Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi


Assalamualaikum pembaca budiman...

Rasanya baru aje sendawa kesyukuran lepas berbuka puasa..tapi rupanya itu tahun sudah.  Tahun ini akan memulakan nawaitu saumaghodin...pertamanya, insyaAllah 1hb Ogos ni atas ketetapanNya.  Tahun ini merupakan tahun ke empat eden sekeluarga lima beranak menyambut bulan ramadan di Jepun.  Bulan puasa kali ni memang ditunggu-tunggu dengan penuh excitement, bukan sebab dapat permit gerai Ramadan tapi sebab tahun ni kami berpeluang melatih anak bongsu kami (lelaki) yang berumur 4 tahun untuk sama-sama berpuasa dengan kami.  Sedikit mencabar juga bila megenangkan dua orang  kakaknya sukses berpuasa pada umur yang sama sebelum ni, dan pengalaman berpuasa dengan mereka agak mudah.  Cabaran dengan yang bongsu ini rasanya mencabar sikit sebab nampak gayanya si adik ni masih kurang matang walaupun bila di tanya katanya boleh berpuasa macam 'Upin dan Ipin tu'.  Kita tengok ajelah nanti.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, tahun ini merupakan kali kedua eden berpuasa dalam musim panas.  Musim panas di sini sangat mencabar, terik matahari kadang-kadang mencecah hingga 40 darjah celcius dan udara pun kering.  Tempoh berpuasa pun panjang, tahun ini bermula dari jam 3.30 pagi dan berakhir pada jam 7.10 malam.  Bayangkanlah tu....kesian anak-anak, tapi alhamdullilah tahun ini anak-anak eden bakal menjalankan ibadah puasa dalam cuti sekolah, kalau tak melepek kepenatan sebab perlu berjalan kaki selama 13 minit ke sekolah.

Sempena bulan Ramadan ini, eden menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini dan para pembaca blog My Perpatih Kissaten, semoga dengan kemaafan yang diberi dan diterima dapatlah kita menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan dapat menumpukan perhatian kepadaNya.



Akhir kata, selamat menjalankan ibadah puasa dengan tawadduk, semoga ibadah kita di beri keberkatan dan diterima Allah swt hendaknya.  amiin...

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...