Thursday, March 8, 2012

Selangkah ke jalan pulang

Salam kembali.


mykyto farewell party
Kurang  3 minggu lagi sey dan keluarga akan terbang pulang ke tempat asal-usul, tanah tumpah darah sey, Malaysia. Sekarang ni rasa seolah-olah masa begitu cepat sangat berlalu dan banyak perkara pula perlu sey selesaikan sebelum meninggalkan bumi nihon ni. Setiap hari sey  mula rasakan segala apa yang ditinggalkan sejak empat tahun setengah dulu mula melambai-lambai ke arah sey..........



Ahad yang sudah 4hb Mac, MyKyoto (Malaysian in Kyoto) mengadakan majlis jamuan perpisahan (farewell party) untuk keluarga dan pelajar yang akan pulang ke tanah air setelah berjaya menamatkan  pengajian. Rakan-rakan yang diraikan adalah dari Kyoto University, Kyoto Institute Technology (KIT) serta dari Ritsumekan University di Shiga Prefecture.


mykyoto yang hadir bergambar kenangan bersama

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Sey sekali lagi nak ambil kesempatan dalam blog entry ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan jawatankuasa mykyoto yang telah bersusah payah merancang, melaksanakan serta merealisasikan farewell party ini. Sesungguhnya sey dan rakan yang diraikan  amat menghargainya. Juga sey tidak lupa kepada rakan undangan lain yang telah datang memeriahkan majlis ini di mana turut sama juga menyumbang tenaga dengan membawa juadah-juadah  yang lazat.

yang ni sebahagian juadah saja

home made cake yang sedap

Kepada rakan sey yang akan balik bertugas semula (termasuklah isteri sey)  di jabatan masing-masing, sey ucapkan selamat bertugas semoga dengan segala apa pengalaman dan pengetahuan yang ditimba  di Kyoto dan juga universiti akan dapat dipergunakan sebaik mungkin di tanah air  kelak. Pada yang balik fresh dimana baru untuk mencari pekerjaan, selamat berjaya mendapatkan pekerjaan....dan ucapan untuk diri sendiri pula...GANBARIMASU dengan azam baru, hidup baru, tekad baru, semangat baru serta strategi baru untuk kelangsungan hidup......huhuhu...

Sey mohon maaf banyak-banyak kepada rakan dalam mykyoto di atas segala kekurangan dan kelemahan diri sekiranya ada sehingga menyebabkan rasa kurang senang dihati kalian selama kita di Kyoto ini. Kepada rakan yang baru hendak mengenal dan belajar budaya hidup di Kyoto ini dan juga rakan yang masih atau sedang bergelumang dengan rencah kehidupan dan ilmu pengajian di university, sey ucapkan selamat maju jaya. 

cenderamata untuk kami dari mykyoto

Kepada pelajar sekalian, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan akira menai de kudasai. Tak gitu.

Jya mata ne....

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...