Reactor nucklear di Fukushima yang telah musnah |
Isu menarik pada hari ke 2 ni ialah berkenaan kesan nuklear kepada penduduk setempat. Kepada penduduk yang mana tempat tinggalnya masih elok dan kurang terkena kesan gegaran gempa dan tsunami, mereka ini akan kembali semula ke rumah bagi membersihkan apa yang sepatutnya. Bagi penduduk yang tempat tinggal mereka musnah sama sekali, pihak kerajaan sebagai mana saya ada nyatakan dalam entry terdahulu (berkenaan gempa dan tsunami - 6 bulan yang berlalu) telah menyediakan rumah sementara untuk mereka.
Eden, secara peribadinya memang kalau boleh tidak mahu penghasilan tenaga elektrik melalui teknologi nuklear ini di buat di Malaysia. Eden pun bukanlah seorang yang pakar dalam mengupas isu nuklear ni, cuma apa yang eden dengar, eden nampak eden tahu dan diberitahu, eden kongsikanlah. Kalaulah pembaca semua berpeluang melihat sendiri atau menonton berita dari masa ke semasa di Fukushima ini, eden rasa pembaca pun sependapat dengan eden. Bukanlah eden hendak menidakkan kecanggihan teknologi untuk pembangunan negara dan manusia sejagat, tapi kita harus akur bahawa sehebat mana pun teknologi yang ada, sebenarnya tidak mampu untuk menolak musibah dari bencana alam. Itulah yang terjadi pada Fukushima dan kawasan sekitarnya. Pada awalnya memang diakui Loji Nuklear Fukushima Daichi telah mencorakkan suasana kehidupan yang hebat pada bandar Tokyo khasnya dan daerah-daerah sekitar yang menerima bekalan tenaga dari loji ini. Tetapi apabila ianya musnah dan berlaku kebocoran, bandar Tokyo yang hebat lumpuh sebahagiannya dek kerana catuan tenaga yang dikenakan. Tokyo mungkin hanya kehilangan seri malamnya akan tetapi yang lebih kasihan ialah pada penduduk Fukushima sendiri. Laporan segmen asaichi pagi ini menunjukkan sebahagian rumah penduduk terpaksa di buat pembersihan dari kesan nuklear. Kerja-kerja pembersihan ini akan di buat pada seluruh rumah yang terkena radiasi dari loji nuklear berkenaan Cuba pembaca bayangkan sendiri bertapa sukarnya untuk membuat pembersihan ini, dengan menyembur air dan menyental ke setiap bumbung rumah serta dinding rumah, lantai konkrit dan lain-lain yang terkena kesan radioakif bukanlah sesuatu kerja yang mudah dan mungkin beratus ribu rumah lagi sedang menunggu untuk dilakukan kerja yang sedemikian. Setiap kerja yang dibuat tentu akan mengambil masa dan sudah tentulah juga banyak perbelanjaan dikeluarkan. Menurut laporan penduduk lagi, kebanyakkan pokok tanaman pula habis rosak dan mati serta sebahagian petani mengatakan tidak dapat lagi berkebun atau berladang kerana khuatir hasil tanaman tadi akan dicemari radioaktif berikutan tanah yang telah dicemari radiasi.
Kerja menutup loji nuklear sedang di jalankan (sumber berita) |
Kalaulah negara yang maju seperti Jepun ini pun jelas nampak keperihannya dalam menangani kesan nuklear, apalah lagi negara membangun seperti kita. Bukanlah eden hendak mengatakan Malaysia tidak boleh membina loji nuklear, boleh tapi isu yang lebih penting mampukah atau bersediakah kita menghadapi kemusnahan dari kesan nuklear kelak sekiranya ia berlaku...? dengan hanya berharap dengan teknologi kita yang terbatas dan bergantung pula dengan teknologi dari pakar luar, apakah kita boleh survive. Kalau Jepun hari ini melaporkan untuk pulih sepenuhnya dari kesan nuklear di Fukushima mengambil tempoh selama 30 tahun dan mungkin lebih, bagaimana dengan kita.? Jadi apa yang utama, mulai sekarang kita berusahalah mencari alternatif tenaga lain selain dari nuklear sekiranya kita menghadapi krisis tenaga kelak. Di Jepun ini bukan nuklear sahaja yang dijadikan sebagai unsur utama menjana tenaga elektrik, kaedah solar juga telah lama dipratikkan cuma ianya agak terhad kerana kosnya yang mahal. Tapi eden percaya tenaga solar ini akan meningkat peratusan sumbangan tenaganya di Jepun tidak berapa lama lagi kerana ianya lebih selamat dan mesra alam. Untuk kesejahteraan negara serta penduduknya kita harus peka dan menerima hakikat bahawa sesuatu yang memberi kehebatan pada kita tidak semestinya akan baik keseluruhannya. Gambatte kudasai Malaysia.....for everything.
by rynes, Kyoto, Japan
No comments:
Post a Comment