Saturday, December 15, 2012

Hello Penang....sambungan.


15hb Disember, 2012

Besok selepas subuh sey dan keluarga akan bertolak ke Penang dan Kulim, Kedah untuk beberapa hari. Di Kulim nanti sey pergi untuk memenuhi jemputan majlis makan malam rakan sey semasa di Kyoto dulu sempena perkahwinan beliau pada 9hb Disember  yang lalu.

Penang kali kedua sey datang ni selepas 5 tahun. Emm harap-harap mungkin dah banyak perubahan agaknya. Pada asalnya sey memang tidak plan pun nak pergi sini pasalnya sey try cari negeri lain dulu sebenarnya. Tapi kerana majlis rakan sey tu dekat Kulim dan tak jauh dari Penang so sey pilihlah Pulau Mutiara ni. Dulu masa sey pergi Penang masih di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dan sekarang ni telah di bawah penguasaan Parti DAP dari pihak pembangkang.

Apa-apa sajalah asalkan semuanya baik dan sey tetap bangga sebagai anak Malaysia. Nanti sey ber'story'lah sikit kot pasal Penang ni, manalah tahu mungkin ada benda-benda yang interesting pula kan? InsyaAllah.

Jya mata.......


Monday, December 3, 2012

Oh Terowong


Laporan Akbar Utusan Malaysia hari ini 3hb Disember, 2012.

Terowong runtuh, 5 maut


PASUKAN penyelamat dan anggota polis berkumpul di luar terowong Sasago, 80 kilometer barat Tokyo 
selepas sebahagian terowong itu runtuh, semalam. - AFP


KOSHU 2 Dis. - Sebuah terowong lebuh raya sepanjang lima kilometer di Jepun runtuh, hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan tujuh orang lagi dilaporkan terperangkap.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi ini di terowong Sasago di Lebuhraya Chuo, Yamanash, kira-kira 80 kilometer ke barat Tokyo itu, turut menyebabkan sejumlah kereta rosak dan mencetuskan kebakaran.
Saksi berkata, asap tebal kelihatan akibat sebuah kereta terbakar ekoran runtuhan terowong berkenaan.
Pasukan penyelamat Jepun turut menemui beberapa cebisan mayat.
Operasi mencari dan menyelamat kemudian terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam selepas pasukan jurutera memberi amaran lebih banyak runtuhan dijangka berlaku.
Pasukan kecemasan yang dikejarkan ke tempat kejadian turut mengalami kesukaran akibat asap tebal yang menghalang laluan masuk ke terowong itu.
Berpuluh-puluh pengguna lebuh raya itu meninggalkan kenderaan masing-masing dan berlari keluar melalui satu daripada laluan kecemasan sebelum berkumpul beramai-ramai.
Krew kecemasan yang dilengkapi alat bantuan pernafasan turut mendapati panel konkrit sepanjang 70 meter telah jatuh menghempap sekurang-kurangnya dua buah kereta.
Beberapa jam selepas kejadian itu, pasukan jurutera memberi amaran tentang keadaan struktur terowong yang mungkin tidak stabil, menyebabkan operasi menyelamat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pasukan pakar membuat pemeriksaan risiko runtuhan susulan.
Operasi mencari dan menyelamat disambung semula selepas pemeriksaan dibuat.
Seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan hilang setakat ini dan jumlah sebenar mangsa kejadian masih belum dapat disahkan.
Katanya, tiga mangsa yang cedera termasuk seorang wanita berusia 28 tahun, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut wanita itu, dia menaiki sebuah van yang disewa bersama lima penumpang lain ketika kejadian itu berlaku.
"Saya tidak tahu apakah nasib penumpang lain. Saya juga tidak tahu sama ada banyak kenderaan yang berada di hadapan dan di belakang van yang saya naiki," katanya. - AFP

Memenatkan diri di MAHA

Bersua kembali.

Solamat pagi dan salam sojahtro kepado pombaco sokolian. Sey haghap pombaco sumo sehat hondak eh terutamo yang kek Malaysia keghano apo paghi ni kotiko sey monulih cuaco mang baik dan coghah sokali. Tapi bolah potang nanti tak taulah pulak doh. Maaplah yo pasa sey mulokan bermukadimah kali ni gan bahaso loghat nogoghi jadi... rasanya tak perlulah anda cuba untuk guna google translate pasal di khuatiri google pun tak boleh nak pastikan bahasa apa ni...hihi.




OKlah, kita pulang semula ke pangkal jalan....Semalam sey meluangkan masa bersama keluarga pergi ke  MAHA International 2012 anjuran Kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.(Klik : MOA) dan (klik :MAHA)

 MAHA atau nama penuhnya Malaysian Agriculture, Horticulture And Agrotourism International Show (maaiii....berbelit juga lidah nak menyebutnya) Telah berlangsung sejak 23hb November dan tamat pada 2hb Disember, 2012 (semalam la ni...), bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dengan tema "Tranformasi Pertanian Melalui Innovasi". Pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta telah mengambil bahagian dalam event ni. MAHA kali ini di kira yang terbesar dianjurkan di mana ia juga telah melibatkan beberapa agensi dari luar Malaysia yang memperkenalkan produk-produk keluargan negara mereka.


Selamat datang ke MAHA International 2012


Sebelum ni pun sey memang ada pergi ke event MAHA ni tapi yang kecil saja anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan bila pihak kerajaan menganjurkan MAHA International ni memang sey tak lepaskan peluang. Sey suka pergi di hari terakhir pasal banyak kelebihan dan keuntungannya dimana kita akan dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah dari sebelumnya. Kalau datang pada sebelah malamnya lagi best kerana mungkin kita akan dapat diskaun hingga lebih 50% ketika membeli. Apa tak nya, banyak kiosk yang akan meng'clear'kan jualan mereka secepat mungkin sebelum tirai MAHA dilabuhkan. Tapi kalau pergi di hari terakhir ni pun ada yang tak bestnya pulak, contohnya ni......


dan ni...


serta ini...



Memang agak merimaskan. Ingatkan sey seorang saja yang bijak dengan buat 'plan' datang pada hari terakhir, rupanya ramai lagi yang pandai juga.....sungguh-sungguh ramainya orang waktu tu, nak masuk untuk mencari parking kereta pun susah cakaplah memang kena beratur panjang dan agaknya kalau En. Siput datang pun mungkin agaknya dia yang sampai dulu dan banyak dah shopping.

Apa yang ada di MAHA ni dan apa istimewanya?


Banyak dan cukup memberi info yang berguna kepada orang ramai yang datang. Di MAHA ini bukan hanya kita boleh melihat produk-produk pertanian sahaja dan keluarannya malah segala benda yang ada hubung kait dengan industri tani ini dipertontonkan. Sebagai contoh produk minuman dan makanan dari hasil tanaman, mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkannya, teknologi-teknologi yang telah diguna-pakai untuk penghasilan produk bermutu, produk yang boleh difrancaiskan dan pelbagai lagilah. Selain itu kita juga boleh mendapatkan maklumat tentang bagaimana cara untuk menceburi bidang yang berasaskan industri tani ini, produk apakah yang punyai daya saing dalam pasaran, kemudahan-kemudahan khidmat nasihat dan kewangan dan banyak lagi. 

Semuanya ini boleh kita dapati dengan mengunjungi kiosks-kiosks seperti produk PKS, MADA, KADA, FELDA, FAMA, Jab. Pertanian, Jab. Perikanan, Verterinar, LPP dan Universiti Pertaniaan Malaysia (UPM) sendiri serta banyak lagi manakala untuk nasihat kewangan pula Tekun dan Agro Bank boleh membantu. 'Anchor' bagi event ini sudah semestinya MARDI yang mana agensi  inilah yang banyak membuat penyelidikan serta merancana perihal semua produk pertanian untuk dijadikan hasil industri seterusnya dipasarkan ke dalam negara mahu pun ke luar negara.





Makcik yang hebat, goreng pisang cuma gunakan tangan saja

Jadi secara kesimpulannya MAHA ini sememangnya merupakan satu event yang amat memberi mafaat sekali dan kita patut lawatinya. Sey ucapkan syabas kepada penganjur kerana berjaya dengan jayanya menganjurkan event sebesar ni. Ada banyak perkara yang boleh dikupas dalam MAHA ini tapi sey tak dapatlah nak ulaskan kerana terlalu banyak bendanya. Datang melihat sendiri itu lebih baik rasanya, lagi pun ianya dianjurkan setahun sekali sahaja jadi memang rugi rasanya kalau kita tidak berpeluang untuk datang ke sana. MAHA pada sey ialah 'One Stop Centre' untuk segalanya yang kita inginkan dalam bidang industri tani ini. 





Kerana tempat ini terlalu besar jadi kemudahan penggangkutan percuma
disediakan kepada pengunjung


Penat tu memang penat tapi rasanya berbaloi sebab macam-macam ada walaupun tak banyak tangkapan yang dapat. Itu pun round dua tiga hall sahaja. Rasanya kalau sey khatam semua mahu sey keluar sambil merangkak menuju ke parking agaknya. Tambahan pula kalau bawa budak-budak kecil lagilah cabarannya kuat. Kepada para peniaga yang berniaga di luar venue MAHA (sey tengok punyalah ramai) moga anda sekelian senyum telah berjaya menambah pendapatan luar biasa sepanjang 2 minggu event ini berlangsung. 

Semoga berjumpa lagi dalam MAHA 2013 pula selepas ini. Jya mata....



Wednesday, November 28, 2012

Melaka Sey Datang...

Salam kembali.

Sekarang ni boleh kata hari-hari cuaca di tempat sey ni hujan sahaja. Mungkin bukan tempat sey saja malah negeri lain pun sama, cuma mungkin beza kerap atau lebat ke tidak hujannya. Yalahkan kalau dalam kalendar Malaysia ni kalau masuk je bulan November hinggalah Disember memang sinonim dengan bulan datangnya musim tengkujuh. Akan tetapi sey rasa kali ni musim hujan agak panjang dan dengarnya akan berlarutan ke pertengahan Januari hingga Mac tahun depan. Rujukan MOSTI

Dan di hujung-hujung tahun ini juga sebenarnya sekarang kat Malaysia ni orang sedang berlumba-lumba mengadakan majlis perkahwinan. Memandangkan ianya juga merupakan cuti persekolahan bagi semua sekolah di Malaysia. Sebab itu ramai yang mengambil peluang mengadakan majlis-majlis sedemikian. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja jemputan yang datang dan kadang-kadang sey pun rasa kesian juga bila mana kalau majlis tu berlangsung di dalam keadaan hujan yang lebat terutama yang mengadakan majlis di rumah sendiri.  Bagi yang mengadakan majlis di dalam dewan mungkin kurang sikit cabarannya.

Bila menghadiri majlis ketika dalam kehujanan ni teringat sey masa kat kampung dulu. Bezanya majlis di taman-taman perumahan dan di kampung amat ketara sekali. Kalau di taman-taman perumahan mungkin cuma setakat basah sedikit dek air hujan saja tapi kalau di kampung tu emm...siap becak lumpurnya dan jangan haraplah nak pakai cantik-cantik time tu, mesti akan terpalit lumpur punya. Tapi sebenarnya best walau pun sedikit sukar.

OK...hari tu (20hb hingga 22hb November) sey dan keluarga pergi cuti-cuti Malaysia. Tempat yang sey pergi jauhhhhhlah sangat, jiran sebelah Melaka. Hi..hi..hi..Melaka lagi ye tak..? Hari tu rasanya memang sey dah pergi pun, ni kira kali kedualah ni selepas balik. 

Sey sebenarnya bukanlah merancang lama nak datang bercuti ke Melaka lagi. Isteri sey ada kursus anjuran pejabatnya selama dua hari di sana dan duduk di hotel 5 bintang pulak. Jadi......sey pun 'monyolam' sambil minum airlah. Bilik free ye tak..? jadi tak kan lah nak sia-siakan begitu je....Sebenarnya memang banyak kali sey mengikuti isteri sey dalam  trip-trip sebegini tapi ianya bergantung pada bilik yang macam mana isteri dapat juga dan berapa lama pula kursusnya. Iyalahkan...disamping isteri sey sibuk berkursus sey dan anak-anak dapatlah juga bercuti di tempat orang dengan perbelanjaan yang berhemah. 

Tapi hakikatnya sey memang suka Melaka pun, antara sebuah negeri yang pesat pembangunan budayaloginya. Kesan-kesan tinggalan sejarahnya sudah cukup untuk menarik minat orang ramai datang berkunjung ke sana. Melaka tidak perlu tercari-cari tapak untuk bagaimana hendak menarik orang datang, pada sey dengan mengetahui dan membacanya akan sejarahnya saja  pasti orang akan teruja untuk mencungkil dan melihat dengan secara lebih dekat apa yang ada di sana. Bertuahnya juga Bandar Hilir kerana tidak menyusahkan para pengunjung untuk bergerak jauh-jauh, Jongker Walk, Istana Lama Melaka, Gereja St. Paul, Muzium Kesenian Islam, A Famosa, Muzium Samudera, Kampung Morten, Muzium Baba dan Nyoya, Menara Taming Sari, River Cruise serta becanya yang ber'decorate indah' dan banyak lagi tempat menarik semuanya dalam "within the area" saja.




Jadi tidak hairanlah mengapa Melaka menerima jolokan sebagai bandaraya bersejarah dan apa yang penting pada pandangan sey...walaupun Melaka hanya sebuah negeri yang kecil, tapi apa yang dipertontonkan semuanya yang besar-besar belaka. Itulah yang membuatkan Melaka tampak hebat seperti kisah lagenda Hang Tuahnya.

Welcome to Melaka....








Wednesday, November 14, 2012

Salam 1434 Hijrah.

Salam semua.


Kurang 8 minit (waktu Malaysia) saja lagi kita akan melangkah  ke tahun baru 1434 Hijrah dalam kalendar tahun Islam dan seperti kebiasaannya Awal Muharam akan disambut diseluruh negeri di Malaysia. Berkisah pada sambutan Awal Muharam ini atau juga dikenali dengan Maal Hijrah pada perkiraan sey ramai pembaca sekelian telah lebih maklum akan cerita atau sejarah yang berlaku di dalam bulan berkenaan. Oleh itu rasanya tidak perlu sey menghuraikannya kerana kita boleh memperolehi bahan atau maklumat tentang bulan bersejarah ini di laman-laman sesawang, blogger serta portal-portal rasmi kerajaan melalui  carian terus dari Google.

Cuma apa yang penting disini ialah cara bagaimana kita menghayati dan mendalami erti penghijrahan sebenarnya dalam kontek kita sebagai umat Muhammad saw di arus moden ketika ini. Cara mana kita hendak melangkah dan bagaimana kita hendak memulakannya, masih lagi menjadi persoalanannya pada setengah orang walhal mereka sedar yang Awal Muharam itu sentiasa menyapa mereka setiap tahun. Jadi kiranya amatlah rugi bagi orang-orang yang tahu akannya tetapi tidak menghayati intipati yang terkandung di sebalik kedatangan bulan tahun baru islam ini. Tapi nak buat macam mana kan pasalnya kebanyakkan kita lebih memberi tumpuan pada kalendar Masehi ni dari Hijri. Tapi sey yakin umat islam sekelian tidak pernah pun lupa akan bulan-bulan islam ini cuma sebahagiannya saja yang mungkin teralpa seketika dek kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. Agaknyalah....

Untuk diri sey, sey amatlah berharap pada tahun baru ini sey dapat memperbaiki diri dan kehidupan sey dari  baik kearah lebih baik selepas ini. Sey tak hendak yang hebat-hebat tapi kalau Allah bagi yang hebat tu  ia merupakan bonus yang paling bernilai pada sey. Memadailah kalau apa yang sey lakukan selepas ini dapat  memberi keselesaan dan kebahagian kepada sey dan keluarga. Pada pembaca semua sey ucapkan selamat tahun baru Hijrah semoga anda semua juga peroleh kebahagian dunia dan akhirat. Ameen.

Jya mata....

Saturday, October 13, 2012

Kisahnya hari tu.

As Salam....

Rumah impian sey

Lama pulak rasanya sey tak ke udara...yalah macam-macam hal yang berlaku sejak kebelakangan ni kat diri sey. Yelah kan...sekiranya sesuatu perkara itu memang dah tertulis sejak azali lagi maka setiap kejadian yang berlaku itu memang tak dapat di elakkan melainkan dengan doa. Tapi kalau sudah ditakdirkan nak berlaku juga walau pun segunung doa kita panjatkan, ia tetap akan terjadi juga ye tak. Tapi kita kena ingat satu saja perkara, setiap kejadian itu ada hikmahnya agar kita lebih bersedia menghadapi  hari mendatang kerana pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Cewahhh.....


Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
(Dengarnya antara hospital kerajaan yang terbaik dan
doktor pun paling ramai disini.)


Sey tak sangka dan sungguh-sungguh tak sangka (samalah tuu..) kerana berjaya menempatkan diri sey di wad hospital pada 28hb September bulan sudah. Seumur hidup sey memang tak pernah ingin tinggal di wad dengan apa juga alasan pun. Memang sey tidak hendakkkkkk.......tapi hari tu sey terpaksa dan di paksa, tak ada jalan lain. Puas saya nak meng'elat' dengan doktor tu supaya tak dimasukkan ke wad, tapi fail juga.

Sebab mengapa sey elakkan....? Pertamanya sey ngeri....yalah selama ni sey ada pergi melawat saudara-mara dan rakan-rakan yang dimasukkan ke hospital, jadi pelbagai ragam dan keadaan pesakit yang sey tengok terutama kalau melawat wad orthopedik tu....fuh...lagi buatkan sey "minta jauh..."

Tapi itulah kisahnya...benda yang sey tak suka, wad yang paling ngeri itu juga rupanya menjadi tempat tinggal sey untuk tiga hari tu. Huwaaa...macam mahu nangis bila tengok hampir seratus peratus jiran-jiran katil sey tu semuanya yang jenis patah riuk, cucuk sana, cucuk sini, besi sana, besi sini, yang gantung-gantung tak usah cakaplah, berkat dari accident lah katakan dan kebanyakkannya pula datang dari jaguh motosikal.

Ok, entry ni sey bukan nak bercerita pasal sakit sey tapi pasal pengalaman sey sepanjang tiga hari di wad melihat karenah pesakit dan berurusan atau berhubungan dengan misi-misi yang bertugas. Selama ini sey hanya melihat mereka menjalankan tugasan mereka terhadap pesakit lain sahaja dan tentulah banyak persepsi yang terlintas samada positif atau negatif hasil dari pemerhatian sey masa tu. Sey pasti juga para pembaca semua mungkin pernah mendengar cerita-cerita mulut perkara-perkara baik dan perkara-perkara yang tidak baik di hospital kan? Tapi hakikatnya jelas bila mengalaminya sendiri. 

Sey tidak hendaklah berkisah panjang lebar dalam entry ni. Sey cuma hendaklah kongsi-kongsikan. Mungkin ada beberapa perkara yang  boleh memberi sedikit pengajaran dan pengetahuan kepada yang di luar sana.


  • Memang tidak dinafikan perkara negatif yang sering dipalitkan terhadap hospital kerajaan adalah "service". Itulah juga yang selalu di canang oleh agen-agen insurans ketika hendak meng approach bakal customer. Tak gitu ker.... Ya sey pun tak nak nafikannya. Tapi....ada satu perkara yang kita patut tahu hahawa hospital kerajaan lah satu-satunya pilihan utama orang ramai yang kurang berkemampuan atau yang berkemampuan sederhana atau yang serasi atau itulah kemudahan yang ada bagi mereka seperti kakitangan kerajaan dan pesara, sebagai tempat mendapatkan rawatan.  Berbandingkan dengan hospital swasta. Betulkan....Hanya orang yang berkantung penuh atau punyai pakej  insurans kesihatan yang bagus saja akan ke hospital swasta dan pastinya hospital-hospital ini akan men'cekik'  cukup secukupnya peruntukkan wang yang diberikan. Tak gitu...?

Day one, sebelah kiri sey tulah bilik air
  • Jadi tidak heranlah pada hari pertama sey daftar masuk, katil sey ditempatkan di sebelah pintu ke bilik air...huwaaa...nak nangis lagi....SABAQ-SABAQ....sey pun tanyalah pada doktor kenapa  katil sey di letakkan di situ, Doktor tu cakap hari itu merupakan 'hari kemasukkan ramai pesakit' ke wad itu dan ianya akan berlaku tidak tentu harinya pada setiap minggu. Ooo...ye ker...SABAQ..SABAQ, "tapi tak apa" doktor tu menyambung cakap..."bila ok nanti kita pindahkan awak ke ruang yang selesa sikit.." dan mujurlah pada petang tu katil sey di tempatkan di ruang yang sepatutnya. Fuhh..lega, kalau tak asyik stress saja pasal setiap kali misi atau orang lalu lalang mesti terlanggar katil sey....



Jiran katil sey,  kemalangan basikal.
Hari-hari sey tengok darahnya keluar...

  • Oleh sebab itulah sey anggap itulah faktor-faktornya kenapa 'service' tu mengambil masa sedikit kerana kebanjiran pesakit manakala nurse-nurse yang bertugas pun tak ramai. Pernah satu masa (sey ingat hari kedua) hanya dua orang nurse saja yang bertugas untuk membuat 'dressing' pada setiap pesakit yang patah riuk dan luka parah ni hari itu. Kalau seorang dua tu tak apalah, ni berbelas, kalau sey mahu jer meraung kat situ.....Sey rasa simpati pada kedua nurse tu dan mengucapkan gambatte....dan mereka tetap bertugas dengan senyuman. Tabik sey, walau pun tak di nafikan ada juga nurse yang menjeling dan menarik muka masam (adalah hari tu) bila sey minta sedikit pertolongan. Tak apa, biasalah tu kan? penat kerja melayan orang sakit ni yang macam-macam karenahnya, tapi majoritinya semua nurse dekat wad orthopedik tu bagus-bagus belaka dan muda-muda lagi....hihihi....jangan mare......

Breakfast

Lunch

Tea time
Antara menu


Itu kisah misi-misi yang budiman dan supermisi..


 salah seorang cik misi yang baik

  • Yang ini sey berkisah pasal pesakit pulak. Sey tak sentuh semua yang ada dalam wad tu, sey cuma nak sentuh seorang dua remaja yang tersadai kat situ pasal accident atau mungkin ter 'accident'...motosikal.

  • Kesian sey tengok mereka-mereka tu, tergantung kaki-tangan, bersimen sana-sini dan bercucuk besi-besi pengganti tulang yang patah. Tapi sebenarnya sey lebih kesian akan ibu-ibu yang setia menunggu tu.....yang berkerja terpaksa ambil cuti, ada yang berniaga pula terpaksa mengharapkan pekerja bagi memastikan bisnes tu berjalan dengan harapan mereka itu amanah. Sey adalah borak-borak kosong (saja nak cungkil kisah) pada dua tiga ibu dan uwan yang berjaga di situ dan kata mereka anak-anak  dan cucu mereka kemalangan kerana membawa motor dengan laju atau bahawa manisnya "merempitttttttt...) tanpa pengetahuan mereka. Ada yang seorang lagi tu curi-curi bawa motor dan accident. Sudah ditegur banyak kali pun tapi tetap degil dan si ibu tu kata itulah anak lelakinya nan seorang. Ceh..ceh..ceh...lagu tu kaa...nak salahkan siapa ni...? Jadi pengakhirannya bila sudah berlaku tak ker akan menyusahkan...? Huh, geram betul sey......Itulah dia bila berkawan yang tidak terkira ramainya dan dapat pula kawan-kawan yang tak boleh pakai, kesudahannya mesti tak baik. 




antara pemandangan di dalam wad

  • Jadi sey ingin mengingatkan diri sey sendiri dan pembaca semua agar sentiasa mengambil tahu dengan siapa anak kita berkawan. Memang kita akui bahawa memang sukar  membesarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan di zaman yang segala-galanya di tangan anda ni. Cabarannya begitu kuat. Tapi kita percaya bahawa kasih sayang yang mencukupi dan bertempat serta perhatian yang sewajarnya boleh mengelakkan anak-anak kita dari terjerumus ke dalam perkara atau gejala yang tidak sihat.

Yeay...sey dah keluar hospital


Kesimpulannya di sini, berada dan tinggal di hospital sebenarnya banyak memberi pengalaman yang baik walau pun dikelilingi situasi yang tak baik. Ini hanya sebahagian yang sey kupas sahaja, mungkin banyak lagi yang boleh kita perkatakan. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil untuk direnungi bersama. Persekitaran di hospital, budaya kerja, penderitaan pesakit dan apa juga yang berkaitan di sana boleh kita ambil sebagai iktibar  untuk kita guna-pakai di dalam kehidupan seharian.

Sey hendak buang persepsi yang tidak baik bila tinggal di hospital (kerajaan) ni. Segalanya ok sebenarnya. Yang penting kita cuma kena banyak bersabar dan sila letakkan pula sabar itu pada tempat yang sepatutnya. Fahamlah kan...?

Best apa duduk wad ni. Tak perlu bangun kecuali kalau nak pergi tandas la. Makan-minum orang hantar silap-silap kena suapkan lagi. Apa hendak kita minta saja, apa taknya  segalanya di mulut anda. Ting tong...anda akan dilayan sebentar lagi. Best wooo.....

Jya mata ne..






Sunday, September 16, 2012

Al kisah raya lagi dan sup kambing kaw

Salam semua.


Sedar tak sedar esok adalah hari terakhir kita berada di dalam  bulan Syawal ni. Mungkin ada rumah-rumah teman kita biskut-biskut raya dah sampai ke tahap tinggal serdak saja, macam rumah sey lah ni....biskut buatan sendiri sey semuanya dah selamat sey vacumn. hihi...

Ulasan ringkas sey di hari raya kali ni dan buat pertama kali menyambutnya di negara sendiri...emm memang hebat dan meriah sekali. Terasa nikmat sebulan berpuasa kali ini berjalan seiringan dengan kemeriahan di hari raya. Sey dan keluarga memang bak kata orang raya sakan juga lah. Sehingga masuk ke hari ke lima jadual raya sey penuh sahaja di luar. Lepas tu barulah sey dan famili dapat berehat-rehat sikit di rumah menunggu pula kalau-kalau ada tetamu lain pula datang.

salah satu majlis open house yg dihadiri



antara menu dan rakan yg hadir di majlis rumah
terbuka separuh pintu sey..


Tapi ada satu perkara yang sey rasa pada kali ni ada kelainan sedikit, bukan sedikit kot banyak sey rasa. Tradisi rumah terbukanya yang sey anggap agak luar biasa kecenderungan orang ramai mengadakannya dan itu belum lagi dikira yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dan swasta. Sey tak pastilah samada tahun-tahun sebelum ni sitiusi yang sama berlaku tapi apa yang sey tahu sejak 5 tahun sebelum  sey terbang ke Jepun, tak adalah meriahnya anjuran rumah-rumah terbuka ni. Secara puratanya boleh sey katakan anjuran rumah terbuka ni berlaku pada setiap hari mengambil kira dalam sehari ada tiga atau empat rumah mengadakannya. Emm...nampaknya rakyat Malaysia ni semakin ramai yang pemurah dan tahap ekonomi  kehidupan pun dah bertambah baik. Baguslah kalau macam tu. Sey pun ada buat juga tapi tidaklah terbuka sangat rumah tu, buka separuh pintu jer....kih..kih...taklah sey cuma terbuka pada tetamu yang di undang saja, rakan dan jiran-jiran terdekat sahaja. InsyaAllah mungkin di lain raya sey betul-betul buka pintu seluas-luasnya nanti.

Ok, itu cerita bab rayalah yer dan mungkin ini last sey borak pasalnya. Sey sebenarnya juga nak borak pasal Benteng Seremban.


Nama Benteng Seremban ni sebenarnya adalah merujuk kepada lokasi tempat makan secara santai. Ianya memang antara tempat dinner yang amat popular di bandar ni. Sey dan keluarga pun lama dah tak pergi ke benteng Seremban ni, malam tadi bila mood nak masak tunjukkan arah zero perpuluhan zero jadi kami pergilah ke sana. 



Lokasi benteng Seremban ni sebenarnya sudah beberapa kali berubah tempat, maklumlah bila ada saja perancangan pembangunan di kawasan berkenaan maka kena pindahlah jawabnya. Setakat ni sudah empat kali Benteng Seremban ni bertukar lokasi dan yang terkini di jalan Tunku Hasan berhadapan dengan komplek kedai Majlis Agama Islam Seremban (dikenali juga sebagai Bazaar MAINS), berhampiran dengan KFC baru. 




Konsep gerai-gerai yang simple dan santai memang menjadi pilhan kepada mereka yang tidak terlalu mahu official sangat macam restoran tu. Lagi pun tempat makan memang open habis di atas jalan saja. Kat sini boleh didapati bermacam-macam makanan dan minuman di jual tapi yang paling pupular sejak dulu salah satu menunya ialah Sup Kambing. 


inilah sup kambing kaw tu
Memang sedap dan mengancam, bak kata orang mesti cuba. Harga semangkuk RM4.00, berbanding 10 tahun dulu hanya RM2.50 aje (kalau tak salah). Tapi, rasanya masih maintain sama macam dulu. Kalau ada pembaca semua yang tersesat di malam hari di Bandar Seremban ni bolehlah singgah di Benteng Seremban sambil menikmati pemandangan bandar Seremban di malam hari (Iklan sikit...)



Sehingga kita berjumpa lagi di lain borak ruang secawan kopi @ My Perpatih Kissaten. Jya mata.....

Antara menu paling kaw di Negeri Sembilan

Assalamualaikum pembaca sekelian,

Kita berada di akhir sambutan Aidilfitri. Apa yang sey dapat lihat ialah orang kita ni sedang 'bertungkus-lumus berebut' untuk membuat open house sebelum Syawal berakhir esok. Kata kawan sey, 'sejak minggu lepas, aku asyik dapat jemputan open house, kalau hujung minggu, sampai 3 jemputan sehari......siang dan malam, jenuh nak penuhi undangan'.

Kali ni, sey nak cerita pasal makanan di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan ni memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Di Hari Raya, lemang, rendang, penganan (atau dodol di Negeri lain) dan wajik memang dicari-cari ramai orang. Sentiasa kita dengar orang kata 'rendang Nogori sedap' dan sebagainya. Begitu juga dengan menu harian....antara yang terkenal ialah masak lemak cili padi, sambal daun kayu, dan tak ketinggalan sambal gesek. Sambal gesek ni pun antara kegemaran sey, makan pulak dengan ulam-ulaman......bertambuh-tambuh!

Tengahari semalam, lepas balik dari menjemput anak dari tuition, makan tengahari dah terhidang....wah! sambal gesek dengan ulam Raja. Bangkit selera sey, 2 kali sey bertambuh. Kena pulak dengan masak asam....rasa tak nak bangun!!. Kalau nak tau, sambal gesek ni memang sangat terkenal di Negeri Sembilan dan antara yang paling mudah untuk disediakan. Di bawah ni, sey post gambar favorite menu sey tu.

Ulam raja ni sey petik dari taman kecil di belakang rumah sey





Sambal gesek kaw


Siapa-siapa yang nak mencuba sediakan sendiri, sey perturunkan resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan (Untuk makan 4 orang)

segenggam sedehana ikan bilis bergred baik (rendam, kemudian dicuci bersih)
5 biji cili api
1 biji cili merah (cili besar)
2 biji limau kasturi 

** Bersihkan semua bahan

Cara membuatnya.

1. Tumbuk cili api dan cili besar hingga lumut
2. Masukkan ikin bilis dan tumbuk lagi hingga lumat
3. Keluarkan bahan yang ditumbuk dan masukkan ke dalam mangkuk
4. Tambah perahan limau dan kacau rata
5. Hias dengan hirisan kulit limau kasturi

OK, kalau rajin, cubalah resepi ini.....memang kaw tak terkata. Jya mata.

Sunday, September 2, 2012

Al-kisah Raya dan Ayam Goreng Pandan

As Salam semua.

Masihkah dalam mood raya. Sey pasti semua orang masih lagi dalam mood tu, yalah kan walau pun tempoh bercuti dah belalu sejak 2 minggu sudah, agenda raya masih diteruskan dengan ramai mungkin orang membuat rumah terbuka pula. Samada di pejabat atau pun individu inilah masanya mereka akan melangsungkan majlis sebegitu. 

Sey pun samalah sejak beberapa hari sudah memang ada mendapat jemputan. Bukanlah jemputan untuk rumah terbuka raya saja malah sey turut mendapat jemputan kenduri kahwin juga. Bulan September ni hinggalah ke bulan Disember nanti sey rasa akan bermulalah musim orang mengadakan majlis perkahwinan. 

Aidilfitri kali ni macam-macam kisah. Nasib tidak baik ditakdirkan sey tiba-tiba tak beberapa sihat bermula tiga hari sebelum raya hari tu. Ingatkan boleh kebah sebelum raya, rupa Allah belum mengizinkannya lagi dan seminggu semasa raya sey asyik telan 'pain killer' saja untuk meredakan sakit. Tiada pilihan...terpaksa kalau tidak maka tak rayalah sey nampaknya......huhu...

Raya ke tujuh pula anak lelaki sey kemalangan tersimbah dek air panas. Habis melecur kaki kiri bahagian tapak dan atasnya. Kesian sey tengoknya asyik mengesot untuk bergerak. Alhamdulillah hari ni dia sudah boleh berjalan semula walaupun terpaksa menggunakan tumit buat sementara ni. Harap-harap dia akan sembuh sepenuhnya dalam masa 2 atau 3 hari lagi dan dapatlah ke sekolah semula.

Ok....sey sebenarnya nak kongsi apa yang sey makan tengahari ni tadi. Tak da lah special sangat cuma bezanya kelainan saja jer. 

Sey dan isteri buat ayam goreng pandan. Hasilnya kami mendapat ayam yang juicy kerana balautan daun pandan tadi.




Senang saja resepinya. 

Bahan-bahan.
  • 1/2 ekor ayam dipotong lapan.
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu teh cili boh
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 8 helai daun pandai - dibasuh bersih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya.

  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat.
  • Gaulkan ayam bersama bahan yang ditumbuk, gula, cili dan garam. Biarkan selama 15 minit.
  • Balutkan ayam yang telah diperap tadi dengan daun pandan - setiap ketul memerlukan satu helai daun pandan.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  • Hidangkan panas-panas.
Pada sesiapa yang nak mencuba silakanlah.

Sehingga berjumpa lagi nanti di ruang Secawan kopi @ My Perpatih Kissaten.

Wednesday, August 22, 2012

Lotih Litak

As-Salam semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi sey ucapkan. Hari ini dah pun masuk hari yang ke-4 kita berhari raya. Emm..rasa belum puas beraya lagi kan? 


ucapan Selamat hari Raya dari
sey dan isteri, maaf, zahir dan batin
Sey...tiga hari berturut-turut sejak hari pertama hari tu langsung tak lekat kat rumah. Sakan habis pergi menyerang rumah saudara mara. Lotih-litak bak kata orang nogorinya. Maksudnya penat sungguh-sungguhlah. Raya pertama sey pergi beraya ke rumah saudara mara sebelah isteri sey di Kuala Pilah. Dari pagi hinggalah ke membawa ke tengah malam biasanya baru kami habis ziarah dari rumah ke rumah. Memang setiap tahun begitu. 

Raya kedua sey bawa keluarga balik pula ke kampung arwah ibu bapa sey di dalam Daerah Kuala Pilah juga tapi mukimnya jauh sedikit dari kampung isteri sey. Jadi seharian juga sey beraya walau sebenarnya bukanlah banyak sangat rumah yang sey lawati. Sebabnya jarak saudara mara sey jauh-jauh jadi banyak masa habis dalam perjalanan sahaja. Samalah juga pada raya ketiga sey pergi ke rumah abang di Muar, Johor dan selepas beberapa jam sey terus bertolak pula ke Dengkil, Selangor rumah kakak pula. Kan jauh jaraknya tu kan. Tapi tak apalah kan, hari raya, lagi pun ada juga yang seronoknya pasal bila memandu jauh-jauh ni memang banyak pengalaman dan pemandangan yang best-best sey tengok. Tengok meriahnya orang beraya di setiap kampung yang sey lalui, tengok pemandangan sekeliling, tengok rumah-rumah yang cantik-cantik dihias pada musim raya dan macam-macam lagilah. Itulah yang buatkan sey tak rasa bosan memandu jauh.

Tapi itulahkan dalam seronok drive jauh-jauh ni ada juga benda atau perkara yang tak syoknya dilihat. Paling utamanya pasal kemalangan. Sey katakan di sini sejak hari pertama raya hinggalah hari ke tiga, boleh kata ada saja kemalangan berlaku di sepanjang perjalanan. Tidak kurang dua kemalangan berlaku di jalan berbeza pada setiap hari. Ada yang sey nampak sampai nak bergaduh pun ada dan yang paling sey marah ianya tidak secara langsung  juga telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk. Mahunya tak geram di buatnya. Nampaknya masalah sikap pemandu-pemandu kita di Malaysia masih belum berubah-ubah walau sudah bermacam-macam kerajaan buat untuk memberi peringatan agar berhati-hati dan berdisplin di jalan raya. Bukan saja menyusahkan diri dan keluarga malah orang lain juga turut terpalit sama mendapat susah. Elok ke tu.......

Moh lah layan sebahagian foto-foto yang sey upload ni.......


Selamat datang ke Bandar Muar


ziarah kuburan merupakan aktiviti wajib
di pagi raya

di kampung sey, Dangi


di dua lokasi rumah kampung 


dalam perjalanan singgah sebentar bergambar di
Istana Lama Seri Menanti

masih ada sawah padi di sini




bergambar di rumah tradisional melayu @ Kuala Pilah


Foto-foto di bawah ni adalah nostalgia rumah pusaka peninggalan arwah ibu-bapa sey. Alfatihah....


laman utama

ruang dapur memasak

kolah tadahan air hujan masih kekal hingga kini

ruang serambi rumah yang masih kekal


Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...