Wednesday, November 16, 2011

Negara Obes...?

Salam kembali.

Sekarang ni di tempat eden suhu dah semakin turun, paling ketara di waktu tengah malam membawa ke pagi, below 8 darjah ke bawah...Di bahagian utara kepulauan Honshu ni dan Hokkaido sudah pun merasa snow. Tempat eden lambat lagi, biasanya hujung bulan December membawa ke January tahun depan. Dalam keadaan cuaca sejuk-sejuk ni perbuatan yang sering sinonim dengannya ialah perut lapar dan makan. Sejuklah katakan, sebab itu dalam musim sebegini biasanya stok makanan dekat rumah sentiasa ada saja. Kalau tak ada akan diadakan juga..hihi. Apa nak buatkan...?

Dalam bercerita pasal makan ni, eden semalam dan mungkin juga anda semua ada membaca petikan berita akhbar Utusan Malaysia yang memaklumkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik berhadapan masalah obesiti di kalangan penduduk. Antara punca masalah itu sebagai mana yang di ungkapkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin adalah kerana dari pengambilan gula yang berlebihan. Fuhh..no.1 tu....dan persoalannya adakah kita berbangga kerananya..? Confirmlah tidak kan? Sebenarnya banyak sebab mengapa penduduk Malaysia amat terdedah dengan obesiti ni, salah satunya sebabnya adalah cara pemakanan dalam kehidupan dan kurangnya sikap keperihatinan kita terhadap risiko pengambilannya secara berlebihan. Isu utama yang di bangkitkan itu ialah berkenaan pengambilan gula. Menurut  kajian tentang pengambilan gula di kalangan orang dewasa sebelum ini, didapati jumlah pengambilan mencecah 51 gram berbanding yang disarankan sebanyak 50 gram oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita nampak bezanya tidaklah banyak, tapi impaknya adalah tidak bagus kerana telah lari dari saranan yang sepatutnya iaitu tidak melebihi 10 sudu teh sehari. Sebenarnya  dari segi jumlah minuman ini saja sebenarnya kita telah melebihi saranan WHO, itu kita belum sentuh lagi makanan yang lain selain gula yang boleh meningkatkan obesiti dikalangan kita. Jadi wajarlah pada eden agar kerajaan meneruskan kempen cara hidup sihat ni tapi apa yang lebih penting ialah sikap kita sendiri agar berpada-pada mengambil  makanan yang boleh mendatangkan obesiti ni.

Sebagai contoh eden ambil sikitlah kat Jepun ni, bukannya tak ada rakyatnya yang obes..ada, cuma jumlahnya amatlah berkurangan. Apa yang eden pandang kebanyakan mereka memang amat menjaga dari segi pemakanan. Sebab itulah eden dapati dan tengok ada antara mereka yang telah berumur melebihi 70an ke atas  pun masih mampu bergerak cergas dan sihat tubuh badan. Mereka yang sihat ini biasanya mengamal pemakanan yang seimbang dan sihat. Mereka kurang mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula berlebihan atau sebagainya.

Eden rasa kita masih belum terlambat lagi untuk tidak terus menjadi juara dalam peningkatan obesiti ni. Biarlah kita menjadi juara untuk kategori yang baik-baik yang penting kawalan dalam diri kita mesti ada. Tidak salah nak minum teh tarik hari-hari atau makan benda yang berlemak (tapi bukan hari-harilah), yang penting kawalan. Memang diakui Malaysia memang mewah dengan aneka makanan yang hebat-hebat tapi janganlah pada masa yang sama negara kita juga mewah dengan orang-orang yang obesiti ini. Kurangkanlah dan itu juga yang eden nasihatkan pada diri sendiri.


Sehingga berjumpa lagi di ruangan Borak Corner @ My Perpatih Kissaten.


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...