Apa khabar agak eh pembaca semua, sey harap semuanya telah bergembira bersama keluarga atau rakan-rakan di hujung minggu ini. Sey macam semalamlah, gembira dengan acara senaman mulut..hihi.
Jadi tiba-tiba pulak malam ni tergerak pula hati nak prepared masakan untuk dinner dengan keluarga. Kadang-kadang perkara yang kita rancang belum tentu boleh kita laksanakan kan..? Jadi malam ni isteri dan sey tiba-tiba teringin nak makan kambing panggang yang sudah lama kami tidak buat. Lagi pun disamping itu rasanya kami cuba kot mengimbau kembali nostalgia makan kambing panggang semasa di Kyoto dulu huhu....
Full set dinner ready to ngap.... |
Chicken and lamb wrap |
Di kitchen corner malam ni kami buat Grilled Lamb, Lamb and chicken wrap, simple pasta dan tidak lupa kentang bakarnya. Malam ni kami dinner agak lambat sikit pasal hari ini selepas membuat senaman mulut dan perut di majlis kenduri kahwin, kami pergi jalan-jalan pula ke Nilai 3, mungkin ada antara pembaca tahu tempat ni kan, nanti sey ceritalah pada next entry. Jadi balik pun agak lewat petang.
![]() |
gambar promo @ nilai 3 |
Menu kambingnya isteri yang siapkan, campur itu, campur ini dan perapkan sekejap dan bab panggangya seylah yang selesaikan. Sambil panggang itu isteri sey siapkan pulak pastanya dan kentang untuk di grilled dalam oven. 10pm lebih sedikit baru kami habis menikmati dinner kami. Enak sekali setelah lama tak merasa, tapi rasanya yang membuatkan lamb grilled sedap mungkin dagingnya agak fresh lagi berbanding masa di Kyoto dulu.
Semoga esok merupakan hari yang akan membawa kebaikan kepada anda semua, ucapan sey sebelum sey berhenti di sini dulu. Semoga berjumpa lagi di ruang Secawan Kopi @ My Perpatih Kissaten.
No comments:
Post a Comment