Tuesday, July 26, 2011
Si manis onde-onde
Misi membuat kuih onde-onde
Di tempat eden dikenali sebagai kuih onde-onde tetapi ditempat lain di panggil kuih buah melaka. Dah lama tak buat kueh onde-onde jadi hari ni isteri eden meluangkan masa membuatnya. Sebab utamanya nak dibuat sebagai buah tangan kerana menerima jemputan makan petang di rumah sebuah keluarga warga Jepun yang beragama Islam.
Bercerita sedikit perihal keluarga Jepun yang baru dikenali ni...pasangan suami isteri berkahwin di Malaysia pada tahun 2007 di Bangi. Suaminya bernama Ahmad boleh berbahasa Malaysia kerana pernah menuntut di UIA dan seterusnya berkhidmat di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur. Isteri beliau juga pernah menuntut di UKM. Mereka mempunyai sepasang anak yang comel, yang sulung seorang perempuan berumur dua tahun, dan yang kecil pula merupakan seorang bayi lelaki berumur hampir dua bulan. Encik Ahmad sekarang merupakan seorang Pensyarah di Doshisha University, Kyoto.
Onde-onde
Membuat onde-onde ni bukan susah, tapi bila bahan susah nak cari di Jepun ni, maka sekali-sekala aje kami dapat merasa. Berikut ini diberikan resepi untuk buat kuih onde-onde versi 'luar negara'.
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut (di Jepun dikenali sebagai tepung 'mochi')
1/4 cawan tepung gandum
air secukupnya (untuk menguli)
gula melaka secukupnya (atau gula batu dari Okinawa) - dipotong dadu ikut saiz yang disukai
pewarna hijau
kelapa kering*
susu segar*
garam secukup rasa*
air untuk dididih dan memasak adunan tepung
* kelapa kering dibasahkan secukupnya dengan susu segar (untuk dapatkan rasa lemak), dan dicampurkan dengan garam secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan tepung pulut dan gandum di dalam mangkuk, dan dicampurkan dengan air secukupnya (tidak
terlalu lembik)
2. Campurkan pewarna hijau dan uli sehingga pewarna rata di dalam adunan tepung
3. Didihkan air dalam periuk
4. Ambil sedikit adunan tepung, masukkan gula melaka, dan ketepikan
5. Masukkan bebola tepung tadi di dalam air mendidih
6. Bebola onde-onde tadi boleh diangkat bila timbul di dalam air mendidih
7. Golekkan bebola onde-onde dalam kelapa parut yang disediakan tadi
Voilla, siap sudah kuih onde-onde kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apakah Ini RINDU....
Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...
-
myMetro | Bekas jutawan LBJ tak mampu bayar bil api, air SEREMBAN: Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM50...
-
P ada hari Khamis yang lepas eden bersama isteri pergi ke Uji City Hall untuk urusan Alien Card . Untuk makluman pembaca, Alien Card in...
-
......dan berlagulah 'semi' yang kegirangan....... Ohaiyou minna.... Eden bangun pagi ni diikuti bunyi yang sangat bising kat lu...
salam..tepung mochi ni bila dibuat onde2 tidak keraskah? rakan yg pernah menggunanya mengatakan ianya keras
ReplyDeleteWalaikummussalam. Kami sendiri dah cuba gunakan tepung mochi, dicampurkan dengan tepung gandum sikit....menjadi pulak.
ReplyDelete