Salam kembali.
Sebenarnya dah lama Sey nak masukkan entry pasal Geisha di Kyoto ni tapi malangnya eden sebenarnya tak banyak sangat sumber yang boleh Sey dapat. Walaupun namanya dah lebih tiga tahun eden tinggal di Kyoto ni, boleh dikira dengan jari berapa kali eden terjumpa dengan Geisha atau Maiko ni. Untuk makluman ringkas pembaca semua, sebenarnya bukannya mudah untuk berjumpa Geisha melainkan kita 'membayar' sejumlah Yen atau terserempak, itu pun nasib. Seperkara lagi Geisha ni tidak berapa senang kalau gambarnya di ambil, melainkan dengan kebenaran penjaga mereka. Apa-apa pun peluang untuk bergambar dengan Geisha amatlah di nanti-nantikan kerana Geisha atau Maiko (geisha yang di dalam latihan) ni merupakan ikon utama wajah Kyoto. Sebut saja pasal Kyoto yang akan keluar di mulut dulu adalah Geisha. Kyoto merupakan satu-satunya wilayah yang sehingga kini mampu menghasilkan kelompok geisha asli. Sey sebenarnya pernah terserempak dengan maiko/geisha di kawasan Kyoto Gion, kawasan di mana ramai diantara mereka beroperasi.
Info yang Sey tulis ni ni adalah lebih tepat berbanding pengetahuan eden yang terbatas . Ini kerana maklumatnya yang datang daripada penjaga geisha itu sendiri. Di bawah adalah cerita yang ditulis oleh Ahmad Syukran Zainuddin (Akhbar KOSMO) tentang wanita geisha di bandar Kyoto (dipendekkan dari cerita asal beliau).
Info yang Sey tulis ni ni adalah lebih tepat berbanding pengetahuan eden yang terbatas . Ini kerana maklumatnya yang datang daripada penjaga geisha itu sendiri. Di bawah adalah cerita yang ditulis oleh Ahmad Syukran Zainuddin (Akhbar KOSMO) tentang wanita geisha di bandar Kyoto (dipendekkan dari cerita asal beliau).
Foto Geisha (sumber sendiri) |
"DENGAN mata tertutup, dia menarik nafas panjang. Kemudian, jari-jari runcingnya pantas menari di antara tali-tali yang menjadi salah satu elemen penting instrumen muzik tradisional masyarakat Jepun, shamisen. Suara serak-serak basah mula keluar daripada bibirnya yang dioles dengan gincu nipis. Penuh asyik, dia yang lebih dikenali dengan panggilan mama-san mengalunkan lagu berirama melankolik. Lagu bertajuk Momiji-no-hashi (Bridge of Maple Leaves) dan Gion Kouta (Empat Musim) seakan-akan menyihir setiap tetamu yang ada di dalam bilik kecil itu.
Nyanyian wanita yang saya fikir berusia lewat 60 tahun itu disambut dengan tarian gemalai dua orang anak didiknya. Dalam persalinan kimono berwarna biru dan hijau, mereka mula menggerakkan tubuh mengikut ritma. Pergerakannya cukup lembut dan terlatih.
Walau tidak faham sepatah apa pun yang dinyanyikan, setiap mata terpaku pada dua sosok tubuh dan wajah yang putih melepak disolek tebal. Ingin saya perbetulkan persepsi serong anda, jika ada.
Geisha sebenarnya sering disalahertikan dengan sesuatu yang bersifat negatif, sedangkan mereka hanyalah penghibur dan peneman pada majlis-majlis keraian. Memang benar 'garis' antaranya amat kabur, tetapi tiada sebarang adegan panas dipersembahkan pada malam itu."
Tarian Geisha |
TIDAK ramai anak gadis Jepun yang sanggup menjadi geisha dalam erti kata sebenar. Geisha ada yang mahir bermain alat muzik tradisional Jepun seperti Shamizen dan dram Jepun, menyanyi, menari dan menghidangkan teh dalam upacara tradisional. Ada wanita geisha mengakui sukar menyesuaikan diri dengan pantang-larang sebagai seorang geisha dan menguasai dialek Kyoto (atau dikenali sebagai Kansai ben). Antara pantang-larang sebagai seorang wanita geisha ialah rambut mesti dijaga rapi, dan kuku tidak boleh dibiarkan panjang.
Kyoto cukup dikenali sebagai lokasi terhimpunnya pelbagai warisan budaya masyarakat Jepun, kuil dan istana shogun (pintu masuk Nijo Castle) |
Bayaran yang dikenakan bagi menyaksikan persembahan geisha selama dua jam ialah sekitar AS$1,000 (RM3,500) hingga AS$1,500 (RM5,250) yang melibatkan dua orang geisha. Percaya atau tidak, untuk menjadi geisha, seseorang itu perlu mengikuti pengajian selama tempoh lima tahun yang penuh dengan kokurikulum seperti menulis kaligrafi, menghidang teh dalam majlis-majlis rasmi, menggubah bunga, bermain instrumen muzik seperti shamizen, dram Jepun, menari, dan menyanyi. Setelah tamat latihan, barulah boleh menjadi geisha profesional. Seperti juga kita nak masuk ke universiti, bukan semua gadis atau wanita boleh menjadi geisha kerana hanya yang layak sahaja boleh mengikuti latihan.
Selain kecantikan fizikal, karakter yang menarik dan bijak menghiburkan pelanggan merupakan antara kriteria utama untuk menjadi seorang geisha. Untuk menjadi seorang geisha, gadis-gadis itu perlu mencari agensi atau mama-san di Kyoto.
Mama-san asyik memetik shamisen melagukan lagu Momiji-no-hashi dan Gion Kouta |
Geisha yang kami jumpa di Arashiyama (sumber sendiri) |
Sekian, sedikit cerita tentang Kyoto bagi yang berminat.
..rynes @ Uji, Kyoto
No comments:
Post a Comment