Hari ini eden nak borak sikit berkenaan kembara berbasikal dari tempat tinggal eden di Uji ke Bandar Kyoto sempena memenuhi undangan rakan baru yang telah eden ceritakan dalan ruang Kitchen Corner sebelum ni. Sedar tak sedar eden sebenarnya telah berkayuh sejauh lebih kurang 43 km (ulang-alik) Jauhkan...? Sebenarnya ini merupakan kayuhan kali ke dua yang mana kayuhan pertama dulu eden buat di waktu siang. Kayuhan kedua ni lebih mencabar kerana waktu kayuhan balik di waktu malam. Rasa selamat berkayuh di waktu malam.....?
Mari cerita sedikit... sebenarnya berbasikal di Jepun ni adalah aktiviti biasa masyarakat Jepun. Orang pergi bekerja pun berbasikal dengan memakai sut. Di bandar-bandar banyak laluan berbasikal disediakan, tetapi di pekan kecil laluan berbasikal sangat sedikit. Walaubagaimana pun berbasikal di mana sahaja di Jepun ini sangat selamat kerana semua pengguna jalan raya sangat menghormati penunggang basikal. Dengan kata lain semua orang menghormati diantara satu sama lain baik di jalan raya mahu pun di mana sahaja. Eden berharap budaya berbasikal dan hormat menghormati sesama kita dapat diterapkan dikalangan masyarakat Malaysia.
Eden dah berkayuh sejauh 43 km, apa pandangan eden..? Aktiviti ni patut diteruskan sebagai satu bentuk senaman yang paling mudah, badan pun rasa ringan fikiran pun lapang kerana banyak yang dapat diperhatikan sepanjang perjalanan.
Rehat sebentar... |
Konsep cafe ini..pilih menu di mesin menu, bayar dan cetak tiket, kemudian serahkan ke kaunter sebelum mendapat hidangan. |
Restoran Kura Suhsi |
Dah nak sampai rumah |
Berjumpa lagi di ruangan Borak @ My Perpatih Kissaten.
by Rynes
No comments:
Post a Comment