Saturday, July 7, 2012

Air dari gunung...

Bersua kembali.

Hari ini tadi memang agak sibuk sikit, mulut ni sibuk mengguyah...hoho...yalah kan, macam yang sey cerita dalam mukadimah entry sebelum ni, siang tadi sey pergi memenuhi undangan majlis kenduri kahwin. Seminggu dua ni sey rasa orang Malaysia akan sibuk membuat kenduri dan sibuk juga menghadiri majlis berkenaan. Rasa-rasanya pembaca pun tahu kenapa kan...?

sebahagian dari Pekan Kuala Pilah

Setelah selesai majlis pertama tadi di tempat sey Seremban, sey terus shot ke Senaling, Kuala Pilah pulak. Sampai dah agak lewat dan sey tengok makanan untuk tetamu pun sudah hampir habis. Nasib baik masa majlis pertama tadi sey sudah kunyah puas-puas. :-)

Sebenarnya entry  ni sey nak kongsi pasal foto di bawah ni....


menunggu giliran mendapatkan air gunung


Sey pun sebenarnya tak ada sangat maklumat lanjut akan kewujudan pancuran air gunung ni. Tapi apa yang sey ingat ianya telah wujud agak lama sekali, masa sey sokolah dulu pun rasanya dah ada benda ni. Buat pengetahuan pembaca semua punca air gunung ni memang amat popular sekali di sini. Kedudukannya terletak di sebelah jalan menghala ke Seremban kalau dari Kuala Pilah. Nama tempat ni dikenali sebagai Bukit Putus dan berhampiran pula dengan Taman Riadah Air Terjun Ulu Bendul.

Dulu punca air gunung ini amat popular di kalangan pemandu lori yang menggunakan jalan ini dari Seremban untuk ke Kuala Pilah dan Pahang. Kebanyakan pengguna jalan ini akan singgah untuk mengambil air untuk minuman dan ada juga yang mandi sekali di sini. Air nya memang jernih dan sejuk sekali. Kawasan ini juga menjadi tumpuan orang ramai yang datang menadah air untuk tujuan perubatan.

airnya tidak pernak kering 


Seingat sey, sey memang tidak pernah pun singgah di sini seperti mana orang lain buat. Tidak tahu pulak kenapa, tapi petang tadi hati sey terbuka pula untuk singgah dan mengambil airnya ketika pulang dari Kuala Pilah. Semasa projek pembesaran jalan dari Seremban ke Ulu Bendul, pihak kontraktor terbabit telah membuat saluran paip bagi memudahkan lagi orang ramai memasukkan iar ke dalam bekas.

Sey percaya kawasan ini tidak akan sunyi dari orang ramai yang menggunakan jalan ini untuk bertahun lama lagi selagi wujudnya punca iar gunung ini. Ianya secara tidak langsung juga telah mempopularkan kawasan ini dan khususnya Ulu Bendul. Tapi yang pasti pihak Kerajaan Tempatan sememangnya tidak ada perancangan untuk manambah-baikkan punca air gunung ini walau pun ia telah disinggahi oleh ribuan orang. Mungkin ada sebabnya........jadi biarlah ia berkeadaan begitu saja, lebih baik.

Jya mata.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...