Complete set |
Salam kepada pembaca semua.
Ehem...ehem, berhujung minggu lagi kita dan paham-paham sajalah mungkin you all semua dah tahu entry apa yang eden postkan..kan..kan..? Sebenarnya sejak Eidul Adha hari tu perut eden meragam dan terus meragam sampai hari ni, tapi sejak dua hari lepas rasa macam sudah agak berkurangan sikit. Dek kerana masalah tu eden terpaksa ubah slogan makan eden selama ni iaitu "makan biar banyak kali tapi sedikit-sedikit dan jangan pula makan sekali banyak..."
Kali ini menu dinner eden dan keluarga lebih kepada western style dan agak berat-berat juga. Fuhh...nasib baiklah selera eden bak kata orang tu masih 'mari' lagi walaupun eden tahu sekarang ni eden punya makan masih lagi dicatu takut perut terperanjat balik. Tapi tidak mengapalah, eden dah pegang slogan eden tadi so diharap perut ni paham..hihihi.
Ok, menu eden malam ni...potato and scallop gratin, lamb rib with pepper sauce, vegetarian pasta, roast beef (buat untuk anak yang tak berapa suka lamb) and salad. Boleh tahan... Cuma yang lamb rib tu eden belum pernah rasa lagi, jadi malam ni eden cubalah. Boleh tahan...yummy.
Roasted lamb rib |
Vegetarian Pasta (brinjal and carrot) |
Roast beef |
Potato and scallop gratin |
Salad |
Eden dengan sukacitanya turunkan resepi Potato and Scallop Gratin seperti di bawah.
Bahan-bahan.
- 3 biji kentang saiz sederhana besar di potong bulat halus seperti potato chip. (senang guna parut pemotong)
- 20 biji baby scallop (kalau saiz besar guna 7 biji memadai), kalau tidak suka atau tiada scallop boleh guna ikan atau udang.
- 1/4 labu bawang besar di slice halus.
- 1 mangkuk kecil parutan mozarella cheese.
- 2 sudu besar parutan cheddar cheese.
- 1 paket serbuk mushroom sup dilarutkan di dalam 1 mangkuk kecil air.
- 1 cawan susu rendah lemak.
- 1 sudu besar butter.
- 1 sudu besar tepung gandum.
- Perasa - garam dan lada hitam secukup rasa.
Cara membuatnya.
Bahagian A. (kita panggil ini scallop cream)
- Panaskan periuk dengan api sederhana, cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati
- Masukkan serbuk mushroom sup yang sudah di campur air. Kacau sebentar
- Campurkan susu dan kacau sehingga pekat
- Masukkan scallop, biarkan 30 saat
- Masukkan garam dan lada hitam secukupnya
- Padam api dan ketepikan
Bahagian B.
- Ambil mangkuk yang tahan dibakar dalam oven, sapukan mentega
- Susunkan kentang yang telah dihiris sebagai lapisan bawah dan taburkan bawang serta serbuk lada hitam (jika suka) diatasnya.
- Tuangkan 1 hingga 2 senduk scallop cream diatas lapisan kentang tadi
- Taburkan mozarella cheese secukupnya mengikut suka
- Letakkan lapisan kentang yang kedua menutup scallop cream tadi, susunkan bawang sedikit dan tuang 1 hingga 2 senduk scallop cream lagi
- Taburkan mozarella cheese lagi secukupnya
- Ulang membuat lapisan kentang yang terakhir seperti yang telah diterangkan di atas.
- Setelah dituangkan scallop cream yang terakhir, taburkan mozarella cheese yang terakhir
- Di atas mozarella cheese tadi taburkan cheddar cheese pula
- Bakar pada suhu 200 degree celcius selama 30 hingga 35 minit
- Biarkan sejuk sedikit sebelum di makan
No comments:
Post a Comment