Thursday, March 1, 2012

Ayam panggang masala dan parsli


Kalau anda semua sibuk, sey memang cadangkan sediakan menu seperti gambar di atas - sey panggil menu on the go. 

Sementelah sey memang sedikit sibuk hari ini, jadi dinner sey serba ringkas tapi best. Sey gunakan peha ayam dan kentang, perapkan bersama bawang putih, bawang merah, garam masala, daun parsli yang banyak dan cheese. Sebagai bahan perasa sey gunakan garam, gula perang, sedikit cili kisar, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan minyak bijan.

Minyak zaitun ni merupakan satu bahan penting untuk menyedapkan rasa dan mengaringkan manakala minyak bijan tu kita letakan sedikit untuk baunya.

Sey tinggalkan dalam satu jam setengah kerana menghantar anak ke kelas tuisyen dan apabila pulang selepasnya sey pun terus bakarnya dalam oven pada suhu 250 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Dah siap

Jaya mata ne.....

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...