Complete dinner menu |
Hujung minggu memang masa yang eden paling suka. Bukannya apa, di hujung minggu atau hari cutilah eden rasa sedikit tenang dan tak kelam kabut sangat. Yalah, pada hari biasa tu macam-macam nak difikir dan dibuat, fikir apa nak masak hari nilah, besok bento (bekalan makanan anak ke sekolah) apa nak di bawa, kena bangun awal nak buat preparation sekolah, last check homework anak, apa yang patut bawa hari tu dan macam-macam lagilah. Itulah kadang-kadang di waktu pagi tulah eden rasa diri ni kena jadi 'ultra superdad' hehe...sebenarnya itulah rutin eden masa weekdays.
Jadi sebab itulah di hujung minggu eden rasa lebih bertenang sikit pasal tak perlu fikir perkara-perkara tadi tu dan kalau nak fikir bab masak time ni eden rasa relak jer. Hari ini family kami makan Baked potato with cheese, Salmon korokke, pizza dan salad. Oh ya, hari ni ni eden memang nak kongsi sikit pasal menu dinner yang eden dan family nikmati sebentar tadi. Macam biasa jugalah sebagai mana yang eden kabarkan sebelum ni, di hujung minggu adalah hari tanpa nasi dan rasanya ia akan jadi trademark. Hari ni eden rasa amatlah berbangga sekali pasalnya eden hari ni try buat menu baru, konsep western. SALMON KOROKKE, itulah nama menu yang eden ciptakan. Di sini eden perturunkan bahan-bahan dan cara membuatnya.
Salmon Korokke (untuk makan 5 orang i.e 5 biji)
Bahan-bahan.
- Tauhu lembut (saiz 2 inci x 2 inci)
- 1/2 biji carrot - parut sederhana kasar atau potong halus memanjang.
- 1 biji kentang rebus
- Ikan salmon (saiz 2 inci x 3 inci) tanpa kulit. Boleh juga gunakan lain-lain jenis ikan yang bewarna putih.
- Perasa - garam dan lada hitam ikut rasa
- Sebiji telur
- 1/2 mangkuk bread crumb
Cara membuatnya.
- Ambil mangkuk, masukkan tauhu putih dan hancurkan dengan garpu. Masukkan pula kentang yang telah di rebus tadi dan hancurkan juga dengan garpu
- Campurkan parutan carrot ke dalam adunan tauhu dan kentang tadi, tambahkan garam dan lada hitam secukupnya. Gaul rata. (kita panggil ini adunan A)
- Potong ikan salmon kepada 5 potongan dan ketepikan.
- Pecahkan telur dan pukul sedikit macam nak buat telur dadar, ketepikan.
- Sekarang ambil adunan A, leperkan di atas tangan dan masukkan sepotong ikan salmon. Tutupkan ikan tadi dan bentuk-bentukkan ikut suka samada bentuk bulat atau lonjong (oval)
- Sadurkan korokke (kita panggil sekarang) yang telah di bentuk tadi dengan telur dan golekkan dengan bread crumb sampai betul-betul bersalut kesemuanya. Buat sampai habis.
- Panaskan minyak atas api sederhana dan goreng sampai warna bertukar keemasan.
Salmon Korokke (golden) |
The inside of salmon korokke |
Menu 2.
Baked potato with cheese.
Bahan-bahan.
- Kentang saiz kecil/sederhana 2 biji (terpulang sekiranya mahu lebih)
- 2 sudu besar grated mozzarella cheese
- 1/2 sudu teh daun parsely (fresh) atau sekiranya tiada boleh juga guna jenis dried parsely
- Sedikit olive oil/minyak zaitun untuk di renjis atas kentang
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Cara membuatnya.
- Renjiskan olive oil di atas kentang(jangan buang kulit)
- Bakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah celsius
- Keluarkan dan sejukkan sekejap
- Belah sedikit kentang tadi (jangan sampai putus -seperti tanda X)
- Kupaskan kulit di bahagian yang di belah tadi, gebukan bahagian yang telah dibelah dengan menggunakan garpu (kuis-kuiskan dengan garfu tadi).
- Taburkan cheese di atas kentang (di bahagian yang digebukan), taburkan sedikit lada hitam dan letakkan juga daun parsely
- Bakar semula pada suhu 150 darjah celcius selama 5 minit.
Baked potato with cheese |
Kalaulah eden enjoy dish ini, eden rasa ramai tentu sukakan dish ini juga. Cubalah, untuk kelainan ya.
..by rynes..2007 - 2013
No comments:
Post a Comment