Nilai 3, ada sesiapa yang pernah dengar nama tersebut..? Atau sey rasa pasti juga ramai antara pembaca semua terutama di Malaysia memang sudah familiar dengannya. Cakap saja Nilai 3, orang akan merencana dahulu apakah yang akan di cari di sana. Tambahan bulan puasa yang akan menjengah lagi beberapa hari ni, pasti tempat ini akan menjadi tumpuan ramai. Tahu kenapa..? sebab gambar di bawah ni.....
Di sinilah terletaknya pusat pemborong barangan aksesori untuk rumah yang terbesar di Malaysia. Terletak di dalam Daerah Nilai, Negeri Sembilan dan kawasannya berada bersebelahan Taman Perindustrian Nilai 3. Jaraknya pula lebih kurang 30 minit perjalanan berkereta dari Kuala Lumpur melalui Plus Highway dan 15 minit pula dari tempat sey tinggal di Seremban. Sehingga kini Nilai telah pun dikenali juga sebagai pusat pemborong barangan hiasan rumah kerana bukan setakat di Nilai 3, kawasan berhampiran juga ada menempatkan premis-premis sebegini terutama di Bandar Nilai itu sendiri. Tapi Nilai 3 lah yang terbesar.
Slogan tempat ni ialah segalanya ada di sini dan harganya pula boleh dikatakan berpatutan. Dahulunya kalau orang ramai hendak mendapatkan sesetengah barangan peribadi atau koleksi rumah, mereka akan pergi mencari hingga ke Utara seperti di Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian serta beberapa tempat lagi, tetapi sekarang boleh datang ke sini untuk mendapatkannya. Kedudukan Pusat Pemborong Nilai 3 ini di tengah-tengah antara bahagian utara dan selatan negeri di Semenanjung sebenarnya merupakan bonus untuk negeri bersebelahan yang mana penduduk di sana tidak perlu lagi memandu berjam-jam untuk ke utara.
Dari barangan perabot, lampu hiasan, karpet tempatan dan import, aksesori pengantin, barangan kaca dan pelbagai lagilah semuanya ada di sini. Pada musim cuti umum dan cuti sekolah tempat ini akan didatangi oleh pelbagai lapisan masyarakat dari jauh dan dekat.
Dulu semasa sey datang lima tahun sudah sebelum berangkat ke Jepun, premis perniagaan yang ada tidaklah banyak sangat dan di pelopori oleh orang kita.
Apabila sey membuat kunjungan kali pertama setelah pulang, hulala.....kawasan jualan telah bertambah besar dan sudah banyak premis-premis dibuka dan tampak begitu cukup meriah sekali......tapi apa satu perkara yang sey tiba-tiba merasa agak jangkal ialah kebanyakan premis-premis niaga kali ini ramai dipelopori oleh orang luar iaitu dari Paskistan dan Egypt. Dari produk karpet, lampu hiasan, perabot dan bermacam-macam lagi produk kebanyakan muka merekalah yang sey jumpa hingga ke kedai barangan untuk katering juga orang mereka yang jaga. Confuse sungguh...... Sey seolah-olah terasa macam sey pergi bershopping ke Pakistan dan Mesir pulak. Sey tak rasa mereka-mereka ini sekadar pekerja saja jika sey lihat dari segi cara berurusan dengan pelanggan, mereka tahu segalanya dan boleh membuat keputusan masa itu juga. Tak dinafikan juga ada yang makan gaji di sini. Walau bagaimana pun masih terdapat premis-premis yang diusahakan oleh orang kita. Sejuk balik hati sey ni....

Jadi pada sesiapa yang berhasrat untuk mengempiskan poket suami atau sendiri ke sini, sey bagi satu tip saja.....buatlah tawaran harga yang paling rendah kalau boleh. Pasal apa kalau mereka tu tak layan, kita boleh pergi ke premis lain kerana masih banyak lagi premis yang menjual barangan yang sama. Sekurang-kurangnya biarlah berbaloi dengan apa yang dibelanjakan walau pun kita akan pasti kekeringan lepas itu. Seperkara yang penting semangat perlu kuat untuk meronda-ronda di kawasan yang sebesar begini dan tabahkan hati sewaktu bershopping tu, hihi.....
Jya mata....
No comments:
Post a Comment