Kurang 8 minit (waktu Malaysia) saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 1434 Hijrah dalam kalendar tahun Islam dan seperti kebiasaannya Awal Muharam akan disambut diseluruh negeri di Malaysia. Berkisah pada sambutan Awal Muharam ini atau juga dikenali dengan Maal Hijrah pada perkiraan sey ramai pembaca sekelian telah lebih maklum akan cerita atau sejarah yang berlaku di dalam bulan berkenaan. Oleh itu rasanya tidak perlu sey menghuraikannya kerana kita boleh memperolehi bahan atau maklumat tentang bulan bersejarah ini di laman-laman sesawang, blogger serta portal-portal rasmi kerajaan melalui carian terus dari Google.
Cuma apa yang penting disini ialah cara bagaimana kita menghayati dan mendalami erti penghijrahan sebenarnya dalam kontek kita sebagai umat Muhammad saw di arus moden ketika ini. Cara mana kita hendak melangkah dan bagaimana kita hendak memulakannya, masih lagi menjadi persoalanannya pada setengah orang walhal mereka sedar yang Awal Muharam itu sentiasa menyapa mereka setiap tahun. Jadi kiranya amatlah rugi bagi orang-orang yang tahu akannya tetapi tidak menghayati intipati yang terkandung di sebalik kedatangan bulan tahun baru islam ini. Tapi nak buat macam mana kan pasalnya kebanyakkan kita lebih memberi tumpuan pada kalendar Masehi ni dari Hijri. Tapi sey yakin umat islam sekelian tidak pernah pun lupa akan bulan-bulan islam ini cuma sebahagiannya saja yang mungkin teralpa seketika dek kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia. Agaknyalah....
Untuk diri sey, sey amatlah berharap pada tahun baru ini sey dapat memperbaiki diri dan kehidupan sey dari baik kearah lebih baik selepas ini. Sey tak hendak yang hebat-hebat tapi kalau Allah bagi yang hebat tu ia merupakan bonus yang paling bernilai pada sey. Memadailah kalau apa yang sey lakukan selepas ini dapat memberi keselesaan dan kebahagian kepada sey dan keluarga. Pada pembaca semua sey ucapkan selamat tahun baru Hijrah semoga anda semua juga peroleh kebahagian dunia dan akhirat. Ameen.
Jya mata....
Jya mata....
No comments:
Post a Comment