As-Salam semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi sey ucapkan. Hari ini dah pun masuk hari yang ke-4 kita berhari raya. Emm..rasa belum puas beraya lagi kan?
|
ucapan Selamat hari Raya dari
sey dan isteri, maaf, zahir dan batin |
Sey...tiga hari berturut-turut sejak hari pertama hari tu langsung tak lekat kat rumah. Sakan habis pergi menyerang rumah saudara mara. Lotih-litak bak kata orang nogorinya. Maksudnya penat sungguh-sungguhlah. Raya pertama sey pergi beraya ke rumah saudara mara sebelah isteri sey di Kuala Pilah. Dari pagi hinggalah ke membawa ke tengah malam biasanya baru kami habis ziarah dari rumah ke rumah. Memang setiap tahun begitu.
Raya kedua sey bawa keluarga balik pula ke kampung arwah ibu bapa sey di dalam Daerah Kuala Pilah juga tapi mukimnya jauh sedikit dari kampung isteri sey. Jadi seharian juga sey beraya walau sebenarnya bukanlah banyak sangat rumah yang sey lawati. Sebabnya jarak saudara mara sey jauh-jauh jadi banyak masa habis dalam perjalanan sahaja. Samalah juga pada raya ketiga sey pergi ke rumah abang di Muar, Johor dan selepas beberapa jam sey terus bertolak pula ke Dengkil, Selangor rumah kakak pula. Kan jauh jaraknya tu kan. Tapi tak apalah kan, hari raya, lagi pun ada juga yang seronoknya pasal bila memandu jauh-jauh ni memang banyak pengalaman dan pemandangan yang best-best sey tengok. Tengok meriahnya orang beraya di setiap kampung yang sey lalui, tengok pemandangan sekeliling, tengok rumah-rumah yang cantik-cantik dihias pada musim raya dan macam-macam lagilah. Itulah yang buatkan sey tak rasa bosan memandu jauh.
Tapi itulahkan dalam seronok drive jauh-jauh ni ada juga benda atau perkara yang tak syoknya dilihat. Paling utamanya pasal kemalangan. Sey katakan di sini sejak hari pertama raya hinggalah hari ke tiga, boleh kata ada saja kemalangan berlaku di sepanjang perjalanan. Tidak kurang dua kemalangan berlaku di jalan berbeza pada setiap hari. Ada yang sey nampak sampai nak bergaduh pun ada dan yang paling sey marah ianya tidak secara langsung juga telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk. Mahunya tak geram di buatnya. Nampaknya masalah sikap pemandu-pemandu kita di Malaysia masih belum berubah-ubah walau sudah bermacam-macam kerajaan buat untuk memberi peringatan agar berhati-hati dan berdisplin di jalan raya. Bukan saja menyusahkan diri dan keluarga malah orang lain juga turut terpalit sama mendapat susah. Elok ke tu.......
Moh lah layan sebahagian foto-foto yang sey upload ni.......
|
Selamat datang ke Bandar Muar |
|
ziarah kuburan merupakan aktiviti wajib
di pagi raya |
|
di kampung sey, Dangi |
|
di dua lokasi rumah kampung |
|
dalam perjalanan singgah sebentar bergambar di
Istana Lama Seri Menanti |
|
masih ada sawah padi di sini |
|
bergambar di rumah tradisional melayu @ Kuala Pilah |
Foto-foto di bawah ni adalah nostalgia rumah pusaka peninggalan arwah ibu-bapa sey. Alfatihah....
|
laman utama |
|
ruang dapur memasak |
|
kolah tadahan air hujan masih kekal hingga kini |
|
ruang serambi rumah yang masih kekal |
No comments:
Post a Comment