Eden secara semulajadinya memang suka akan doughnut, apa jenis sekali pun memang tak miss punya. Tapi taulah saja di Jepun ni kan, tak semua doughnut di kedai tu kita boleh makan. Macam-macam yang dicampurkannya, yang ada pun satu-dua jenis je mungkin yang boleh di makan. Itu cerita kalau membeli, pada eden buat sendiri lebih puas serta menguntungkan. Selain boleh buat sebanyak mana yang kita suka dan boleh sejuk-bekukan dalam freezer pula kalau ada lebih. Jadi petang ni untuk tea time eden ringan-ringankan tangan membuatnya. Sebenarnya sebelum ni memang eden dah pernah buat doughnut ni beberapa kali dah, ingredient nya eden letak yang basic-basic jer. Kali ni pun basic juga, cuma eden try letak Shortening pula (vegetable base) untuk kasi lebih lembut. Tadaa..
|
Doughnut yang pelbagai saiz (maklumlah hand made) |
|
Petang nan indah - makan doughnut dengan teh DIANA |
No comments:
Post a Comment