Salam dan konnichiwa pembaca budiman semua. Ahaa...sey tunjukkan foto ni dululah pasal amat berkait rapat dengan blog sey ni haa.......
Kopi O kau dengan roti tradisi, roti bakar |
Sedar tak sedar sudah lebih 2 bulan sey tinggalkan bumi Nihon dan memang sey sedar juga dalam tempoh itu juga sey tidak ke udara dengan entry yang baru, hihihi...yalahkan seperti mana yang sey pernah kabarkan sebelum ni, bila jejak jer kaki ke tanah air, terlalu banyak benda dan pekara yang sey kena buat dan selesaikan. Tanyalah pada rakan-rakan yang seangkatan balik hari tu, semuanya dok pakat sibuk-sibuk buat itu-ini kan? Tapi kadang-kadang `mood' juga memainkan elemen yang penting dalam pembikinan entry baru ni. Apa-apa pun sey amatlah rasa bersyukur dan lega bila sudah pulang ke pangkal jalan ni. (^_^).
Sekolah Menengah Rendah sey dulu |
Sememangnya empat tahun setengah hidup di bumi Nihon telah banyak memberi impak kepada diri sey dalam pelbagai perkara. Pada asalnya sey plan nak memulakan entry baru ni dengan mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pahit, manis, masin, masam, payau dan segalanyalah semasa di sana, tapi memandangkan penulisan tu nanti mungkin akan menjela-jela (kalaulah...hai) jadi sey rasa sey akan mencari masa yang sesuai untuk kongsikannya nanti. Ok, sebelum sey lupa, sey nak ucapkan taniah pada isteri kerana telah berjaya dengan jayanya mendapatkan title Dr nya setelah tiga tahun setengah membanting tenaga, meng'emas'kan masa, mengorbankan perasaan dan mencurahkan air mata berliter-liter dan sey secara peribadinya merasakan ianya amatlah berbaloi dan telah berbayar akhirnya.
Entry kali ni sey nak bercerita pasal kampung sey sebenarnya. Sebabnya...tulah sey dah lama tak balik kampung, seingat-ingat sey hampir tujuh tahun lamanya. Sey nak tanya pembaca semua, tempoh tujuh tahun tu lama tak rasanya? Jarak by masa kampung sey dari Seremban taklah lama sangat, lebih kurang 1 jam setengah perjalanan berkereta. Kampung sey terletak di dalam Daerah Kuala Pilah jambatan bosi......Pekan terhampir dan terkenal sekali ialah Pekan Dangi. Kalau pembaca masih ingat lagi dulu ada satu lagu dendangan Norshila Amin ada menyebutkan nama pekan ini. Amacam, terkenal kan.....
Antara baitnya;
"Kalaulah pergi ke Kuala Pilah"
"Singgah sebentar di Pekan Dangi..."
"Kalau dihati rasa gelisah..."
"ingatkan saya ada di sini..."
Haa...ingat..tak.....
Sebenarnya sebulan sebelum sey pulang ke Malaysia hari tu, sey dah teringat-ingat akan kampung kelahiran sey, tiba-tiba rasa terlalu rindu sangat. Rindu kerana sudah terlalu lama tidak menziarahi kubur arwah ibu dan bapa sey. Sebelum sey berangkat ke Jepun pun sey tak bersempatan menziarahi pusara mereka, masa balik cuti dua tahun sudah pun sey tak juga sampai ke sana. Ish...ish...sedey.........jadi hari tu sey tunaikan hajat hati ni.
Kedai kopi yang terkenal di Pekan Dangi. Dulu kedai kopi ni asalnya dari kayu |
Banyak yang dah berubah namun masih ada lagi yang masih seperti dulu. Sey perati banyak rumah-rumah pusaka di tinggalkan dan mula dinaiki semak-samun malah ada yang sudah nampak seperti hutan dengan pokok berkayu besar tumbuh sewenang-wenangnya.
Rumah pusaka peninggalan arwah abah (yang bahagian belakang tu dah hampir roboh) |
Rumah pusaka peninggalan arwah bapa sey pun begitu. Jujurnya sey katakan, air mata sey menitik bila melihat rumah sey dibesarkan bersama kakak-kakak dan abang-abang telah pun roboh sebahagiannya. Yang masih teguh berdiri hanyalah bahagian serambi rumah. Dulu kabarnya sebahagian kawasan rumah pusaka tu sudah dipenuhi semak-samun dan pokok-pokok liar. Selepas diupah orang membersihkan hutan kecil serta semak samun tu barulah nampak terang sikit. Fenomena rumah pusaka dibiarkan usang memang telah menjadi lumrah sekarang. Bukan kampung sey saja, malah sepanjang laluan sey balik ke kampung, sey perhati banyak rumah-rumah lama kampung yang lain turut mengalami perkara yang sama. Entahlah, mungkin lumrah kehidupan beginilah, bila anak-anak telah bekeluarga, berhijrah dan telah mempunyai rumah sendiri, dan bila ibu-bapa telah tiada, maka beginilah akhirnya.
Lupa pulak nak beritahu, kampung sey di beri nama Kampung Tulang Rimau atau panggilan dalam bahasa nogorinya Kampung Tulang Ghimau. Amacam....gerun tak dengarnya. Masa sey kecil dulu sey adalah tanya sama arwah abah macam mana kampung ni boleh dapat nama tu. Abah kata dulu masa orang mula-mula nak teroka kampung ni berjumpa banyak tulang-tulang harimau katanya. Jadi mereka sepakat namakan kampung ni sempena nama tulang-tulang harimau tu.....hihih....senangkan. Tapi yang tak senangnya adalah generasi selepasnya termasuklah sey. Apa taknya....semasa sey sekolah di Seremban dulu dan duduk pula di asrama..emm, nama kampung sey telah menjadi bahan gelak dan gurauan rakan-rakan lain. Hiss...samdol betul mereka-mereka tu. Walau pun sedikit geram, tapi sey tetap bangga dengan nama kampung sey.
Jalan masuk ke kampung sey |
Dulu seingat sey, hanya satu nama saja yang digunakan untuk nama kampung sey tu, tapi semasa sey balik hari tu dah ada nama subsidary pulak. Nama besar Kampung Tulang Rimau, anak syarikatnya Kampung Tulang Rimau Ulu, Kampung Tulang Rimau Hilir, Kampung Geduh dan Kampung Sompo. Tak sangka pula sey, kira macam syarikat induklah ni dan selepas tu anak-anak syarikat di bawahnya. Kira oklah tu kan?
Oklah....sey rasa cukup dulu setakat ni, nanti kalau story panjang-panjang takut timbul rasa boring pulak nanti kan? Kok ado....bahaso nogori eh. Apa yang sey nak simpulkan di sini dari apa yang sey kongsikan di atas ialah sayangilah kampung anda dan semailah rasa bersyukur dan bertuah bagi mereka yang masih punyai ibu-bapa di kampung. Sila kekalkan kampung anda walau pun tiada siapa lagi di sana, pasal apa, sekurang-kurangnya kita masih ada hala tuju nanti lebih-lebih lagi time raya. Yeay.....
Oh ya sebelum lupa, tak lama lagi sey akan melancarkan MohHomestay @ My Perpatih Kissaten. Bertempat di Batu 8 Pantai Port Dickson. Harap semuanya akan berjalan lancar hendaknya. Ini adalah salah satu projek pertama sey dalam program mempelbagaikan fungsi serta memperkenalkan My Perpatih Kissaten ni. InsyaAllah jika diizinkan selepas ini sey akan lancarkan projek seterusnya dengan jenama My Perpatih Kissaten ni. Tunggu......
No comments:
Post a Comment