Peak time di Kyoto ni untuk melihat banyak daun-daun berubah warna biasanya bermula pada pertengahan bulan November ni.
Eden bagi bunga-bunga pasal daun warna-warna ni tentulah kali ni eden nak berborak pasal musim autumn kat Kyoto ni. Untuk kali ni eden cuma nak cerita pengalaman eden semasa pergi melihat warna-warni daun pada autumn tahun lepas. Untuk tahun ini eden mungkin pergi di lain tempat pula. InsyaAllah, kerana apa inilah merupakan autumn yang terakhir eden sekeluarga di Jepun ni.
Bersampan sambil melihat warna-warni daun |
Orang ramai memenuhi Arashiyama di musim luruh |
Salah satu tempat menarik melihat pokok momiji di Arashiyama |
Pada pengamatan eden, musim luruh dan musim bunga adalah dua musim yang paling disukai oleh orang ramai. Bukan hanya cuacanya yang nyaman tetapi keindahan warna-warni daun di musim luruh serta cantiknya bunga sakura (cherry blossom) di musim bunga memang menarik minat pengunjung. Kyoto akan dibanjiri oleh orang ramai semasa musim luruh dan musim bunga., bukan hanya oleh orang tempatan dan lain-lain Prefecture, malah ramai juga dari luar negara. So memang meriahlah Kyoto pada kedua-dua musim ini. Salah satu venue menarik yang tidak pernah miss dikunjungi orang pada autumn setiap tahun ialah di Arashiyama. Di sini bukan sahaja kita dapat menikmati pemandangan daun-daun pokok yang berwarna-warni di kaki bukit sambil berdayung sampan malah kita berpeluang menaiki 'Romantic Train' yang akan membawa kita menikmati pemandangan indah daun warna-warni disepanjangan perjalanan sejauh 7.3 km menyusuri lurah dan gaung. Emm...menarik bunyinyakan? Eden pun sudah dua kali menaiki Romantic Train ni, memang menyeronokan walaupun harga tiket sedikit mahal. Untuk menaiki Romantic Train kita perlu membeli tiket dari Stesen Torokko, dan sekiranya tidak bernasib baik tiket habis di jual. Kalau ingin mendapat tempat duduk, tiket perlu dibeli lebih awal pada hari tersebut, kerana sekiranya tidak kita hanya dapat menikmati pemandangan sambil berdiri sahaja. Jadi pada sesiapa yang berpeluang berkunjung ke Kyoto pada musim autumn memang eden suggest tempat ni. Sebenarnya memang banyak lagi tempat-tempat manarik yang boleh dikunjungi seperti Kinkakuji, Ginkakuji, Imperial Palace, Kyomizudera dan beberapa tempat lagi di Kyoto pada musim luruh.
Blend of colour's di Kyoto Imperial Palace garden |
Romantic Train (summer time) |
Pokok momiji |
Jadi, pada keseluruhannya tempat-tempat yang eden pernah pergi memang menarik dan megujakan. Lepas ini eden boleh berkira-kira untuk mencari tempat lain pulak samada masih dalam Kyoto atau mungkin di luar Kyoto seandainya nak bertukar citarasa..hihi...Apa-apa pun kesimpulannya eden memang suka autumn dan begitulah juga pada orang Jepun yang tidak pernah jemu melawat walau pun di tempat yang sama setiap tahun kerana "Autumn always in my heart..."
Jya mata ne.....di dalam ruang borak @ my perpatih kissaten.
More photos @ Rynes Photobook
No comments:
Post a Comment