Monday, December 3, 2012

Oh Terowong


Laporan Akbar Utusan Malaysia hari ini 3hb Disember, 2012.

Terowong runtuh, 5 maut


PASUKAN penyelamat dan anggota polis berkumpul di luar terowong Sasago, 80 kilometer barat Tokyo 
selepas sebahagian terowong itu runtuh, semalam. - AFP


KOSHU 2 Dis. - Sebuah terowong lebuh raya sepanjang lima kilometer di Jepun runtuh, hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan tujuh orang lagi dilaporkan terperangkap.
Kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi ini di terowong Sasago di Lebuhraya Chuo, Yamanash, kira-kira 80 kilometer ke barat Tokyo itu, turut menyebabkan sejumlah kereta rosak dan mencetuskan kebakaran.
Saksi berkata, asap tebal kelihatan akibat sebuah kereta terbakar ekoran runtuhan terowong berkenaan.
Pasukan penyelamat Jepun turut menemui beberapa cebisan mayat.
Operasi mencari dan menyelamat kemudian terpaksa ditangguhkan selama beberapa jam selepas pasukan jurutera memberi amaran lebih banyak runtuhan dijangka berlaku.
Pasukan kecemasan yang dikejarkan ke tempat kejadian turut mengalami kesukaran akibat asap tebal yang menghalang laluan masuk ke terowong itu.
Berpuluh-puluh pengguna lebuh raya itu meninggalkan kenderaan masing-masing dan berlari keluar melalui satu daripada laluan kecemasan sebelum berkumpul beramai-ramai.
Krew kecemasan yang dilengkapi alat bantuan pernafasan turut mendapati panel konkrit sepanjang 70 meter telah jatuh menghempap sekurang-kurangnya dua buah kereta.
Beberapa jam selepas kejadian itu, pasukan jurutera memberi amaran tentang keadaan struktur terowong yang mungkin tidak stabil, menyebabkan operasi menyelamat ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pasukan pakar membuat pemeriksaan risiko runtuhan susulan.
Operasi mencari dan menyelamat disambung semula selepas pemeriksaan dibuat.
Seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan hilang setakat ini dan jumlah sebenar mangsa kejadian masih belum dapat disahkan.
Katanya, tiga mangsa yang cedera termasuk seorang wanita berusia 28 tahun, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut wanita itu, dia menaiki sebuah van yang disewa bersama lima penumpang lain ketika kejadian itu berlaku.
"Saya tidak tahu apakah nasib penumpang lain. Saya juga tidak tahu sama ada banyak kenderaan yang berada di hadapan dan di belakang van yang saya naiki," katanya. - AFP



Salam kembali.




Laporan Akbar The Star
Berita berkenaan trajedi terowong runtuh di Daerah Yamanashi, Jepun agak mengejutkan sey. Laporan awal yang sey tonton melalui channel TV3 malam tadi mengimbau kembali ingatan sey ke laluan-laluan melalui terowong di hampir semua lebuhraya di bumi matahari terbit itu. Mengimbau kembali kenangan sey selama lebih 4 tahun tinggal disana memang banyak sekali binaan terowong-terowong ini bagi menghubungkan antara satu prefecture dengan prefecture yang lain. 

Secara jujurnya kadang-kadang sey pun rasa seriau apabila memandu melalui terowong-terowong ini terutama yang panjangnya ada yang mengjangkau sehingga lebih 6 kilometer. Sey pernah pergi menjelajah berkereta dari selatan hingga ke utara dan sey tidak boleh kira berapa banyak terowong yang sey lalui. Ada yang binaan lama dan juga yang baru.  Cuma dalam kes  terowong runtuh ni sey amati foto tu seperti terowong ni mungkin antara yang lama terbinanya. Rasa seylah. Mungkin orang-orang kita kat sana boleh confirmkan yek.

Dari sudut geografinya sememangnya bentuk muka bumi Jepun boleh dikatakan 70 - 80 peratus darinya terdiri dari bukit bukau dan gunung ganang. Jadi binaan terowong merupakan alternatif terbaik bagi menghubungkan laluan lebuhraya dari utara hingga ke selatan serta timur dan barat. 


Selain itu pembinaan terowong ini dapat memelihara alam semulajadi dan kerajaan Jepun sememangnya serius tentangnya sejak dulu lagi. Tapi sey percaya Jepun telah cukup bersedia dengan apa juga kebarangkalian yang  berlaku. Para bijak pandai mereka sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk mencari jalan penyelesaian sekiranya bencana berlaku termasuk dalam kes sebegini. Sejak sey di Jepun tidak pernah lagi sey dengar kejadian terowong runtuh tapi untuk jangkamasa 10 tahun ke atas sebelum ini tidak pasti jika pernah terjadi kes-kes sebegini. 


Jadi kejadian sebegini memang tidak boleh dielakkan biar secanggih mana teknologi yang di guna pakai, kekhilafan yang sedikit boleh memberi kerosakan yang besar. Sey rasa Jepun akan lebih bersungguh-sungguh memperbaiki segala kelemahan yang ada demi survival kehidupan untuk rakyat jelata. Sey juga doakan semoga rakan-rakan sey yang masih berada di Jepun sentiasa dalam keadaan baik dan berhati-hati di jalan raya. Malang memang tidak berbau tapi durian kat sini sekarang memang baunya ada dimana-mana. Kih..kih...kih..(kes lambakan durian di Malaysia la ni.)

Jya mata....





No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...