Minggu ini eden memang banyak masa sikit. Jadi macam-macam yang terfikir nak buat. At last eden teringat ada satu segmen masak-masak dalam channel NHK dua tiga hari sudah pasal menu membuat sotong sumbat. Nampak menarik dan menyelerakan, jadi eden terfikir nak mencuba pulak sebagai dinner malam ni. Terima kasih kepada chef Jepun tu kerana kongsikan menu sotong sumbat ni dan eden pula berbesar hati nak kongsi dengan pembaca semua.
Sotong Sumbat Japanese style |
Sotong Sumbat.
- 2 ekor sotong saiz besar - dibersihkan dan di buang kulit manakala bahagian sesunggut/kaki dicincang
- 1/4 labu bawang besar di cincang halus.
- 1/2 biji carrot di parut atau di cincang halus.
- 4 biji cendawan shitake (atau lain-lain jenis cendawan yang disukai pun boleh) - dicincang halus. Sekiranya gunakan cendawan kering hendaklah direndam terlebih dahulu hingga kembang sebelum di cincang.
- 1/2 keping tauhu lembut dilumatkan
- Perasa - garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- 2 batang pencungkil gigi
- 4 sudu besar minyak untuk mengoreng
Bahan untuk sos.
- 2 biji bawang putih
- 2 biji bawang merah kecil
- 1/2 inci halia
- 1/2 cawan tomato puree
- 1 sudu besar cili kisar
- Perasa - garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan air
- minyak untuk menumis
Cara membuatnya- Sotong sumbat
- Ambil mangkuk dan campurkan semua bahan yang telah di cincang iaitu bawang besar, carrot, sesunggut/kaki sotong, tauhu dan cendawan. Campurkan perasa dan di gaul rata- ketepikan.
- Sumbatkan bahan campuran tadi ke dalam sotong dan tinggalkan sedikit ruang di bahagian mulut/atas untuk diselitkan pencungkil gigi. (rujuk foto)
- Panaskan minyak dan goreng sotong sumbat tadi separuh masak. Balik-balikan supaya tidak hangus.
- Keluarkan sotong sumbat tadi dan ketepikan
goreng dengan minyak yang sedikit |
Sosnya.
- Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau
- Setelah itu masukkan cili biar sekejap dan masukkan pula tomato puree dan air
- Biar menggelegak sebentar kemudian masukkan sotong sumbat tadi. (rujuk foto)
- Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga kuah kering sedikit. Anggaran dalam 15 ke 20 minit. Jangan lupa untuk balik-balikkan sotong sumbat tu tadi ketika memasak.
- Bila kuah hampir kering masukkan pula perasa dan tutup semula.
- Bila kuah sudah hampir kering keluarkan dan sedia untuk di hidang.
Sotong sumbat yang telah pun masak |
Selamat mencuba dan menikmatinya. Sodap.....
..by rynes
No comments:
Post a Comment