Wednesday, November 9, 2011

Al-Kisah

Salam to you all.

gambar hiasan

Hari ini sudah masuk hari yang ke dua musim sejuk kalau mengikut dalam kalender Jepun. Memang semalam cuaca agak berlainan sikit, agak sejuk atau samui dalam bahasa Jepunnya. Bacaan suhu semalam 11 darjah celcius berbanding hari-hari sebelumnya 16 dajah celcius ke atas. Tapi keadaan suhu boleh tutun naik bergantung pada keadaan semasa, kalau terik matahari, maka suhu akan naik kembali tapi kalau barangin dan cuaca mendung, suhu akan turun banyak juga. Tapi tak mengapalah, eden pun dah biasa dengan keadaan suhu turun naik ni, winter pada eden ialah masa untuk berkurung dalam rumah, kalau keluar pun hanya sekadar perlu  sahaja atau pun keluar bila suatu hari nanti teringin untuk main snow buat kali terakhir tahun ni.

Oklah, sebenarnya entry kali ni eden nak berborak lain sikit dari sebelum-sebelum ni. Eden nak bercerita satu kisah di Jepun ni. Pagi ni eden menonton  Hikari TV, ceritanya mungkin biasa-biasa sahaja tapi menarik. Eden sebenarnya jarang menonton movie Jepun ni, pasal tak semua ceritanya menarik minat untuk di tonton, tapi kalau kisahnya berkisar tentang masyarakat dan kehidupan orang di Jepun ini, memang adakalanya tak miss juga.


PART I

Begini kisahnya.......seorang lelaki, berasal dari keluarga yang sederhana dan bertugas sebagai sorang guru makmal di di salah sebuah sekolah menengah. Berkarektor sebagai seorang yang agak pemalu dan baik hati serta masih bujang. Suatu hari lelaki ini pergi ke sebuah Bar selepas waktu kerja dan di sinilah dia telah bertemu dengan seorang perempuan pelayan Bar atau GRO. Entah mengapa hatinya tiba-tiba tertarik dengan GRO ni tapi bukanlah kerana layanan yang diberikan. Dia merasakan ada keserasian antara dia dengan GRO ni, tapi bila mengenangkan tugas sebagai pelayan bar ni yang bukan untuknya seorang, jadi dia pendamkan niatnya. Selang beberapa hari berikutnya, setelah berfikir semasak-masaknya kerana inilah pertama kali dia 'jatuh cinta' dengan seseorang, maka dia pergi semula ke Pub berkenaan untuk berterus terang dengan perempuan tersebut akan niat hatinya. Malam tu bukanlah yang sesuai untuknya kerana perempuan berkenaan secara kebetulan terlalu sibuk melayan beberapa tetamu VIP. Pelayan ini memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat melayannya seperti biasa. So, kerana dia nak sangat berterus terang dengan perempuan ni dan sebenarnya ada hadiah "istimewa" yang di bawa untuk diberi pada perempuan ni maka dia tunggu sehingga habis kerja di luar Pub. Tapi hajatnya masih terbantut kerana pelanggan VIP tadi tu masih lagi menyewa perempuan ni untuk minum-minum di luar pula selepas tu. Si lelaki ini terus saja mengikut kemana saja VIP ni membawa perempuan tadi tu. Selepas tengah malam, VIP ini mengajak perempuan tadi balik ke hotel menaiki teksi, tapi perempuan ini menolak secara baik. So, VIP tidak puas hati dan naik berang lalu berlaku pertengkaran dan mujurlah polis lalu waktu itu dan mengarah VIP itu tadi beredar. Perempuan tadi berjalanlah pulang ke rumah tanpa disedari si lelaki ni tadi yang memerhati dari jauh menuruti dari belakang.

Lama-kelamaan perempuan ini tadi perasan ada orang mengikutnya dan bila di toleh ke belakang rupanya Sensei yang dikenalinya dulu mengikutnya. Oleh kerana perasaan marahnya pada VIP tadi masih belum reda, jadi beliau menyuruh si lelaki ini tadi jangan mengikutnya kerana menganggap semua lelaki sikapnya sama sahaja suka mengambil kesempatan. Si lelaki ini tadi cuba menenangkan dan dia berterus terang bahawa dia memang cintakannya dan ingin mengambilnya sebagai teman hidup. Si perempuan  ini tidak percaya dan minta lelaki ini berikan sebab untuk dia percaya akan niatnya. So, lelaki ni tadi lalu memberikan hadiah istimewa yang di bawa iaitu sepasang replika batu peringatan (batu tanda kubur la tu..atau batu nisan Japanese style) dan mengatakan bahawa cintanya kepada perempuan tu hingga ke mati. Kalau perempuan tu mati katanya, dia juga sanggup bunuh diri selepas tu. Perempuan itu akhirnya menerima lelaki (Sensei) tersebut dan bersetuju untuk tinggal bersama sebelum perkahwinan dilangsungkan. Sebagai ikatan kasih, perempuan tu menyimpan satu replika kubur dan satu lagi di simpan oleh lelaki tersebut.  Lelaki ini telah membawa perempuan ini berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persedia perkahwinan dan perempuan sudah tidak  bekerja sebagai GRO lagi. Maka bermulalah kehidupan antara mereka berdua selepas itu.



PART II

Kehidupan tak semestinya indah selamanyakan..? itulah terjadi pada mereka berdua setelah beberapa lama tinggal bersama. Suatu malam  perempuan ini telah mengadu sakit pada bahagian payudaranya, so keesokan harinya perempuan ni telah pergi ke hospital bersendirian untuk membuat pemeriksaan. Amatlah terkejutnya beliau bila doktor mengesahkan bahawa dia mengidap kanser payudara peringkat kronik kesan dari pembedahan untuk membesarkan dan  mencantikkan payudara yang di buat olehnya lama dahulu.  Doktor juga mengesahkan dia  hanya ada bebarapa bulan untuk hidup sekiranya tidak dilakukan pembedahan secepat mungkin. Perasaannya sungguh kecewa dan membuat keputusan tidak mahu berterus terang dengan kekasih hatinya kerana tidak mahu kekasihnya turut kecewa. Dia cuba menjalani hidup seperti biasa. Tapi sampai bila boleh sorok ye tak..? Suatu hari si lelaki ni pergi memeriksa peti surat dan ternampak satu kad panggilan pemeriksaan dari hospital perempuan ni. Amatlah terkejut apabila membacanya dan memarahi perempuan ni kerana tidak berterus terang dengannya. Si perempuan ini mengatakan bahawa dia tidak sanggup jika si lelaki mengetahuinya dan akan meninggalkannya kelak tapi dengan penuh emosinya lelaki ini berkata bahawa dia tetap berpegang dengan janjinya dulu. 

Selang beberapa lama selepas itu, pada hari yang baik yang ditetapkan selepas mereka berdua pergi ke tokong Jepun (Shrine), mereka akhirnya bernikah di tokong dan upacara pernikahan itu dilakukan oleh sami tokong berkenaan secara tertutup. Ibu-bapa lelaki ini tidak di jemput kerana tidak setuju anaknya berkahwin dengan perempuan GRO. Lagi pun ibu bapa lelaki ini telah ada bakal menantu pilihan mereka untuk anaknya. Suatu hari sakit kanser si isteri datang semula dan doktor menasihatkan agar dilakukan pembedahan segera. Si suami mengatakan masih tiada wang yang cukup untuk lakukan pembedahan dan sedang mengumpulnya dan berjanji akan datang ke hospital setelah berjaya mengumpul wang. Dalam memikir cara untuk mendapatkan wang itu, si suami secara kebetulan terbaca satu artikel akbar lama perihal cerita seorang lelaki yang sering menang berjudi lumba kuda. Si suami ini pun cuba menjejaki lelaki tersebut selama beberapa hari di gelanggang lumba kuda tempat beliau sering menang. Pada hari bila si suami ini ingin bertanyakan  kepada lelaki tersebut  akan tips-tips bagaimana untuk menang judi lumba kuda, alangkah terperanjatnya bila mendapat tahu lelaki berkenaan tidak lagi kaya dan sering pula kalah judi lumba kuda. Harapannya musnah dan kecewa bila bertemu lelaki tersebut dan lelaki itu juga tidak mahu membantunya kerana zamannya dan berlalu dan sekarang dia telah pun miskin. (minum pun dia minta si suami ni belanja..kan ke haru tu). Perasaan putus asa mula menyelubungi si suami dan suatu hari si suami pulang ke rumah dengan membawa satu tong minyak tanah. (gasolin) Apabila si isteri bertanya minyak apakah itu, si suami hanya mengatakan sebagai persediaan sahaja...............

Suatu hari si isteri diserang kanser kembali dan kali ini teruk dan terpaksa dimasukkan ke wad. Doktor mengatakan si isteri tidak berdaya lagi menahan kanser tersebut dan minta dipercepatkan pembedahan. Si suami minta di beri masa sedikit lagi untuk mengikhtiarkan sesuatu. Sejak hari itu, si suami tidak henti-henti pergi ke kuil untuk mohon bantuan tuhan...katanya...asal terjumpa saja tempat menyembah, dia akan berhenti untuk menyembah. Si suami juga setiap hari mencari maklumat dalam internet akan ubat-ubat yang terbaik untuk mengubati kanser isterinya. Itulah belum tentu ubat yang mahal boleh menyembuhkan kanser kan? sudah berhabis duit dengan membeli pelbagai ubat, si isteri masih lagi begitu. Entah bagaimana tiba-tiba si suami teringat semula akan judi lumba kuda dan anggapannya sekiranya dia bernasib baik, wang yang banyak akan dia perolehi sekiranya menang dan dapatlah dia membantu isterinya. So, judi tu tetap judilah...tak semestinya kita berjaya. Hendak dijadikan cerita, si suami ni asyiklah pulak kalah. Beribu yen duitnya habis (setiap satu race ialah Yen 10,000 diperuntukkan), hingga dia terpaksa meminjam wang dari rakan sekerja pula. Tengoklah bertapa bahayanya kerja judi nikan...? Hinggalah ke saat-saat dia hampir berputus asa, tiba-tiba muncullah si lelaki dahulu (bekas juara judi lumba kuda). Beliau mengatakan semasa zaman kegemilangannya dulu, beliau katanya tak pernah rasa putus asa berjudi..."teruskan...teruskan bertaruh.." katanya. Si suami tadi dengan sedikit wang yang tinggal teruskan bertaruh dan si lelaki tadi itu memberilah tips-tips yang membolehkan beliau menang dahulu....jeng..jeng...ndak dijadikan cerita, cerita jer...menanglah si suami ni tadi dalam race kuda yang terakhir, jadi berlari-larilah dia dan si lelaki ni ke hospital lepas tu.

Dalam hidup ni ada pro dan kontranya..ada baik dan burukya..ada benda yang kita dapat dan ada benda juga kita kena buang atau terima hakikat walau pun pahit. Itulah sampai sahaja di hospital, doktor memberitahu si suami yang isterinya sudah nyawa-nyawa ikan. Dah nak meninggallah tu...dengan perasaan hibanya, si suami berjumpa isterinya dan memohon maaf kerana lambat mendapatkan bantuan. Sisa-sisa nyawa yang terakhir si suami menghabiskannya dengan berbual-bual bersama isteri tercintanya....dan akhirnya si isteri menghembus nafasnya yang terakhir.............

scene semasa si isteri mati di sisi suami kat hospital

Selang beberapa lama selepas itu...suatu malam bila si suami ini pulang ke rumah, perasaan hatinya sungguh sepi dan sunyi sekali, jiwanya betul-betul kosong ketika kerana telah kematian isteri tercinta. Lalu dia mengambil tong gasolin yang di simpan di koridor rumah dan berbasikal terus ke tepi sungai. Sambil memasang lilin di tokong kecil yang di bina sendiri...dan berkata "aku akan tunaikan janji ku....." lalu mencurahkan gasolin tadi ke seluruh badannya dengan niat untuk membakar diri. Tidak tahu kenapa pemetik api yang di pasang tidak boleh membakar bajunya yang telah di curah minyak, berkali-kali dia cuba, namun tidak berjaya juga. Dia pun hairan kenapa...????? Tiba-tiba terdengar suara ketawa dan memarahi si suami tak jauh dari situ, rupa-rupanya si lelaki bekas juara judi lumba kuda ada di situ. Dengan berang lelaki itu memarahi perbuatan ingin membunuh diri kepada si suami tadi. Katanya minyak yang di curahkannya bukan gasolin yang sebenar kerana isterinya sudah pun menukarkannya. Si isteri amat sayangkannya dan tidak mahu dia mempersia-siakan hidup si suami hanya keana janji yang di buat. Si isteri meninggalkan pesanan kalau sayangkannya tolonglah belikan satu tanda khas untuk diletakkan di kuburnya sebagai tanda kenangan dan pesanya lagi kehidupan yang baik mestilah diteruskan untuk orang lain pula. So, keesokkannya si suami membeli satu ukiran kayu yang cantik yang pernah ketika dulu isteri berminat untuk memilikinya....Kisah itu di tamatkan dengan sambil berbasikal si suami membawa ukiran kayu berkenaan menuju ke kubur isteri dan apabila sampai tanpa disedari ada dua daun momiji di atas ukiran tersebut terbang di tiup angin ke udara.....nak mengambarkan apa, eden sendiri pun tak begitu pasti, tapi itulah yang membuatkan eden duduk lebih satu jam setengah tadi.....hihihi

Mungkin pembaca semua dapat mencari moral di sebalik kisah ini.....mana yang baik kita ikut, mana yang tak elok kita hindarkanlah.

* nota : kalau ada tersalah ulas mohon maaf dululah yer, (kalau ada yg dah tengok movie ni) maklumlah bukan semua apa yang dicakapkan dalam movie tu eden  dapat faham sebenarnya. Tapi jalan ceritanya begitulah.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...