Sunday, June 17, 2012

Sepetang di Bumi Hang Tuah.


Ucapan As Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.


lagu sempena hari bapa

Selamat hari bapa sey ucapan terlebih dahulu kepada kaum bapa semua. Sey berharap tarikh 17hb Jun hari ini akan memberi penuh pengertian kepada bapa-bapa yang telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi bapa yang baik, penyayang dan bertaggung jawab kepada keluarga. Hanya sedikit ulasan sey pada hari bapa ni....sememangnya menjadi bapa pada masa sekarang ini amat mencabar sekali terutama dalam menjalankan tanggungjawab menjaga serta mendidik anak yang semakin meningkat dewasa. Dalam era dunia moden sekarang yang mana anak-anak kita begitu amat terdedah dengan persekitaran dan budaya kehidupan yang pelbagai ragam mahu pun yang buruk atau yang baik. Sesungguhnya bapa itulah yang akan menjadi garisan permulaan untuk mencorak kehidupan anak-anak. Sey berdoa untuk diri sey dan juga kepada bapa-bapa yang seangkatan supaya diberikan kekuatan untuk mendidik anak ke arah jalan yang diredhai agar anak-anak kita nanti menjadi orang yang akan memberi mafaat kepada agama, bangsa dan negara kelak. Amin.....



Ok....siapa orang Melaka kat sini...?  Tak da lah, sebabnya semalam sey dan keluarga pergi ke bandar Melaka. Tujuan asal sebenarnya pergi untuk memenuhi jemputan rakan lama semasa di Kyoto dulu sempena majlis pernikahan adik beliau. Jadi sey cakaplah dengan isteri sey oleh kerana sudah lama kami tak ke Melaka ni, apa salahnya kita pergi bersiar-siar selepas majlis tu ke   Bandar Hilir, kan.....


Siapa orang Melaka kat sini......?

Sudah agak lama Sey tidak datang ke Melaka, khususnya di Bandar Hilir. Kalau tak silap sey adalah dekat 10 tahun kot, walau pun Melaka tu (Bandar Hilir) cuma 1 jam lebih sikit jer perjalanan berkereta dari Seremban. Sey ni sebenarnya bukan seorang yang suka pergi berjalan-jalan atau bercuti ni, suka dan sey memang tak lepas peluang kalau berkesempatan melihat tempat orang. Cuma bila bab pergi bercuti ni memang kami kena buat jadualnya, yalah isteri sey memang sibuk dengan kerja, anak-anak pula dengan sekolahnya dan kadang sey pulak saja buat-buat sibuk hihihi.....jadi memang projek cuti-cuti Malaysia ni kena plan.


Menara Taming Sari




kami seronok berbeca

Kebiasaannya pada tibanya cuti sekolah saja lah masa yang sesuai untuk kami akan keluar jauh sedikit dari Seremban ni. Akan tetapi masa cuti sekolah lah pula semua harga untuk pakej percutian melambung naik. Sudah tiada pilihan nak buat macam mana ye tak..? Nasib baiklah kami bukannya selalu keluar bercuti, kalau tak parah jugak....




Foto sabahagian bandar Bandar Hilir Melaka
diambil dari Menara Berputar Taming Sari

Jadi di sini sey nak tabiklah pada Kerajaan negeri Melaka.....kurang 10 tahun yang dulu, kalau sey ke Bandar Hilir tu sey masih berpeluang melihat ruang-ruang kosong di antara celah bangunan-banguan sediada ada. Akan tetapi semalam pemandangan seperti itu sudah tiada, setiap inci ruang kosong telah pun di penuhi dengan bangunan-bangunan baru seperti pusat membeli belah, hotel dan pejabat, paling istimewa sudah banyaknya juga terbina mercu tanda baru yang berkaitan Melaka disamping juga tempat-tempat tumpuan pelancong banyak yang telah di naik taraf sepenuhnya. Jadi keadaan pemandangan sekitar pada perkiraan sey bertambah menarik. Semalam pun cuti hari Sabtu, jadi memang Bandar Hilir dilimpahi dengan pelancong tempatan dan luar negara. Dulu masa sey ingat, projek penambakan laut baru sebahagian saja dimulakan begitu juga dengan rangkaian jalan raya barunya. Sekarang boleh kata kesemua inci tanah "reclaim"nya sudah pun berdiri teguh dengan bangunan-banguanan kedai pejabat dan hotel mewah.


Oh ya, sey nak tambah cerita....semalam sey dan keluarga pergi bandar Hilir tu bukanlah berseorangan. Salah satu family ex MyKyoto dulu pun ada sekali. Kebetulan kami berjumpa di majlis kenduri kahwin tu. Sey sebenar gembira bila berjumpa semula rakan-rakan lama ini. Paling tidak pun kami akan mengimbau semula kenangan semasa menjalankan aktiviti di Kyoto dulu. Jadi bila kami keluar bersama semalam memang terasa seronoknya, kami jalan-jalan dan makan-makan lepas tu, samalah apa yang kami buat di Kyoto dulu. Itulah, sey pun ada teringat juga lepas ni sey nak kumpulkan family-family yang dah balik ke Malaysia ni di tempat baru sey kek Moh Homestay @ My Perpatih Kissaten di Port Dickson tu bila dah siap nanti. Kalau ada rezeki mungkin sebelum puasa ni ker...amacam geng MyKyoto in Malaysia, boleh ke....? Kalau tak pun lepas raya pun boleh juga. Nanti kita pakat-pakatlah macam dulu, buat BBQ ker, buat game ker kat pantai sambil mandi-manda............


Jadi itulah serba sedikit kisah sey dan keluarga mengisi masa sebelum menjelang hari bapa ni. Sebetulnya masa bersama keluarga bila berpeluang keluar bersama itu amat bernilai sekali pada sey. Masa-masa inilah kita berpeluang juga memenuhi cita rasa anak-anak mahu pun diri sendiri. Kepada keluarga Ezral dan Yang, sey ucapkan terima kasih atas jemputan majlis semalam dan tak lupa pada Amir dan Marfiah kerana aktiviti jalan-jalan dan makan-makan kita semalam juga memang best. Lain kali kita plan lagi untuk aktivi ex-mykyoto di Malaysia ini. Apa-apa pun sey nak koba an yang Bandar Hilir memang best lah. (iklan tak berbayar ni....)

Semoga kita berjumpa lagi di dalam ruang Secawan Kopi @ My Perpatih Kissaten. Jya mata........

1 comment:

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...