Ohaiyou minna....
Eden bangun pagi ni diikuti bunyi yang sangat bising kat luar rumah....bunyi tu datang dari mana ye....? Jom eden bercerita lagi kat sini...
'SEMI' sejenis serangga yang amat popular ketika musim panas di Jepun ni (rujuk foto di bawah yang di ambil dari internet). Semi akan mula kelihatan pada pertengahan bulan Julai. Populariti semi ini adalah kerana bunyi bising "mi-in mi-in" bunyi yang dikeluarkannya, bermula seawal 6 pagi sehinggalah ke lewat petang. Bunyi bising ni adalah kesan daripada semi menggeserkan kepaknya. Semi ini secara amnya melekatkan diri mereka pada pokok-pokok dan akan terbang jika kita datang dekat kepada mereka dan adakala ia akan mengeluarkan sejenis air (seperti kencing) sekiranya ia berasa tergugat/terancam dengan manusia. Saiz mereka adalah di antara 1 hingga 2 inci (sepanjang yang eden jumpa).
Foto di ambil dari belakang rumah |
Video bunyi semi...
Setelah dirujuk di dalam internet semi ini merupakan serangga daripada spesis 'Cicada'. Kalau kita amati semi ini hampir serupa serangga 'riang-riang' di Malaysia, tetapi bezanya eden tak pernah pun jumpa serangga ni berkumpul dalam jumlah yang banyak di Malaysia.
Atas sebab banyaknya semi ni terdapat pihak-pihak yang telah membuat kajian tentang semi ini. Antara penkaji semi di Jepun ialah Hayashi dan Saisho yang telah menulis buku seperti di sebelah.
Hayat semi ini hanya bertahan sehingga akhir bulan Ogos saja, dan akan muncul semula di tahun berikutnya.
Semoga berjumpa lagi di lain masa dalam Borak @ My Perpatih Kissaten.
Lan..tangkap byk2..goreng dengan cili...sodap.
ReplyDeletehaha..Che Lee, kalaulah boleh....:-)
ReplyDelete