15hb Disember, 2012
Besok selepas subuh sey dan keluarga akan bertolak ke Penang dan Kulim, Kedah untuk beberapa hari. Di Kulim nanti sey pergi untuk memenuhi jemputan majlis makan malam rakan sey semasa di Kyoto dulu sempena perkahwinan beliau pada 9hb Disember yang lalu.
Penang kali kedua sey datang ni selepas 5 tahun. Emm harap-harap mungkin dah banyak perubahan agaknya. Pada asalnya sey memang tidak plan pun nak pergi sini pasalnya sey try cari negeri lain dulu sebenarnya. Tapi kerana majlis rakan sey tu dekat Kulim dan tak jauh dari Penang so sey pilihlah Pulau Mutiara ni. Dulu masa sey pergi Penang masih di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dan sekarang ni telah di bawah penguasaan Parti DAP dari pihak pembangkang.
Apa-apa sajalah asalkan semuanya baik dan sey tetap bangga sebagai anak Malaysia. Nanti sey ber'story'lah sikit kot pasal Penang ni, manalah tahu mungkin ada benda-benda yang interesting pula kan? InsyaAllah.
Jya mata.......
Lanjutan kisah yang sey tulis pada 15hb Disember, 2012.......
........Alhamdulillah sey sampai Penang lebih kurang jam 2.15pm, hampir 5 jam perjalanan untuk sampai ke destinasi pasalnya sey bawa ikut buku dan 2 kali berhenti di RnR, sekejap di Tapah dan lama sikit di Sungai Perak. Seronok bila sekali-sekala berjalan jauh ni, bak kata perpatah bila "jauh perjalanan luaslah pemandangan." Menyusuri sepanjang laluan highway plus dari selatan ke utara semuanya mengujakan. Traffic ok disepanjang laluan kami. No sekat-sekat, no jem-jem, no roti-roti.....hihii....agaknya waktu dipertengahan cuti akhir tahun ni orang dah kurang merancang perjalanan bercuti. agaknyalah kot.....
berhenti rehat di Sungai Perak |
Kali ni sey ke Penang merupakan trip yang istimewa sikit. Pasalnya ini buat kali pertama sey lama sikit bertapa di sini berbanding dulu hanya 1 hari saja. Jadi sey ingat boleh plan banyak tempat sikit nak melawat. Ok misi keduanya macam yang sey sebut sebelum ni sey nak pergi memenuhi jemputan makan malam rakan sey yang baru melangsungkan perkahwinan di Kulim, Kedah.
Ok, selepas selesai check in di Teratak Tinggi Homestay,
sey pergi ke rumah rakan lama yang telah bersedia menjadi host pertama sey sekeluarga di Penang. Pasembor yang terkenal di Penang dan durian D1 menjadi santapan kami. Best dan menyelerakan tapi sey tak boleh nak makan banyak, pasalnya sey ada pula jemputan dinner di Dewan Serbaguna Cina Kulim.
Hari pertama di Penang destinasi lawatan pertama sey ialah di Bukit Bendera. Walau pun tempat ni sey dah pergi masa visit pertama dulu tapi kali ini pergi kerana hendak mencuba kereta kabelnya yang baru dan katanya lebih laju.
Lagi pun masa tu sey hanya pergi bertiga tapi kali ni berlima pula. Menaiki kereta kabel ni adalah pengalaman yang menarik dan benarlah ianya lebih laju dari yang dulu, air-conditioned, manakala di atas puncaknya pula dah ada sedikit pembaharuan terutama sudah ada terbina gerai makanan, restoran, muzium burung hantu (Owl) serta botanic garden. Setelah 2 jam berada di puncak kami pun bergerak turun ke kaki gunung semula.
dalam new cable car |
dari atas bukit bendera |
Rumah P. Ramlee dan muziumnya merupakan destinasi kedua sey lepas tu. Setelah selesai menunaikan solat jamak zohor & Asar, sey terus menuju ke sana yang terletak di Lebuh P. Ramlee. Sey memang lama dah rancang nak ke sini memandangkan sey merupakan salah seorang peminat tegar beliau masa dulu dan sekarang ni. Pada sey tempat ni amat istimewa sekali kerana kita dapat mengenal dan melihat dengan lebih dekat akan cara kehidupan dan rumah sebenar Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ketika beliau di zaman kanak-kanak hinggalah dewasa sebelum pergi berhijrah ke Singapura.
Di Muziumnya kita akan dapat melihat segala peralatan muzik, foto-foto serta pakaian yang pernah digunakan semasa zaman kegemilangan beliau. Jadi kepada sesiapa yang berkesempatan ke Penang silalah datang ke sini sambil mengabdikan gambar foto berlatar belakangkan rumah beliau.
Destinasi seterusnya sey masuk semula ke pusat bandar Penang. Teringin pula mengetahui sejarah Baba dan Nyonya di Penang ni. Jadi Penang Peranakan Mansion adalah tempat yang patut dikunjungi. Hebat kerana segalanya struktur bangunan, perkakasan rumah, pakaian dan sebagainya yang mengambarkan kehidupan Baba dan Nyonya ini dijaga dan dipelihara dengan baik. Bayaran masuk dikenakan untuk melihat isi dalam Mansion ini. Setelah puas shot sana, shot sini sey bergerak pula ke Padang Kota, lagi pun hari dah lewat petang pun.
Sementara hari masih cerah, sey mengambil peluang bersiar-siar di Fort Cornwallis dan kawasan sekitarnya. Lepak-lepak di tebing laut jalan Padang Kota ketika senja mula berlabuh memang mengasyikkan. Lagi pun jalan ketika itu tidaklah berapa sibuk dibandingkan pada siang harinya. Tidak jauh dari situ juga terletak menara jam.
Pusat penjaja Padang Kota, ada sesiapa yang pernah ke sini kali pertama mungkin akan merasai sesuatu yang janggal. Apa tidaknya, semasa sey dan keluarga baru saja nak melabuhkan punggung di kerusi dengan tiba-tiba saja kami diserang dengan pelayan-pelayan mat penang. Bukannya seorang dua tapi berkeliling meja kami yang datangnya pula dari lain-lain gerai. Hahaha..tergamam sey sekejap masa tu. Agaknya mungkin itu style diaorang melayan customer. Sey tanyalah kawan Penang tu, katanya memang gaya mereka begitu tambahan pula kalau mereka dapat mencium yang datang tu orang dari luar Penang. Agaknya mereka dah mencium bau orang Negeri Sembilan kat sey dan patutlah mereka serbu semacam jer. Oppss...bercerita harga makanan pula di sini....ehem..ehem...ehem, agak memeranjatkan juga. Kesemua menu makanan kebanyakkan semua harga di atas paras RM 6.00 keatas. Pasembornya jangan cakaplah, sudah tentu agak mahal pasal basicnya adalah dari makanan laut. Cadangan untuk makan ke sini mungkin untuk sekali sekala bolehlah atau untuk yang pertama kali. Pusat Penjaja Padang Kota ni merupakan antara tempat makan yang lama sekali di Penang ni dan sudah tentu ia menjadi salah satu venue kepada pelancong luar untuk datang.
Penatlah setelah seharian kami berjalan. Jadi selepas makan tu sey buat keputusan balik ke homestay. Tapi dalam perjalanan balik tu sey buat keputusan untuk melalui jalan tepi laut untuk melihat Penang di waktu malam.
Esoknya sey check out awal di Teratak Tinggi Homestay pasal sey ada misi memburu sang jeruk. Hihihi...tahukan Penang memang terkenal dengan jeruk-jeruk buahnya yang sedap dan yang paling terkenal tentunya jeruk Pak Ali. Asalnya sey nak pergi memburu di satu tempat yang orang Penang cakap jeruk yang paling best iaitu di area ...? Tapi dah dua round sey pusing tak juga jumpa-jumpa kedai tu. Jadi sey buat keputusan pergi mencari di pusat bandar jelah. Area lebuh Chulia sey mendapatkan hasil buruan tu. Sey hanya pergi satu kedai saja memandangkan kedai-kedai lain pun sama jer dari segi jenis jeruk dan harga. Ketika orang rumah sey sibuk memilih jeruk yang nak di borong, ha sey pulak sibuk mengguyah semua jenis jeruk yang ada. Tuan kedai tu kata untuk rasa free cuma beli jer kena bayar. Hihihi...apa lagi sey pun pulunlah sampai hampir kenyang. Huiss....tolong jangan ikut perangai sey ni ya.....kih..kih..kih.
Dapat jer jeruk sey pun teruskan perjalanan ke Batu Feringgi.....
Batu Feringgi....amat menakjubkan dek kerana sepanjang perjalan menyusuri pantai penuh dengan struktur bangunan hotel dan kondominium yang tinggi-tinggi. Memang maju sungguh kawasan ni. Sebenarnya Batu Feringgi ni memang terkenal dengan tempat riadah dan mandi manda di Penang ni.
Kurang sehari saja sey dan keluarga berada di sini, jadi masa yang tinggal sedikit tu sey cuba untuk mafaatkan sebaik-baiknya. Pada sebelah petang di Batu Feringgi setelah check in di Apartment yang di tempah, sey habiskan masa berkereta menyusuri jalan di tepi pantainya. Sey singgah di Batu Kawan kerana di situ ada ni......
Sey bergerak keluar bila gelap mula menyapa dan sey memandu terus menuju ke Batu Feringgi Night Market. Hebat dan menarik tempat ni, malamnya memang hidup dengan pelbagai gerai jualan dibuka disepanjang kaki lima jalan sejauh 4 kilometer. Selain itu kawasan ini turut dipenuhi dengan cafe dan restoran yang dihias cantik. Padanlah tempat ini menjadi tumpuan oleh kebanyakkan pelancong asing. Cuma pada sey satu perkara yang tak beberapa seronok di night market ni ialah tentang barangan yang dijual. Boleh kata semua gerai menjual benda yang sama sahaja. Contohnya pakaian, beg-beg wanita, kasut, selipar, aksesoris wanita dan sedikit barangan perhiasan rumah atau gadget-gadget lain. Kebanyakan barangan adalah dari luar negara luar terutama Thailand dan Vietnam. Dua jam sey di sini dan dah mula rasa nak pancit. Penat sangat kerana seharian di luar. Besok adalah misi terakhir sey...mencari restoran nasi kandar paling popular di Penang. Bak kata orang kalau tak pekena nasi kandar Penang tak cukup syaratlah jika datang ke sini. Jadi ayuh balik cepat......rehat.
Pagi-pagi lagi sey check out, ada baiknya pasal sey tak larat nak duduk lama-lama di Apartment tu. Pasalnya keadaan bilik yang di sea tidak seindah dengan gambar yang dipertontonkan di dalam website. Tambahan pula masa kami sampai banyak bilik-bilik sedang 'under renovation'. Jadi tak bestkan kalau tempat tinggal kita bising sana, bising sini. Apa yang dikesalkan pihak pengurusan langsung tidak memaklumkan keadaan apartment itu semasa buat booking.
Sey ada misi kedua akhir sebelum bergerak meninggalkan Penang hari ni. Sey memandu hingga ke penghujung jalan Pekan Batu Feringgi. Di sana sey pergi melawat kilang pembuatan batik dan selepas itu ke Toys Museum. Selepas itu sey hanya lalu-lalu sahaja ke Buterfly Farm, Botanica Garden, Extream Park dan terus memecut kembali semula ke pusat bandar kerana misi terakhir mencari Restoran Kapitan Si Nasi Kandar. Oh ya, sebelum itu sey sempat juga singgah di 'Floating Mosque'. Menarik gitu.
Ok sampai saja di pusat bandar dan setelah tiga kali berpusing-pusing kerana mencari parking barulah kami mendapat. Itu pun agak jauh sedikit dari restoran. Tak mengapalahkan, biasalah kalau cari parking dalam bandar begitulah gayanya.
Emm...memang puas hati, kami order nasik kandar, ayam tandori, briyani kambing dan adalah satu dua lagi. Tak ingat.
Lebih kurang jam 2 petang, sey bertolak keluar dari Penang. Hai..hai...Bye...bye Penang, nanti kalau ada masa terluang sey datang lagi. Sebenarnya banyak tempat yang kami tak berpeluang nak lawati, tiga hari di Penang pun tidak boleh cover. Masjid Kapitan, Suffolk House, Syed al-atas Mansion dan banyak lagi rasanya tak berjaya sey jejaki.
Lebih kurang jam 2 petang, sey bertolak keluar dari Penang. Hai..hai...Bye...bye Penang, nanti kalau ada masa terluang sey datang lagi. Sebenarnya banyak tempat yang kami tak berpeluang nak lawati, tiga hari di Penang pun tidak boleh cover. Masjid Kapitan, Suffolk House, Syed al-atas Mansion dan banyak lagi rasanya tak berjaya sey jejaki.
Inilah secebis borak sey pasal Penang mengikut acuan sey. Sememangnya sey pernah tengok dan baca banyak post-post dalam blogger yang turut berkisah pasal Penang ni. Seperti mana yang pernah sey katakan dipermulaan post ini tadi, Penang dari dulu tidak banyak perubahannya. Tetap sebuah negeri yang maju yang datang dari eco perlancongan dan industri. Penang telah maju dan di naik taraf pembangunannya sejak di dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional lagi. Di bawah pemerintahan pembangkang sekarang mungkin hanya perlu menambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai. Kalau ada perancangan pembangunan selepasnya pun biar ianya yang memberi manafaat kepada rakyat. Penang pada sey sudah ada segala-galanya. Semoga Penang terus makmur dan maju dan apa yang penting sekali rakyat terus terbela di bawah siapa pun pemimpin dan tidak mengira apa kaum pun.
Semoga berjumpa kita lagi di colum Secawan Copi @ My Perpatih Kissaten dan kepada orang Penang kalau ada maklumat yang sey ceritakan ada yang tak betul mohon maaf di pinta dan silalah perbetulkannya.
Jya mata.......
No comments:
Post a Comment