memang projek cuti-cuti Malaysia ni kena plan.


Menara Taming Sari




kami seronok berbeca

Kebiasaannya pada tibanya cuti sekolah saja lah masa yang sesuai untuk kami akan keluar jauh sedikit dari Seremban ni. Akan tetapi masa cuti sekolah lah pula semua harga untuk pakej percutian melambung naik. Sudah tiada pilihan nak buat macam mana ye tak..? Nasib baiklah kami bukannya selalu keluar bercuti, kalau tak parah jugak....




Foto sabahagian bandar Bandar Hilir Melaka
diambil dari Menara Berputar Taming Sari

Jadi di sini sey nak tabiklah pada Kerajaan negeri Melaka.....kurang 10 tahun yang dulu, kalau sey ke Bandar Hilir tu sey masih berpeluang melihat ruang-ruang kosong di antara celah bangunan-banguan sediada ada. Akan tetapi semalam pemandangan seperti itu sudah tiada, setiap inci ruang kosong telah pun di penuhi dengan bangunan-bangunan baru seperti pusat membeli belah, hotel dan pejabat, paling istimewa sudah banyaknya juga terbina mercu tanda baru yang berkaitan Melaka disamping juga tempat-tempat tumpuan pelancong banyak yang telah di naik taraf sepenuhnya. Jadi keadaan pemandangan sekitar pada perkiraan sey bertambah menarik. Semalam pun cuti hari Sabtu, jadi memang Bandar Hilir dilimpahi dengan pelancong tempatan dan luar negara. Dulu masa sey ingat, projek penambakan laut baru sebahagian saja dimulakan begitu juga dengan rangkaian jalan raya barunya. Sekarang boleh kata kesemua inci tanah "reclaim"nya sudah pun berdiri teguh dengan bangunan-banguanan kedai pejabat dan hotel mewah.


Oh ya, sey nak tambah cerita....semalam sey dan keluarga pergi bandar Hilir tu bukanlah berseorangan. Salah satu family ex MyKyoto dulu pun ada sekali. Kebetulan kami berjumpa di majlis kenduri kahwin tu. Sey sebenar gembira bila berjumpa semula rakan-rakan lama ini. Paling tidak pun kami akan mengimbau semula kenangan semasa menjalankan aktiviti di Kyoto dulu. Jadi bila kami keluar bersama semalam memang terasa seronoknya, kami jalan-jalan dan makan-makan lepas tu, samalah apa yang kami buat di Kyoto dulu. Itulah, sey pun ada teringat juga lepas ni sey nak kumpulkan family-family yang dah balik ke Malaysia ni di tempat baru sey kek Moh Homestay @ My Perpatih Kissaten di Port Dickson tu bila dah siap nanti. Kalau ada rezeki mungkin sebelum puasa ni ker...amacam geng MyKyoto in Malaysia, boleh ke....? Kalau tak pun lepas raya pun boleh juga. Nanti kita pakat-pakatlah macam dulu, buat BBQ ker, buat game ker kat pantai sambil mandi-manda............


Jadi itulah serba sedikit kisah sey dan keluarga mengisi masa sebelum menjelang hari bapa ni. Sebetulnya masa bersama keluarga bila berpeluang keluar bersama itu amat bernilai sekali pada sey. Masa-masa inilah kita berpeluang juga memenuhi cita rasa anak-anak mahu pun diri sendiri. Kepada keluarga Ezral dan Yang, sey ucapkan terima kasih atas jemputan majlis semalam dan tak lupa pada Amir dan Marfiah kerana aktiviti jalan-jalan dan makan-makan kita semalam juga memang best. Lain kali kita plan lagi untuk aktivi ex-mykyoto di Malaysia ini. Apa-apa pun sey nak koba an yang Bandar Hilir memang best lah. (iklan tak berbayar ni....)

Semoga kita berjumpa lagi di dalam ruang Secawan Kopi @ My Perpatih Kissaten. Jya mata........

Wednesday, June 13, 2012

Rindu, serindu-rindunya....

Halooooooooo......

Salam dan konnichiwa pembaca budiman semua. Ahaa...sey tunjukkan foto ni dululah pasal amat berkait rapat dengan blog sey ni haa.......

Kopi O kau dengan roti tradisi, roti bakar

Sedar tak sedar sudah lebih 2 bulan sey tinggalkan bumi Nihon dan memang sey sedar juga dalam tempoh itu juga sey tidak ke udara dengan entry yang baru,  hihihi...yalahkan seperti mana yang sey pernah kabarkan sebelum ni, bila jejak jer kaki ke tanah air, terlalu banyak benda dan pekara yang sey kena buat dan selesaikan. Tanyalah pada rakan-rakan yang seangkatan balik hari tu, semuanya dok pakat sibuk-sibuk buat itu-ini kan? Tapi kadang-kadang `mood' juga memainkan elemen yang penting dalam pembikinan entry baru ni. Apa-apa pun sey amatlah rasa bersyukur dan lega bila sudah pulang ke pangkal jalan ni. (^_^).


Sekolah Menengah Rendah sey dulu
Sememangnya empat tahun setengah hidup di bumi Nihon telah banyak memberi impak kepada diri sey dalam pelbagai perkara. Pada asalnya sey plan nak memulakan entry baru ni dengan mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pahit, manis, masin, masam, payau dan segalanyalah  semasa di sana, tapi memandangkan penulisan tu nanti mungkin akan menjela-jela (kalaulah...hai) jadi sey rasa sey akan mencari masa yang sesuai untuk kongsikannya nanti. Ok, sebelum sey lupa, sey nak ucapkan taniah pada isteri kerana telah berjaya dengan jayanya mendapatkan title Dr nya setelah tiga tahun setengah membanting tenaga, meng'emas'kan masa, mengorbankan perasaan dan mencurahkan air mata berliter-liter dan sey secara peribadinya merasakan ianya amatlah berbaloi dan telah berbayar akhirnya.


Entry kali ni sey nak bercerita pasal kampung sey sebenarnya.  Sebabnya...tulah sey dah lama tak balik kampung, seingat-ingat sey hampir tujuh tahun lamanya. Sey nak tanya pembaca semua, tempoh tujuh tahun tu lama tak rasanya? Jarak by masa kampung sey dari Seremban taklah lama sangat, lebih kurang 1 jam setengah perjalanan berkereta. Kampung sey terletak di dalam Daerah Kuala Pilah jambatan bosi......Pekan terhampir dan terkenal sekali ialah Pekan Dangi. Kalau pembaca masih ingat lagi dulu ada satu lagu dendangan Norshila Amin ada menyebutkan nama pekan ini. Amacam, terkenal kan.....

Antara baitnya;

"Kalaulah pergi ke Kuala Pilah"
"Singgah sebentar di Pekan Dangi..."
"Kalau dihati rasa gelisah..."
"ingatkan saya ada di sini..."

Haa...ingat..tak.....


Sebenarnya sebulan sebelum sey pulang ke Malaysia hari tu, sey dah teringat-ingat akan kampung kelahiran sey, tiba-tiba rasa terlalu rindu sangat. Rindu kerana sudah terlalu lama tidak menziarahi kubur arwah ibu dan bapa sey. Sebelum sey berangkat ke Jepun pun sey tak bersempatan menziarahi pusara mereka, masa balik cuti dua tahun sudah pun sey tak juga sampai ke sana. Ish...ish...sedey.........jadi hari tu sey tunaikan hajat hati ni.

Kedai kopi yang terkenal di Pekan Dangi.
Dulu kedai kopi ni asalnya dari kayu


Banyak yang dah berubah namun masih ada lagi yang masih seperti dulu. Sey perati banyak rumah-rumah pusaka di tinggalkan dan mula dinaiki semak-samun malah ada yang sudah nampak seperti hutan dengan pokok berkayu besar tumbuh sewenang-wenangnya. 

Rumah pusaka peninggalan arwah abah
(yang bahagian belakang tu dah hampir roboh)
Rumah pusaka peninggalan arwah bapa sey pun begitu. Jujurnya sey katakan, air mata sey menitik bila melihat rumah sey dibesarkan bersama kakak-kakak dan abang-abang telah pun roboh sebahagiannya. Yang masih teguh berdiri hanyalah bahagian serambi rumah. Dulu kabarnya sebahagian kawasan rumah pusaka tu sudah dipenuhi semak-samun dan pokok-pokok liar. Selepas diupah orang membersihkan hutan kecil serta semak samun tu barulah nampak terang sikit. Fenomena rumah pusaka dibiarkan usang memang telah menjadi lumrah sekarang. Bukan kampung sey saja, malah sepanjang laluan sey balik ke kampung, sey perhati banyak rumah-rumah lama kampung yang lain turut mengalami perkara yang sama. Entahlah, mungkin lumrah kehidupan beginilah, bila anak-anak telah bekeluarga, berhijrah dan telah mempunyai rumah sendiri, dan bila ibu-bapa telah tiada, maka beginilah akhirnya.

Lupa pulak nak beritahu, kampung sey di beri nama Kampung Tulang Rimau atau panggilan dalam bahasa nogorinya Kampung Tulang Ghimau. Amacam....gerun tak dengarnya. Masa sey kecil dulu sey adalah tanya sama arwah abah macam mana kampung ni boleh dapat nama tu. Abah kata dulu masa orang mula-mula nak teroka kampung ni berjumpa banyak tulang-tulang harimau katanya. Jadi mereka sepakat namakan kampung ni sempena nama tulang-tulang harimau tu.....hihih....senangkan. Tapi yang tak senangnya adalah generasi selepasnya termasuklah sey. Apa taknya....semasa sey sekolah di Seremban dulu dan duduk pula di asrama..emm, nama kampung sey telah menjadi bahan gelak dan gurauan rakan-rakan lain. Hiss...samdol betul mereka-mereka tu. Walau pun sedikit geram, tapi sey tetap bangga dengan nama kampung sey.


Jalan masuk ke kampung sey


Dulu seingat sey, hanya satu nama saja yang digunakan untuk nama kampung sey tu, tapi semasa sey balik hari tu dah ada nama subsidary pulak. Nama besar Kampung Tulang Rimau, anak syarikatnya Kampung Tulang Rimau Ulu, Kampung Tulang Rimau Hilir, Kampung Geduh dan Kampung Sompo. Tak sangka pula sey, kira macam syarikat induklah ni dan  selepas tu anak-anak syarikat di bawahnya. Kira oklah tu kan?

Oklah....sey rasa cukup dulu setakat ni, nanti kalau story panjang-panjang takut timbul rasa boring pulak nanti kan? Kok ado....bahaso nogori eh. Apa yang sey nak simpulkan di sini dari apa yang sey kongsikan di atas ialah sayangilah kampung anda dan semailah rasa bersyukur dan bertuah bagi mereka yang masih punyai ibu-bapa di kampung. Sila kekalkan kampung anda walau pun tiada siapa lagi di sana, pasal apa, sekurang-kurangnya kita masih ada hala tuju nanti lebih-lebih lagi time raya. Yeay.....

Oh ya sebelum lupa, tak lama lagi sey akan melancarkan MohHomestay @ My Perpatih Kissaten. Bertempat di Batu 8 Pantai Port Dickson. Harap semuanya akan berjalan lancar hendaknya. Ini adalah salah satu  projek pertama sey dalam program mempelbagaikan fungsi serta memperkenalkan My Perpatih Kissaten ni. InsyaAllah jika diizinkan selepas ini sey akan lancarkan projek seterusnya dengan jenama My Perpatih Kissaten ni. Tunggu......

Jya mata ne......

Friday, April 13, 2012

Rancangan Tergendala Sebentar....

Salam pembaca budiman.

Pertama sekali sey nak minta maaf pasal sudah agak lama sey tak ke udara. Kesibukan yang melampau hingga mencecah tahap Ultraman sejak sey berkemas-kemas untuk pulang ke Malaysia. Bila tiba di tanah air pula terlalu banyak perkara pula yang sey kena buat dan selesaikan hingga tak terjengok dan ter update My Perpatih Kissaten. InsyaAllah, sekiranya keadaan kembali tenang, sey akan ke udara semula dengan semangat baru, visi baru di tempat sendiri ni. 

Harapan sey semoga pembaca semua akan terus menyokong blog sey ni. Jya mata ne....

Thursday, March 8, 2012

Selangkah ke jalan pulang

Salam kembali.


mykyto farewell party
Kurang  3 minggu lagi sey dan keluarga akan terbang pulang ke tempat asal-usul, tanah tumpah darah sey, Malaysia. Sekarang ni rasa seolah-olah masa begitu cepat sangat berlalu dan banyak perkara pula perlu sey selesaikan sebelum meninggalkan bumi nihon ni. Setiap hari sey  mula rasakan segala apa yang ditinggalkan sejak empat tahun setengah dulu mula melambai-lambai ke arah sey..........



Ahad yang sudah 4hb Mac, MyKyoto (Malaysian in Kyoto) mengadakan majlis jamuan perpisahan (farewell party) untuk keluarga dan pelajar yang akan pulang ke tanah air setelah berjaya menamatkan  pengajian. Rakan-rakan yang diraikan adalah dari Kyoto University, Kyoto Institute Technology (KIT) serta dari Ritsumekan University di Shiga Prefecture.


mykyoto yang hadir bergambar kenangan bersama

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Sey sekali lagi nak ambil kesempatan dalam blog entry ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan jawatankuasa mykyoto yang telah bersusah payah merancang, melaksanakan serta merealisasikan farewell party ini. Sesungguhnya sey dan rakan yang diraikan  amat menghargainya. Juga sey tidak lupa kepada rakan undangan lain yang telah datang memeriahkan majlis ini di mana turut sama juga menyumbang tenaga dengan membawa juadah-juadah  yang lazat.

yang ni sebahagian juadah saja

home made cake yang sedap

Kepada rakan sey yang akan balik bertugas semula (termasuklah isteri sey)  di jabatan masing-masing, sey ucapkan selamat bertugas semoga dengan segala apa pengalaman dan pengetahuan yang ditimba  di Kyoto dan juga universiti akan dapat dipergunakan sebaik mungkin di tanah air  kelak. Pada yang balik fresh dimana baru untuk mencari pekerjaan, selamat berjaya mendapatkan pekerjaan....dan ucapan untuk diri sendiri pula...GANBARIMASU dengan azam baru, hidup baru, tekad baru, semangat baru serta strategi baru untuk kelangsungan hidup......huhuhu...

Sey mohon maaf banyak-banyak kepada rakan dalam mykyoto di atas segala kekurangan dan kelemahan diri sekiranya ada sehingga menyebabkan rasa kurang senang dihati kalian selama kita di Kyoto ini. Kepada rakan yang baru hendak mengenal dan belajar budaya hidup di Kyoto ini dan juga rakan yang masih atau sedang bergelumang dengan rencah kehidupan dan ilmu pengajian di university, sey ucapkan selamat maju jaya. 

cenderamata untuk kami dari mykyoto

Kepada pelajar sekalian, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan akira menai de kudasai. Tak gitu.

Jya mata ne....

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...